Pages

Wednesday, June 24, 2009

Bun Orang Miskin

Aku paling suka bun orang miskin. Intinya kaya yang sedap.

Masa zaman sekolah, bermula dari sekolah rendah, aku tergolong dalam pelajar yang menerima skim bantuan makanan untuk pelajar miskin. Di kalangan teman-teman rapat aku hanya aku sorang jer yang terima bantuan ni. Yang lain penerimanya kawan-kawan aku yang miskin dan kurang menyerlah dalam pelajaran.

Masa rehat, aku akan ke bahagian belakang pejabat kerana di situ akan diagihkan bun-bun untuk para pelajar yang terpilih. Paling seronok kalau ada pelajar yang tak hadir sebab bun lebih akan diagih-agihkan.

Kiranya masa tu jimat juga duit belanja yang mak dan ayah beri pada aku (tak banyak pun...rm0.30 jer untuk belanja sekolah setiap hari).

Ada juga hari lain kami dapat makanan percuma di kantin; makanan yang dijual di kantin. Laksa, nasi lemak, mee goreng dan bihun sup. Seingat aku itu saja jenis makanan yang dijual di kantin.

Aku makan percuma setiap hari. Tapi kadang-kadang sepinggan laksa memang tak cukup untuk aku. Aku tambah sepuluh sen lagi untuk dapat lagi sepinggan laksa. A'a dasar anak orang susah yang makan banyak :)

Sebenarnya aku memang sentiasa lapar kerana di sebelah petangnya aku aktif sukan. Mana cukup sepinggan laksa percuma.

Tapi sampai sekarang aku belum bertemu dengan Bun Orang Miskin yang sedap macam aku makan dulu-dulu. Mungkin juga sekarang aku dah terlebih makan sampaikan semua makanan tidak ada lagi keistimewaannya...

APA-APA PUN.....TERIMA KASIH ATAS BANTUAN YANG TAK SEBESAR MANA TAPI CUKUP BERERTI BUAT ORANG SEPERTI AKU.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih untuk respons anda :)