Pages

Monday, January 31, 2011

Wow! Dah tua

Hari ni birthday Izat. Happy Birthday!

Masa umur aku 11 tahun, budak Izat ni lahir ke dunia. Bayangkan, selama 11 tahun aku seorang diri tiba-tiba ada budak kenit yang cute hadir dalam hidup aku.

Mulanya aku memberontak. Walaupun aku suka budak kenit yang cute tu tapi ego aku mengatasi segalanya. Tambah-tambah pulak bila mak minta tolong aku jaga dia.

Pernah aku berlari sambil tolak stroller, kemudian aku tersasar dan stroller terpelanting dengan isi-isinya sekali (iaitu Izat dan bantal). Sedih bila aku tengok muka Izat penuh pasir. Dia menangis sekejap saja. Aku angkat Izat, sapu pasir di mukanya dan timang-timang. Izat diam. Mungkin sebab itu Izat jadi tough sampai sekarang. Pada Amir aku tak sempat buat macam tu, adakah sebab itu Amir kurang tough? Emm.

Lepas pada kejadian itu aku mula sayangkan Izat. Sebab dia terlalu comel, macam muka Iman sekarang. Kawan baikku di kampung panggil Izat kura-kura. Sebabnya...dia kata dagu Izat pendek, macam kura-kura. Ler.

Kemudian bermulalah episod aku jadi kuda untuk Izat dan aku belikan anak patung kertas untuk dia waktu balik dari sekolah. Eee main anak patung kertas budak Izat ni hehe.

Eh! Nanti tak busy kak beli hadiah pada Izat. Nak yang Spongebob ka yang Polka Dot? Hehe.

Saturday, January 29, 2011

Moga Tenang

Banyak perkara tak dijangka berlaku sejak sebulan lepas. Pasti ada hikmah di sebaliknya. Syukur pada Allah kerana aku masih ada bapa dan mak sedara yang mengambil berat tentang aku dan keluarga.

Aku doakan Allah akan balas segala kebaikan yang depa lakukan pada kami.

3hb ni perancangan kami untuk ke Kelantan (doa-doa biarlah aku sihat). Mesti riuh kalau dah berkonvoi ramai-ramai. Harap segala perancangan akan berjalan dengan lancar.

Harapan aku juga hidup aku akan kembali berada di batasan normal. Aku sudah letih. Aku nak hidup dengan tenang di samping suami dan anak tercinta.

INSYAALLAH....kata Maher Zain.

Thursday, January 20, 2011

Untuk Rambut yang Bermasalah

Sebenarnya untuk rambut yang bermasalah, contohnya kelemumur, kulit kepala gatal, hanya perlu gunakan syampu berubat sekali sahaja seminggu.

Maknanya, kita perlu ada dua botol syampu di rumah; satu syampu anti-kelemumur (berubat), satu lagi syampu untuk rambut normal.

Gunakan syampu berubat seminggu sekali sahaja. Untuk hari lain, gunakanlah syampu biasa. Kalau kita berterusan gunakan syampu berubat, masalah rambut yang lain pula akan timbul. Kalau kulit kepala sudah sihat, tiada kelemumur, tak payah susah-susah nak pakai syampu anti kelemumur dengan alasan untuk prevent kelemumur. Konsep yang salah.

Itulah nasihat pakar pendandan rambut yang pernah aku dengar.