Aku menangis masa terima perkhabaran "adik" aku telah pergi selamanya. Terasa diri aku ringan dan melayang.
Baru hari sebelumnya aku terlalu ingatkan dia dan suarakan pada abg untuk menziarahinya. Aku tak pernah menyangka keadaan dirinya sudah terlalu teruk. Sms yang aku hantar padanya pun tidak berbalas.
Mungkin abg juga tidak faham bagaimana kami boleh rapat. Aku dan dia rapat dalam kejauhan sebagai saudara dalam satu ikatan.
Seorang adik yang sentiasa ceria, nakal di internet, baik di alam nyata dan sentiasa cepat dalam bab-bab membantu orang. Dia sangat sayangkan haiwan, sama macam aku. Permintaan terakhirnya mintakan aku carikan dia sugar glider tapi dengan keadaan diri aku ketika itu, aku tak mampu tunaikan.
Aku tak boleh tengok Miki, aku mahu menangis. Miki sebenarnya aku mahu beri pada dia. Dia terlalu sayangkan kucing tetapi ketika itu dia juga sakit dan aku kira dia tak mampu untuk menjaga Miki.
Seminggu sebelum dia pergi aku telah dapat 'alamat'. Aku cuma diam, menanti dengan gementar, giliran siapa yang akan dipanggil. Aku tahu jika 'alamat' itu tiba, pastinya orang itu dekat di hati ini.
Dia pernah sakit teruk, seperti aku. Sama-sama mencari jalan penyelesaian dan akhirnya kami ditemukan sebagai 'saudara'.
Untuk "adik", semoga rohmu dicucuri rahmatNya. Kau pernah beri kata-kata nasihat dan perangsang buat akak tapi akhirnya kau yang pergi dulu. Semoga kau di tempatkan bersama orang-orang yang soleh.
siapa adik bearcat ?
ReplyDeleteapa2pown,semoga rohnya dicucuri rahmatNya..
belasungkawa buat BC. kenyataannya dia tetap pergi.
ReplyDeleteKita pun akan pergi jua...
ReplyDelete