Sapa lagi kalau bukan Miki.
Kinah ambik Miki sekejap untuk dijaga aka kasi rapat-rapat dengan Yumi. Kira nak bagi kenal-kenal dulu sebelum bernikah la ni haha.
Rumah mak aku jadi aman sebentar dengan ketiadaan Miki. Dah beberapa hari tak nampak tapak-tapak kaki comel di atas lantai. Mone juga dapat baring dengan aman tanpa digomol oleh Miki.
Ish! Tapi aku rindu pulak dengan dia. Kinah ada hantar laporan setiap hari. Kesian Kinah. Mungkin Jumaat ni bolehlah hantar Miki pulang. Memang dia nakal dan belum cukup akal.
Suka sangat Miki tidur atas ribaan mak (sebenarnya dia cukup suka pada sesiapa saja yang pakai kain batik!)
Tak cukup tidur, kepala Miki dah hilang masuk dalam kain batik, hehe....kecik-kecik dah gatai.
Gambar sesi kangkang santai aka nak ngorat Yumi...tak senonoh betui.
Sesi mengorat dari kejauhan...Yumi jual mahai lak...
Asyik cerita Cat je. Takda cerita pasal Bear ke?
ReplyDeleteBear tengah 'patah kaki'....macam mana nak cerita? hehe.
ReplyDelete