Gaya hidup pasangan suami isteri zaman sekarang sangat aneh.
Rasanya suami atau isteri lebih banyak menghabiskan waktu dengan rakan sepejabat berbanding pasangan / keluarga masing-masing.
Bangun pagi, pukul 7 pagi sudah keluar rumah menuju ke tempat kerja masing-masing.
Anak-anak dihantar ke taska / pusat asuhan kanak-kanak / sekolah.
Petang, sampai rumah dalam pukul 6.30 petang.
Dah selesai semua perkara wajib, ada yang layan tv, ada yang layan komputer.
Anak-anak buat kerja sekolah atau main-main sikit-sikit sebelum disuruh tidur.
Bila masa suami, isteri dan anak-anak ini berkomunikasi?
Makan malam bersama bukan lagi perkara wajib.
Solat berjemaah lagilah boleh dikira dengan jari.
Hari minggu ada pula suami atau isteri yang sibuk dengan MLM atau ke gym atau ke mana-mana ntah.
Anak-anak, ikut dan, ikut kawan, memerap sendirian di rumah.
Apa nak jadi ya?
dulu, masa IM kecik juga. mak dan abah sibuk cari rezeki. IM jaga adik-adik.
ReplyDeletekerajaan sepatutnya kena bina susana harmonis dalam negara.
tapi...tu la..
Betullah IM, rindu zaman dulu-dulu.
ReplyDeleteInstitusi kekeluargaan lebih kukuh nak dibandingkan dengan sekarang.
Walaupun dulu kehidupan tak semewah sekarang, tapi nilai-nilai murni masih dipertahankan.