Pages

Monday, August 31, 2009

Wad

Masih terngiang-ngiang suara doktor cina yang montel seraya melambai-lambai tangan "Bye, jangan datang wad lagiiii, byeeee."

Hek eleh! Kalau aku tak masuk wad lagi, ko nak kije ape?
cucuk bontot lembu?
Itu kije aku.

Huhuhu dah terbayang keadaan wad dan wajah doktor-doktor kat sana.
Sungguh tak best.

Hek eleh! Doktor pun lupa zipkan seluar. Ke sana ke sini macam bagus jer. Aku dok tahan nak gelak, nak bagitau dia tak sampai hati. Maka bertawaf la keliling wad dengan zip tak tutup hehehe. (Ingat tu Midad...zip).

Uwaa! Tak nak pi wad...........tanakk!!

Buka Puasa, macam formal lak kali ni

Semalam berlangsungnya majlis berbuka puasa beramai-ramai di rumah Tok. Keluarga aku, Pak Njang, Mak Lang , Maksu Paksu dan Pak Ngah ja. Itupun dah sendat rumah. Nampaknya rumah kena besarkan lagi untuk menampung bilangan anak cucu cicit Tok Che Su yang makin bertambah :-) Itu belum lagi campur puak-puak Kelantan dan berkumpulnya semua cucu cicit. Menu : Nasi tomato, ayam masak merah, daging masak hitam, jelatah, bingka roti berjagung, puding jagung (2 versi), puding cocktail, kek choc moist, kurma dan buah tembikai susu. Cocktail pes nenas, teh tarik dan kopi o. Pak Njang bawa Mak Njang baru serta anak-anaknya. Mak Njang dan anak-anak yang masak menu utama nasi tomato. Kuih muih sponsor dari pihak-pihak lain. Sedap nasi tomato. Terima kasih. Yang paling bestnya aku dah dapat resepi Daging Masak Hitam hehe. Sapa nak pi mintak sendiri ngan Mak Njang Rosnah. Pak Njang dah pesan "Jangan buat berniaga no...." Hahaha. Aku macam biasa. OKU. Hanya tolong sengih-sengih. Nak makan pun tak berapa selera. Nak bersembang dengan Mak Njang dan anak-anaknya pun aku segan walaupun niat di hati ni ada. Biasala aku. Mula kenal orang memang aku berat mulut, tunggu la lepas tu, penat lak orang tu nak layan aku. Buka puasa semua hanya minum dan makan kuih muih. Selesai solat berjemaah baru semua serbu nasi. Makan sampai sendat dan kemudian sembang-sembang. Yang perempuan sibuk dengan aktiviti membungkus makanan nak tapau. Aku buat suprise pada abg sempena hari lahirnya yang ke 35. Keluarkan kek walaupun mulanya aku malas sebab tengok semua orang dah macam ular sawa kekenyangan. Dah mak dok membebel, mau tak mau terpaksalah jugak. Segan gak aku pada Mak Njang dan anak-anak, almaklum baru kenal. Pak Ngah dengan Pak Njang mulalah nak sakat aku macam-macam. Ni yang buat aku lagi segan hehe. Maka terpaksalah juga suap kek ke mulut abg. Selamat Hari Jadi Abg! Kinah, Amnah dan Samirah pulak asik bergambar sambil makan kek. Ish....haruskah aku delete semua gambar depa? hehe. Akhirnya semua balik. Kami yang terakhir balik lepas puas merapu ntah apa-apa ngan Mak Lang, Pak Lang dan Kinah. Maka tamatla cerita majlis berbuka puasa yang aku rasa macam formal lak kali ni. Ni mungkin sebab dengan kehadiran tetamu-tetamu baru buat suasana jadi sedikit formal. Kalau balik Mak Ndak, Adik An dan Mak Long aku rasa mau pecah rumah dengan cerita lucu yang entah hapa-hapa. Takpa, kita tunggu raya ketiga pulak. Walaupun aku OKU yang sekejap-sekejap rasa tak selesa sebab sakit, aku tumpang gak gelak semangkuk dua hehehe.

Thursday, August 27, 2009

Makruh

Kalau berkumur tak batal puasa cuma makruh. Balik dari sekolah aku cepat-cepat salin baju, mandi (mandi lama-lama). Kemudian dengan kadar segera aku mendapatkan peti sejuk.

Nah...baru ilang penat tanpa membatalkan puasa. Aku ke dapur, berkumur-kumur menggunakan air sejuk dalam peti sejuk. Nyaman.

Kemudian terasa telinga aku ditarik. Adoi. Nasib baik aku tak ambil lebihan air oren Sunquick dalam peti sejuk buat berkumur.

 Emm abis-abis, kaedah lain aku guling-gulingkan badan di atas lantai simen macam hantu guling. Aaa rasa nyaman jugak. Sampai sekarang tabiat guling-guling masih diteruskan. Diiringi bebelan daripada mak. Tak makruhkan guling-guling atas simen? hehe.

Tuesday, August 25, 2009

Cerita Puasa

Masa aku kecik, kalau tiba bulan puasa aku memang seronok. Seronok bila mak mula keluarkan oven Butterfly. Yahuuuuu! Mak nak buat kuih raya.

Biasa mak dan kak Ina buat malam, lepas buka puasa. Dapatlah aku kebas biskut 5-6 biji. Lepas tu lari main sorok-sorok, main toi, main tuju ayam. (memang gila...main malam-malam...dengan alasan hantu tak dak).

Ada juga aku main bunga api dan mercun. Insiden yang paling aku tak boleh lupa ialah : Aku cucuh mercun roket. Baik punya menghala ke langit. Tapi malangnya mercun tu betul-betul landing dalam atap nipah rumah Wa.

Masa tu hanya Allah yang tahu perasaanku. Aku berdoa sampai meleleh air mata. Aku terbayangkan rumah Wa terbakar menjelang raya. Dahla Wa orang susah. Alhamdulillah. Doa aku makbul. Mercun tak jadi meletup dan terbakar. Aku tunggu 2-3 minit. Selamat. Dengan muka pucat aku berhenti main mercun. Main bunga apa kerat-kerat kecik dahla....serik.

Saturday, August 22, 2009

Selamat Berpuasa!

Ramadhan datang lagi. Alhamdulillah kerana kita masih sempat menjalani ibadah puasa tahun ini. Selamat Berpuasa buat Adik Izat, Pak Njang, Kinah, Miqdad, Dik An dan Shahrom, Mc Dil, Insan Marhaen serta silent reader blog ni (kalau adalah hehe). Syukur juga kepada Allah kerana kondisi Tok bertambah baik. Tok semakin pulih, sudah seperti sedia kala. Muka pun dah kembali ceria, dah boleh bangun berdiri (bikin semua orang panik hehe). Walaupun semalam ada insiden yang berlaku. Kata Tok "Kalau tidak matila aku hari ni." (Tok dok ulang berkali-kali ayat ni). Tok jeling aku, katanya aku tak datang tengok dia sakit. Alahai, aku dok tercongok tepi Tok pun Tok tak ingat. Kemudian Tok kata lagi "Tok minta maaf, banyak perkara Tok tak ingat." Ramadhan datang lagi dengan sejuta rahmat. Selamat Berpuasa Segala-galanya.

Tuesday, August 11, 2009

Hujan

Di luar hujan turun dengan lebatnya.
Suasana sejuk menyelubungi.
Aku masih di tingkap memerhatikan hujan.
Ada ketenangan ketika hujan turun.
Suasana sunyi, hanya bunyi hujan merintik menimpa bumi.
Kedengaran juga bunyi cicip burung yang riang mandi hujan.
Aku terkenang semasa aku masih kecil.
Aku paling suka hujan.
Aku akan duduk di atas katil di tepi tingkap.
Aku akan menyanyi sekuat-kuat hatiku.
Bagiku hanya hujan penyelamat dari suara sumbangku didengari di luar sana.
Selesai beberapa buah lagu aku bergolek riang di atas katil.
Semasa sekolah rendah ustazah ada berpesan.
Berdoalah ketika hujan turun.
Ketika rahmat Allah sedang membasahi bumi.
Ya, sewaktu hujan turun, aku menadah tangan dan berdoa.
Kebaikan dan rahmatNya aku mohon akan terus berpanjangan.
Dan tanpa ku sedari 'hujan halus' membasahi kedua-dua belah pipiku.

Sunday, August 9, 2009

Drakula

"Kak, saya nak ambil blood sample."

"Amik aa..." kataku sambil senyum tak larat.

Empat tiub doktor muda tu sedut darah aku.

Selang 2 jam. "Kak, saya minta maaf, orang makmal kata tak cukup pulak darah tadi, nak kena ambil lagi....saya minta maaf," jelasnya dengan muka bersalah.
"Amik ler....darah banyak."

Selang sehari. (doktor yang lain)
"Kak, blood sample kak hilang....ish. Orang makmal kata tak tahu kat mana."

"Ha? hilang? Selalu ke jadi macam ni...ish ish."
"Entahlah kak, mereka tu buat kerja macam mana, saya minta maaf, kena ambil darah lagi."
Muka doktor cina tu macam bersalah giler. Aku rasa gak sikit-sikit bengang. Tapi aku masih senyum. Dalam hati menyumpah gak, macam mana orang makmal hospital buat kerja. Dah la salur darah kecil, doktor yang nak ambil darah aku selalu mengeluh susah.

5 minit kemudian. "Kakk!! Ayo....so sorry, makmal kata blood tadi not enough."

Tiba-tiba aku bertukar jadi Incredible Hulk (perasaan aku ja).
"Nah amikla....." aku suakan tangan yang dah kebiru-biruan bekas cucuk mencucuk.
Doktor cina tadi tak abis minta maaf pada aku. Ahh! Bukan salah dia. Aku rasa nak ambik venojet dan cucuk jugular vein orang makmal hospital.

Saturday, August 8, 2009

Jangan Biarkan Dia Bersendirian 2

Hari-hari seterusnya aku lalui dengan penuh riang. Riang seorang kanak-kanak yang tak pernah tahu erti duka. Rasa duka cuma hinggap sekali-sekala; kala rotan, tali pinggang atau getah paip hinggap di badan. Hilang sakit, hilanglah duka. Aku merenjas semula macam kuda gila. Keluar hutan, masuk hutan. Terjun parit, korek tanah jumpa telur. (nasib baik aku tak ambil dua biji telur yang kujumpa tu).

Sebagai kanak-kanak aku tak dapat membezakan. Yang mana satu manusia yang mana satu makhluk luar biasa. Siapa yang menyapa, aku jawab. Dia senyum, aku pun senyum. Dia ajak berkawan.... Jomlah!

Pernah suatu petang, waktu rehat di sekolah agama. Kawanku Sabariah sibuk menceritakan pasal seorang nenek. Nenek yang mukanya sebelah hitam sebelah putih. Sambil bercerita tangan Sabariah sibuk menghala pada bukit yang tak jauh dari kampung kami. Kata kawanku lagi, dia mahu minta ilmu cantik. Kelakar pun ada, umur baru 10 tahun dah pandai mahu berilmu-ilmu. Aku pun terpengaruh dalam tak sedar.

Suatu hari aku duduk sendirian sambil termenung memandang bukit tersebut. Diam-diam hatiku membuat hajat. "Nenek, aku mahu ilmu supaya aku kuat berlawan. Aku mahu pukul semua budak lelaki yang suka buli aku."

Sebenarnya aku tidak sedar. Dia sudah lama memerhatikan aku. Dia bukanlah mitos. Dia benar-benar wujud. Hasil pertapaan ilmu kuno. Aura hitamnya memang mempengaruhi. Daerah terpencil itu.

Friday, August 7, 2009

Jangan Biarkan Dia Bersendirian

Masa aku kecil, aku seorang diri, tak ada abang, kakak mahupun adik. Sampailah umurku 11 tahun, baru dapat adik.

Aku banyak habiskan masa bermain sendirian. Bercakap dengan binatang-binatang, anak-anak patung. Bukan tak ada kawan-kawan sebayaku, tapi mak dan ayah tak berapa galakkan aku bergaul dengan mereka. Mak tak nak aku main pasir, merayau tak tentu pasal. Lagipun ada di antara mereka suka mencarut. Itu lagilah mak dan ayah tak suka. Takut aku terikut.

Bila waktu petang, aku bosan, aku masuk ke hutan di belakang rumah. Tak jauh, betul-betul belakang rumah. Hutan pokok nipah, paya air payau. Ada pokok kelapa tumbang, aku panjat. Aku letak tali dan buat kuda. Aku goyang kuat-kuat sambil nyanyi-nyanyi.

Wa yang cari daun pisang petang-petang selalu aku sergah. Terkejut dia tengok aku main seorang diri dalam hutan.

Wa tanya aku "Tak takut ka sorang-sorang?" "Ada ular ka apa ka nanti?"
"Dak pun..." Aku jawab sambil sengih-sengih.

Takut apa, belakang rumah saja.

Tapi aku tak pernah tahu. Ada mata yang memerhatikan aku. Yang menyeringai mahu berkawan. Akhirnya, aku berteman tanpa pernah aku sedari.

Kasih sayang itu aneh

Aku dan Mak macam langit dan bumi. Dalam 5 minit, kami tak pernah bersetuju pendapat. Selalu berkesudahan dengan dua-duanya tarik muka atau 'hujan di tengah hari'. Tapi biasanya sekejap saja, lepas tu ok semula, kemudian gaduh pasal benda lain pulak.

Kalau aku ambik tindakan mendiamkan diri, mak akan 'menjolok-jolok' aku sampai akhirnya 'sarang tebuan pecah berderai'. Lepas tu mulalah......Ujan dah turunnnn....Angkat kain di jemurannnnnn.

Tapi kalau aku tak call mak satu hari, mak akan mula merajuk dan menangis. Mak rindu nak bergaduh dengan aku rupanya. Inilah ikatan emak dan anak. Kadang-kadang sukar difahami.

Aku pun selalu pening-pening memikirkannya :-)

Tuesday, August 4, 2009

Gambar-gambar Tertangguh : Lata Tembakah

5. Akhirnya....masalah dapat diselesaikan. Si pemilik kereta tolol mendapat "memo perkenalan" dari geng mafia Penang.....hahaha padan muka. Sapa suruh bangang sangat.

4. Pemilik kereta yang tolol tu bernasib baik dia tak ada time tu....tapi tak mustahil si pemilik kereta sedang terketar-ketar melihat apa yang berlaku di sebalik pohon senduduk...

3. Si usus pun dah naik hangin dan cuba tunjuk mafia gak....


2. Mafia-mafia mula berkumpul untuk menyelesaikan masalah orang yang tak pernah fikirkan orang lain....gerun ooo....semua besaq-besaq!

1. Kejadian menguji kesabaran....akibat kebangangan sebuah kereta mem'block' kereta salah sorang kerabat kami.

Alien???
Yang tak dapat mandi, menyimpan segumpal keinginan yang membara :)






Syiok....spa ikan-ikan makan kulit kaki.






Tingkat 2 saja yang kesampaian.






Titi gantung ke Air Terjun Lata Tembakah.






Monday, August 3, 2009

Gambar-gambar Tertangguh : Taman Tamadun Islam...Panas Lit lit!


Pengawal masjid.

Tukar posisi.


Gergasi.

Pengantin baru gagah berlari, say no to train! Hehe.

Posing tengah panas, senyum maintain.



Ni fesyen apa berposing aku pun tak paham.

Golongan OKU semua naik train....aku tak termasuk tau hehe.

Konon2 kat China tapi dok Terengganu....layan jer :-)
Tok.

Vampire mengamuk lapar kopok lekor.
Konon seksi ler tu...macam Puffer Fish jer rupa haha.
(yg tudung itam tu)
Sekupu-sekupu yang makan beras Gred A++

Gambar-gambar tertangguh : Perlawanan Badminton yang SENGET!

Gaya macam pro....tapi...
Ni nak main badminton ka nak gelak?

Ni lagi best...yoyoooo...sekali ada yg cramp hahaha.


Yg tengah tu langsung tak dak group...tapi dapat hadiah..aik?


Aksi mencairkan lemak-lemak tepu di badan.




Aku dan Kuarantin

Tak ada kena-mengena dengan H1N1 pun tapi lagaknya aku dikuarantin lebih teruk daripada itu. Sekejap-sekejap tidur kat wad. Bosannya hidup aku Tuhan saja yang tahu. Tapi mahu tak mahu redha sajalah. Bila ada tenaga lebih baru boleh jengah internet. Itupun mulalah rasa dunia tunggang-terbalik.

Rasanya aku lebih tenang di wad. Aku banyak habiskan masa di atas katil. Tidur dan selebihnya memerhatikan gelagat doktor, jururawat, pesakit, pelawat, pak guard dan makcik cleaner. Kalau jiran katil sebelah terlebih peramah, lebih banyaklah aktiviti aku memejamkan mata. Bukan apa, aku memang malas bercakap banyak-banyak. Aku perlukan tenaga. Jika jiran katil sebelah pun macam aku, maka tercetuslah perbualan. Yang patut-patut saja. Selebihnya aku banyak tersenyum.

Mahu membaca mata rasa kabur. Mungkin kesan ubat yang diberi aku lebih selesa baring lalu terlena. Cuma bila doktor datang membawa jarum dan butterfly catheter aku mula telan air liur. Entah bahagian mana lagi mahu dicucuknya. Nasib badanlah bila urat-urat darah semulajadi halus. Masuk saja drip, sehari, block. Terpaksa cari laluan lain lagi.

Berlubang-lubang sudah tangan ini. Dah tak lawa....kesian abg pegang tangan aku yang dah tak lawa (sebenarnya tangan sebelah kiri sedia tak lawa sebab ada alien yang hinggap). Bilalah kuarantin ini akan berakhir? Aku rasa bosan...tersangat bosan. Mengenangkan kerja aku yang tertangguh sekian lama, aku mulai bimbang. Apa-apa pun aku berserah pada Allah. Jika masih ada rezeki ku di situ, aku akan terus bekerja seperti biasa bila aku sudah sihat nanti. Jika sebaliknya, aku tetap redha.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...