Pages

Thursday, December 26, 2013

Anak dan Anak Kucing

"Minion! Tengok depan! Mama nak ambik gambar!." Terjelir anak kucing kena cekik dek Iman haha. 

 "Minion! Senyum! Senyum!."
 
 "Eee Minion! Senyum macam Iman ni..." Kesian kucing tu kena paksa tersenyum haha.
 
 "Tak nak senyum takperlah."
 
"Pakai topi ni! Tak nak?? Takper saya pakailah."
 
 
(Antara dialog anak aku dan anak kucing sewaktu aku nak snap gambar depa...haha)

Saturday, December 21, 2013

Sikucing

Anak patung kucing ni hadiah daripada mak dan ayah masa aku berumur 16 tahun. Masa tu aku dapat masuk sekolah berasrama penuh. Aku sedih sangat sebab tak boleh bawak kucing kesayangan aku bersama. Aku dah terbiasa tidur malam dengan kucing. Takkan aku nak usung kucing aku ke asrama. Sah-sah dengan aku, dengan kucing aku kena tendang keluar dari sekolah tu.
 
Suatu hari, balik saja dari BM, mak berikan patung kucing ni pada aku. Korang janganlah gelak, walaupun umur aku masa tu dah 16 tahun, aku masih simpan banyak teddy bear yang mak dan ayah belikan untuk aku. Aku rasa terharu sangat. Kata mak dan ayah ni anak patung terakhir untuk aku. Nanti mak dan ayah tak nak belikan lagi anak patung untuk aku.
 
Maka jadilah sikucing ini peneman setia aku atas katil. Aku sayang sangat sikucing ni. Kalau picit di bahagian perut, kucing ni akan bunyi "Miau, miau." Bila ada time aku susah hati atau ada masalah, aku akan mengadu pada sikucing. Nak mengadu pada mak dan ayah tak boleh sebab mak masa tu mengidap sakit jantung sementara ayah mengidap darah tinggi.
 
Setelah 21 tahun berlalu, sikucing pun dah beralih tuan. Sekarang, sikucing jadi milik Iman. Tapi aku cukup sensitif bila Iman lempar sikucing ni sana sini. Sebabnya inilah satu antara benda yang masih ada yang mengingatkan aku kepada kasih sayang arwah mak dan ayah. Rindu pada mak dan ayah.

Thursday, December 19, 2013

Pasport Haiwan Kesayangan

Korang ada haiwan kesayangan? Pastikan haiwan kesayangan korang tak jadi pendatang tanpa izin maka dengan itu silalah daftarkan haiwan tersebut hehe.

Sekarang ni Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) dah sediakan khidmat untuk daftarkan haiwan kesayangan korang...kiranya depa nanti akan ada pasportlah. Ingat tuan haiwan jer yang boleh ada pasport?

Haiwan kesayangan yang dimaksudkan ialah daripada spesies kucing, anjing, arnab dan kuda. Kalau korang ada bela unta atau biawak, maaflah...nampaknya tak der dalam list haiwan yang boleh buat pasport lagi ngeee.

Boleh ke link di bawah ini untuk maklumat lanjut.

Tuesday, December 10, 2013

Apa Ada Dalam Beg?

Aku jarang bawak 'handbag'. Kecuali di majlis-majlis formal atau dalam erti kata lain terpaksa sangat.
 
Pi mana-mana pun aku usung 'backpack' aku. Tak pun 'recycle bag'.
 
Janganlah pelik.
 
Handbag tak muat untuk aku isi "barang-barang" aku.
 
Masa mula-mula kawin Abg geleng-geleng kepala gak tengok perangai aku.
Dah lama kawin, Abg pun dah lali.
Terjawablah persoalan  masa pertama kali Abg bertemu aku di stesen KTM Kuala Lumpur aku sedang mengusung 'backpack' ke sana sini ngeeee.
 
Dalam backpack aku ada purse, wet tissue, payung yang boleh lipat, tab@laptop.
Dan yang paling utama aku tak pernah tinggal kamera dan satu beg hitam kecil yang penuh dengan charger untuk tab, handphone dan kamera.
 
Kalau ikut hati, tripod pun aku nak sumbat dalam backpack.
 
Masa bujang dulu, kasut pun aku sumbat dalam 'backpack'.
Tapi Alhamdulillah...masa kasut aku kena cilok di surau stesen KTM, aku ada kasut 'spare'.
 
Normal kah aku?


Sunday, December 1, 2013

Anak Kucing

Abg janji dengan Iman, kalau Iman dah tak pakai dyper Iman akan dapat kucing oren. Iman memang suka kucing oren lepas dia tengok cerita Garfield. Kebetulan sama pulak dengan aku yang suka sangat dengan Garfield yang gemuk dan pemalas tu hehe.
 
Dua hari lepas masa nak beli nasi aku ternampak seekor anak kucing oren kat tepi kedai gunting rambut. Nampak anak kucing tu macam kelaparan...kesian.
 
Abg berhenti dan ambik anak kucing tu ke dalam kereta.
 
Iman tak payah ceritalah punya seronok. Nak tergelak aku tengok Iman excited.
 
Abihnya bila aku tanya Iman nama untuk anak kucing tu, Iman dah berubah fikiran.
 
"Tak nak letak nama Garfield dah. Saya nak panggil dia Minion."
 
Pulak dah...
 
 Muka sedih dan letih...kesian.


Lepas makan Minion terus tidur. Esok nak mandikan dia.