Tiga hari aku di KL menghadiri mesyuarat. Sepanjang mesyuarat berjalan aku tersenyum-senyum sendiri. Apa tidaknya, wajah arkitek dari syarikat pembinaan sebijik macam Izat. Dengan rambut yang ala-ala orang tak gunting rambut, senyuman dan aturan gigi yang sama, karakter dan cara bercakap yang serupa. Cara berpakaian pun sama juga.
Emm ada juga manusia yang serupa dengan adik aku.
Emm ada juga manusia yang serupa dengan adik aku.
Doa aku adik aku ni akan berjaya seperti arkitek tu juga. Berjaya di dunia dan akhirat. Walaupun aku cukup rimas tengok rambut 'sergun' macam membebankan kepala otak dia tu hehe.
No comments:
Post a Comment
Terima kasih untuk respons anda :)