Pages

Saturday, December 5, 2009

Ex-Boyfriend

Disebabkan aku rock, aku kena ada boyfriend yang rock juga. Kawan-kawan aku semua ada boyfriend time tu. Aku pun ada...tapi sembunyi-sembunyi.

Kawan-kawan aku simpan gambar boyfriend depa dalam purse. Aku pulak simpan gambar boyfriend aku dalam wallet. Huh! Different kay. Tapi aku tak pernah tunjuk gambar boyfriend aku pada sesiapa pun hatta pada sahabat baik aku sendiri. Percintaan itu satu rahsia, antara aku dan dia saja. Indahnya.

Suatu hari ada spot-check. Ha! Semua purse kena geledah termasuk wallet aku. Yang mana ada gambar semua kena rampas. Merah juga mata kawan-kawan aku menahan sedih sebab gambar boyfriend depa kena rampas.

Aku? Masih senyum lebar. Gambar boyfriend aku tak kena rampas pun. Cuma cikgu yang buat spot-check berkerut tenung gambar boyfriend aku dalam wallet. Kemudian wallet aku dipulangkannya.

Kawan-kawan ramai yang tak puas hati. Depa datang nak tengok gambar dalam wallet aku. Mahu tak mahu terpaksa aku tunjukkan. Depa macam cikgu tadi gak, berkerut dahi lalu berlalu tanpa berkata apa-apa.

Sah. Cikgu dan kawan-kawan aku memang tak kenal boyfriend aku yang cukup gah time tu. Hahaha.
Time tu aku tengah angau dengan Jon Bon Jovi.



2 comments:

  1. Sedari dulu aku tertanya-tanya, Bon Jovi tu perempuan ke?

    ReplyDelete
  2. Hahaha IM ko pun macam cikgu dan kawan-kawan aku, depa ingat Jon Bon Jovi tu perempuan...jadi selamat aku daripada kena tindakan disiplin time tu.

    ReplyDelete

Terima kasih untuk respons anda :)