Pages

Sunday, September 27, 2009

Masjid perlu bersih!

Semalam sesi merayau bersama Abg, Mak dan Amir. Maksud aku merayau dengan kereta. Balik dari Giant kami tak terus pulang, ke Perda pula. Cari apa? Cari laksa untuk aku! Kerja pelik...cari laksa malam-malam.

Di Giant pun aku sekadar duduk dalam kereta menunggu Mak dan Amir beli-belah barang-barang keperluannya untuk balik ke kolej. Sebelum tu aku dan Abg jalan-jalan di dalam Guardian. Sebenarnya percubaan aku jalan-jalan sebagai persediaan untuk bekerja hari Isnin ni. Tapi alahai, tak sampai 30 minit aku dah 'surrender'. Wa sudah sakit itu kaki lor...Jadi aku pun duduk senyap-senyap dalam kereta sambil menikmati ais krim dan ditemani alunan lagu dari radio.

Sampai di Perda sudah masuk Maghrib. Singgah sebentar untuk bersolat Maghrib di Masjid Perda.

Masuk dalam ruang mengambil wuduk + tandas, hidung aku yang super sensitif menangkap satu bau yang kurang menyenangkan. Alamak! Lahabau! Sapalah yang dah berak dalam tempat mengambil wuduk? Tekak aku mulai loya. Sedangkan tandas tak sampai 3 meter, boleh pulak dibantai berak di tempat yang tak sepatutnya.

Mak masuk ke tandas. Aku yang dari tadi menahan pundi kencing yang tepu terus terpaksa menahan. Dari jauh aku lihat tahap kebersihan tandasnya pun tahap 'so so' aje. So goodbyelah. Cepat-cepat aku berwuduk dan meninggalkan tempat yang meloyakan itu.

Aku jadi aneh. Ini berkaitan sikap. Kebanyakan orang Islam di Malaysia ialah orang Melayu. Orang Melayu yang jarang mementingkan kebersihan tandas dan bilik air. Ada yang kaya, rumah memang hebat. Tapi bila jenguk ke tandas, alahai tak lalu...

Yang lebih aneh, tempat sesuci masjid selalu sangat tandas dan bilik airnya kotor. Aku buat andaian kerana aku dan Abg kaki merayau. Kerap singgah ke masjid-masjid. Dan aku terus rasa kecewa. Ini memberikan tanggapan yang buruk pada masjid dan utamanya agama Islam sendiri.

Ini belum bercerita tentang masjid di negeri Pantai Timur. Suatu masa, kerja aku memerlukan aku banyak keluar untuk 'sampling' di Pantai Timur. Adalah seorang staf berbangsa Cina yang turut serta. Suatu hari, kerana sudah tidak tahan kami terpaksa berhenti di sebuah masjid di tepi jalan. Kerana kedudukan tandasnya di luar, staf berbangsa Cina ini turut serta untuk melepaskan hajat.

Masuk saja ke tandas yang tersedia dalam 4 buah di situ, aku terus rasa malu. Kotornya! Aku lihat muka rakan aku tadi dah geli-geleman tapi terpaksalah juga melepaskan hajat.

Kalau bercakap pasal telekung, aduh sedih juga ni. Ada masjid yang telekungnya dah berapa lama tak basuh entahlah. Bau masam, bertahi lalat. Bila terlupa bawa telekung sendiri, terpaksa jugalah pakai telekung masam tu. Pengunjung masjid yang gunakan telekung sering buat tak kisah. Bila habis solat, terus telekung dicampakkan tersadai. Jarang aku lihat telekung tersusun kemas kecuali di masjid di Bertam. Telekung tersusun elok dan bersih di 'hanger'.

Sebenarnya semua ini berbalik kepada diri kita semua. Pengguna masjid. Jika kita gunakan kemudahan yang disediakan dengan baik, seperti kita gunakan kemudahan di rumah sendiri, pasti semua masalah ini tidak berlaku. Jadi sama-samalah kita menjaga kebersihan masjid di samping mengimarahkannya. Jangan nak harap pada AJK masjid saja untuk melakukan semua tugas-tugas itu.

Maaf, makcik membebel pulak hari ini...adeih dah tua rupanya aku.

3 comments:

  1. Salam. Satu posting yang baik G. Inilah sifat orang islam. Sebenarnya islam itu bersih. Ia bersih dari segala sudutnya. Sayang orang barat yang mengamalkan sikap bersih ini. Ada juga pegawai masjid atau surau yang tak kisah bab ini. Besar pahalanya kalau tugasan yang mulia ini dipikul dengan baik walaupun tugasnya hanya sebagai pencuci tandas namun keselesaan yang pengunjung rasai membuatkan pahalanya berganda. Bab ini makanjang cukup rajin. Sekali sekala dia akan ajak pakanjang membersih toilet surau. Katanya malu kalau ada kenduri kendara toilet berbau

    ReplyDelete
  2. Dr. Asri pernah cakap,kalo nk knal penduduk kampung tu,tgk tandas masjid dia.kalo bersih maknanya baguih la penduduk dia.ngeh3

    ReplyDelete
  3. PAKNJANG, betul. Besar pahalanya orang yang sukarela pi basuh tandas masjid, bersihkan/sapu lantai masjid dan ambil kain telekung balik basuh kat rumah. Tapi kita selalu terlepas pandang benda-benda yang macam ni.

    PULASAN007 Kesian pulakla....kadang-kadang bukan penduduk kampung yang buat kotoran tu....adalah malaun mana yang sekadar singgah nak guna tandas masjid, walhal solatnya tidak pun hehe.

    ReplyDelete

Terima kasih untuk respons anda :)