Pages

Sunday, February 28, 2010

Cinta-mencintai

Cinta itu bukan macam barang-barang yang dijual di kedai. Kalau rosak atau hilang, boleh terus pergi kedai dan beli barang yang sama. Akulah itu, sering beli 2 benda yang sama. Satu buat spare bila satu lagi hilang atau rosak.

Biasanya kasut. Mak selalu tanya "Hang tak dak kasut jenis lain ka? Keja pakai kasut sama saja." Ataupun "Awat baju hang mak tengok serupa saja?" Mana tak serupa, dah aku sekali beli 2 yang sama.

Sebenarnya itu kasut dan baju baru aku. Cuma bentuk dan jenis yang sama. Bila aku dah sedap dengan satu benda, jarang aku nak tukar dah. Kecuali barang tu dah tak dijual di kedai. Itupun aku seboleh-bolehnya pi cari benda yang seakan-akan serupa.

Tapi dengan cinta kita tak boleh buat macam tu. Semua orang tak boleh kecuali orang yang banyak compartment dalam hati depa. Sebab mana mungkin manusia ini sama. Walaupun kadang-kadang hidung sama penyek, mata sama pesek; hati dan perangai jarang yang serupa.

Kita tak boleh beli cinta di kedai. Ataupun masa dapat cinta itu kita terus pesan 2 cinta sekaligus. Lainla cinta kita tu ada kembar. Itu pun haram kita simpan cinta dua beradik dalam satu masa.

Takutkan bila kita kehilangan cinta itu....menderita kita mahu cari cinta yang sama.

(Aku cerita cinta manusia, bukan cinta pada Ilahi...wokey :-))

6 comments:

  1. Yang penting, org yang sayang kat kita sentiasa disisi setiap masa dan keadaan.

    ReplyDelete
  2. Suatu masa, dia pasti akan meninggalkan kita juga...

    ReplyDelete
  3. Saling cinta mencintai ikhlas kerana ALlah SWT, insyaallah akan terus bersama sampai ke Syurga

    ReplyDelete
  4. mmg takut bila kehilangan cinta..nk mencari seboleynya da xmmpu..
    tp,dgn izn allah,ku percya suatu hari nnt pasti ad yg mndtg..;)

    ReplyDelete
  5. Anon,
    Insyaallah. Cinta yang ikhlas kerana Allah pasti akan bersatu kembali di 'sana' nanti.

    Ucuk,
    Cinta sejati memang susah nak dapat. Kalau dah dapat pun pastinya banyak dugaannya...so kena sabar banyak-banyak.

    ReplyDelete
  6. tuw la..tp skank hati btul2 rsa lemah..tp bkn bermkna puts asa..

    ReplyDelete

Terima kasih untuk respons anda :)