Pages

Monday, August 26, 2013

Korek-Mengorek

Aku memang tak bolehlah dengan spesies manusia yang bila duduk saja-saja tangannya akan mengorek telinga, mata, mulut atau hidung. Maksud aku perlakuan korek-mengorek ni dilakukan di depan public.
 
Kemudian dengan rasa tidak bersalahnya dia akan pergi bersalam dan tepuk-tepuk belakang orang yang dia kenali semasa aktiviti korek-mengorek itu sedang berlangsung.
 
Pergilah basuh tangan tu dulu...huhuhu. Geli ler. Atau haruskah aku yang suruh orang tu pegi basuh tangan atau?
 

Sumber : Google


Sunday, August 25, 2013

Helikopter Tak Nak Haramkan Ke?


Seorang menteri menyatakan kalau diikutkan hatinya beliau ingin menghentikan perkhidmatan bas ke Genting Highland ekoran kemalangan bas yang meragut 37 nyawa baru-baru ini.
 
Beliau takder pulak menyebut nak menghentikan penggunaan helicopter berikutan insiden yang hampir-hampir menyebabkan beliau mendapat kecelakaan semasa pilihanraya yang lepas.
 
Sebagai seorang menteri silalah berfikir sebelum mengeluarkan kenyataan. Nampak tak berapa cerdik pulak.

Wednesday, August 21, 2013

Kerupuk Kulit Kerbau

Sorang staf aku baru balik dari Acheh. Antara ole-ole yang dibawa balik dari sana ialah Kerupuk Kulit Kerbau. Aku jadi excited nak cuba kerupuk ni. Rupa luaran macam keropok ikan yang telah digoreng. Tapi ianya dihasilkan daripada kulit kerbau yang telah dikeringkan.
 
Dengan lafaz Bismillah aku suapkan kerupuk ini ke dalam mulut sambil tersenyum. Selepas mengunyah beberapa kali senyuman aku pudar, dahi mula berkerut-kerut.
 
Sumpah! Bau lembu! Aku rasa sedang mengekah belakang lembu hidup di padang pastura.
 
Uwahahahahuhuhu.
 
Mungkin tak biasa sebab tu aku jadi mereng seketika lepas abis sekeping kerupuk kulit kerbau tu. Terus kena migraine haha.
 
Rupanya kerupuk ini dimakan dengan nasi, mee goreng dan jenis makanan yang sewaktu dengannya.


 
 
p/s"Kata adik aku pulak dia seolah-olah menjilat badan lembu masa mengunyah kerupuk ini."

Monday, August 19, 2013

Gigi Paksu

Semalam aku layan Iman bermain-main.
 
Masa bercakap-cakap dengan Iman terkeluarlah satu ayat dari mulutnya :
 
"Kalau kita makan banyak coklat, nanti gigi kita rosak. Kena pakai gigi paksu."
 
"Gigi paksu mana Iman? Gigi Acu ke?"
 
"Taklah...gigi paksu yang kena pakai bila takder gigi tu."
 
Ler...gigi palsu...ingat gigi paksu manalah tadi. Hik hik.

Sunday, August 18, 2013

Ceduk Lauk Guna Tangan. What???

Pernah suatu ketika Paknjang bercerita dalam blognya tentang sorang makcik yang jual nasi kandar gunakan tangan untuk ambik/ceduk lauk-lauk untuk customer.
 
Masa aku baca cerita Paknjang tu seolah-olah tak terimagine macam mana perkara tu berlaku.
 
Akhirnya aku nampak sendiri macam mana peniaga nasi kandar kecil-kecilan ini praktikkan kaedah guna tangan ceduk lauk. Huhuhu loyalah! Dah ler tangan berbulu-bulu. Uwaaa! Mak! Saya tak sanggup makan.
 
Setakat ambik ayam goreng yang kering tu oklah (walaupun tak boleh terima). Bila ambik lauk yang berkuah dengan tangan....aku terus rasa nak pengsan. Yang bestnya time nak ceduk kuah pandai pulak guna senduk. Kenapa tak ceduk dengan dua belah tangan?
 
*muntah*

Saturday, August 17, 2013

Durian Demam

Semalam Paknjang belanja kami makan durian Demam. Terima kasih! Meleleh air liur tengok Paknjang post gambar durian Demam dalam fb.
 
Kata Paknjang sapa yang makan durian ni esoknya pasti demam.
 
Maka kami pun bersedia dengan air cap badak @ cap kaki tiga.
 
Iman pun pulun makan durian ni. MasyaAllah, memang sangat sedap. Buahnya kecik jer tapi setiap pangsa penuh, isi memang lazat.
 
Lepas minum air cap badak, kami pakat minum air dalam pangsa durian banyak-banyak.
 
Dalam 30 minit lepas tu Iman tiba-tiba mintak aku picit kepala dia. Dia kata peninglah.
 
Tapi Alhamdulillah pagi ni semua orang masih sihat walaupun kami makan punya banyak durian semalam hehe. Maka kena tukar nama durian ni kepada Durian Cap Kaki Tiga....hehehe.
 
6 biji durian Demam
 


 Isi durian yang padat dan marvelous!

Friday, August 16, 2013

Pulau Betong & Siput Belitong

 Iman di kawasan Bakaq Kapoq, Pulau Betong.
 
 Tenang suasana di sini...dengan bayu laut bertiup lembut.
 
 Ternampak anak-anak siput Belitong@siput sedut.
 
 Iman menjerit takut nak dekati siput Belitong. Dia takut siput makan dia...isyhh banyak sangat tengok kartun ni hehe...
 
 Siput Belitong aka Siput Sedut.
 
 Iman tergaru-garu kepala melihat anak-anak siput Belitong yang banyak.
 
Berpadanan dengan nama Pulau Betong, memang banyak siput Belitong kat sini. Sedapnya kalau masak lemak. Nyum nyum. Sekian.

Monday, August 12, 2013

Selamat Hari Raya Aidilfitri :)

Belum terlambat kiranya untuk aku mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri buat kengkawan pembaca blog ini. Raya kan sebulan...sebelum dan semasa raya jangan haraplah dapat mengupdate blog. Sibuk mengalahkan wakil rakyat kui kui.
 
Perancangan awalnya kami akan balik beraya di Terengganu. Aku pun dah apply cuti awal sebelum raya supaya memudahkan kami balik ke sana. Yang lebih best, aku dok bersenang-lenang di rumah tanpa berbuat apa-apa sebab nak beraya di Terengganu.
 
Tup-tup Abg beritahu "Cancel balik Terengganu di atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan."
 
"Apaaa???"
 
Akhirnya aku dah jadi kelam-kabut macam orang tak betul dah. Terpaksa pergi beli langsir ready-made di Kamdar. Main ambik jer yang mana sempat. Minta tolong abg beli daging, beras pulut, ayam dan lain-lain bahan untuk dimasak pagi raya.
 
Baju raya memang tak sempat beli dah pun. Bajetnya nak pakai baju-baju yang aku dah pakai masa kenduri kawin Amir. Yolah, orang Terengganu mana nampak kami pakai baju-baju tu lagi hehehe. Sekali, amek ko. Maka pakai jerlah baju yang mana ada....sapa tanya-tanya nanti aku kasi silambam haa...
 
Cuma baju Iman sempat abg beli sepasang. Tu pun alahai macam kain buruk! Susah betul kalau orang lelaki tak reti shopping baju pompuan ni hehe. Kebetulan hari tu aku kena gastrik teruk, maka tergolek jerlah aku di sofa tak dapat ikut abg dan Iman shopping satu hari suntuk. Sekali bila dorang balik, Iman dengan happynya bagitau yang ayah dah beli baju raya untuk dia. Aku buka bungkusan dan rasa nak menangis...kesian anakku...baju macam kain buruk, dah la mahal haha. Aku dah gelak-gelakkan abg sampai akhirnya dia pun tak sanggup nak suruh Iman pakai baju tu.
 
Untunglah mak mertuaku pernah belikan dua helai baju kurung bermanik-manik untuk Iman dua tahun lepas. Tahun ni baju tu baru muat elok dengan Iman. Alhamdulillah ada jugak baju raya Iman.
 
Iman di salun gunting rambut.

Rambut raya Iman...taraaa!
 
 
Tahun ini jugak aku pertama kalinya buatkan ketupat daun palas macam yang arwah mak selalu buat dulu. Menitis jugak air mata aku masa masakkan ketupat tu sebab teringatkan arwah mak dan ayah. Alhamdulillah ketupat jadi elok macam mana arwah mak buatkan. Seronok tengok suami, anak dan adik-adik makan ketupat dengan berseleranya.
 

Ketupat daun palas
 
Untuk lawan dengan ketupat, aku masakkan serunding basah resepi arwah tok. Sedih jugak teringat kat tok. Adeih, raya kali ni asyik sedih mengenangkan semua mereka yang dah tak ada.
 
Ok, tak nak tulis panjang-panjang. Layanlah gambar-gambar raya semasa open house di rumah warna nostalgia dan gemersik qalbu. Memang meriah dan kelakar hehe.
 
 Makan satey di rumah Warna Nostalgia
 
 Iman teringin adik....cucu Warna Nostalgia.
 
 Blogger Gemersik Qalbu menjamu selera dengan hidangan laksa power! Huh! Memang sedap!
 
Budak-budak kecik yang sedang membelasah predator Warna Nostalgia....nak menangis Warna Nostalgia dibuatnya haha.
 
 Adik-adik sepupuku yang comel-comel belaka hehehe.
 


Blogger Warna Nostalgia bersama DD



 Di rumah terbuka Gemersik Qalbu. Syoknya kena angin bendang...rasa nak lentuk jer hehe.

 Masakan ala kampung dengan ulam-ulaman, pekasam dan tapai pulut..oh oh oh.

 Iman berposing di atas tangga dengan baju raya tahun lepas haha.

 
Selamat Hari Raya! Maaf Zahir dan Batin. (especially to IM yang hilang mana ntah blognya...hehe)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...