Hari ni birthday Izat. Happy Birthday!
Masa umur aku 11 tahun, budak Izat ni lahir ke dunia. Bayangkan, selama 11 tahun aku seorang diri tiba-tiba ada budak kenit yang cute hadir dalam hidup aku.
Mulanya aku memberontak. Walaupun aku suka budak kenit yang cute tu tapi ego aku mengatasi segalanya. Tambah-tambah pulak bila mak minta tolong aku jaga dia.
Pernah aku berlari sambil tolak stroller, kemudian aku tersasar dan stroller terpelanting dengan isi-isinya sekali (iaitu Izat dan bantal). Sedih bila aku tengok muka Izat penuh pasir. Dia menangis sekejap saja. Aku angkat Izat, sapu pasir di mukanya dan timang-timang. Izat diam. Mungkin sebab itu Izat jadi tough sampai sekarang. Pada Amir aku tak sempat buat macam tu, adakah sebab itu Amir kurang tough? Emm.
Lepas pada kejadian itu aku mula sayangkan Izat. Sebab dia terlalu comel, macam muka Iman sekarang. Kawan baikku di kampung panggil Izat kura-kura. Sebabnya...dia kata dagu Izat pendek, macam kura-kura. Ler.
Kemudian bermulalah episod aku jadi kuda untuk Izat dan aku belikan anak patung kertas untuk dia waktu balik dari sekolah. Eee main anak patung kertas budak Izat ni hehe.
Eh! Nanti tak busy kak beli hadiah pada Izat. Nak yang Spongebob ka yang Polka Dot? Hehe.
tu la..ntah sapa bagi maklumat salah. ketawa besar IM bila jumpa WN tadi petang. ada maklumat lagi sempoi... dah seminggu WN demam!
ReplyDeletebaru IM tahu kura-kura ada dagu...
ReplyDeleteerr kura-kura tak dak dagu ka? hehe tak perasan.
ReplyDeletepasal salurkan maklumat salah dan tersebar dah biasa sangat dalam masyarakat kita :-P