Lama sungguh aku bercuti dari menulis. Bercuti dari menulis di blog saja. Dalam diari aku tetap teruskan menulis.
Heh! Aku dah hilang kerja. Amazing. Sekelip mata aku dapat kerja, sekelip mata aku hilang kerja sebab kaki aku yang tiba-tiba mogok untuk berjalan dengan lurus apatah lagi berlari.
Tak pernah aku bayangkan akan jadi macam ni. Dulu, kaki ni lah yang kuat menendang. Pantang ada pertandingan sukan, kaki ini jugalah gagah berlari. Merentas desa tu kacang jer buat aku.
Sekarang kaki sudah mogok. Mungkin kaki ni dah penat. Dia pun mahu rehat.
Rehatlah dulu kaki. Nanti-nanti kita lari lagi (masalahnya kau buat jiwaku kacau kaki...)
Senang betul, dapat kerja. Ni kira kerja yg ke ?
ReplyDeleteKe 4.
ReplyDeleteLetih tukar-tukar kerja sebenarnya...tapi dah nasib badan.