Sempena cuti sekolah ni mak sedara, sepupu sepapat semua balik bercuti. Kami ambil kesempatan ke Taman Rama-rama yang terletak di Teluk Bahang. Nama jer asal Penang, ramai yang first time masuk taman ni hehe.
Masa sampai tu hujan rintik-rintik. Tapi takper, taman ni berbumbung. Cuma setitis dua hujan kenalah jugak di atas kepala.
Harga tiket dewasa : RM18
Kanak-kanak (4-12 tahun) : RM10
Nih untuk yang ada Mykad. Takder Mykad, mahallah skit, RM27.
Selain rama-rama, ada gak serangga, ulat gonggok, ular dan kala jengking. Terdapat jugak mini theater yang menayangkan cerita tentang serangga.Memang bagus sangat kalau nak bawa anak-anak untuk tambah pengetahuan depa.
Lebih kurang pukul 5.15pm kami keluar, tempat ni dah ditutup. Tutup awal sebab rama-rama tido awal (tipu jer hehehe).
Depan pintu masuk. Sebenarnya gambar ni diambil masa dah keluar...tengoklah anak aku tu...letih semacam jer hehe.
Sedang beli tiket masuk.
Buaian rama-rama di mula-mula masuk. Orang lain semua excited berjalan dan tak nampak buaian ni. Jadilah... suami sepupu aku ni sempat berposing.
Rama-rama menghisap madu pada bunga raya yang disusun di atas redai besi.
Rama-rama tengah mengawan. Sejuk kot lepas hujan....hehe.
Paklang aku sedang menunjukkan ketidakgeliannya memegang gonggok hutan. Aku pun berani....sayangnya aku kan photographer kui kui kui.
Pada awalnya sesapa pun tak perasan ada makhluk dalam akuarium ni. Kura-kura ni sebijik macam batu. Cara dia nak perangkap mangsa cuma perlu nganga mulut...nanti mangsa akan tertarik masuk ke dalam mulut kura-kura tu. Best gak, nanti aku nak try nganga mulut depan KFC kot-kot KFC melayang masuk dalam mulut aku...erkkk.
Pokok hutan...terlupa nak tengok nama.
Pelbagai jenis rama-rama serta serangga yang telah diawetkan.
Boleh tengok serangga dan maklumat tentangnya.
Pokok periuk kera. Kera tak nampaklah pulak.
Iman yang sekejap ok sekejap geli tengok serangga itu ini.
Rama-rama dua sejoli...ewah.
Rama-rama jinak atas jari...tapi rama-rama pun memilih gak kat ssesapa dia nak hinggap hehe.
Tok sedara bersama cucu-cucu sedara kesayangan.
Puan doktor pun excited bila rama-rama hinggap atas tangan...hehe. Selama ni kuman jer hinggap atas tangan kan...tak gitu?
Katak ni sebijik macam daun. Muka dia toya jer.
Katak toya tengah mengawan. Mesti depa bengang sebab aku dah snap gambar depa.
Kumbang muka manusia. Cer tengok betul-betul. Macam muka Elvis Presley.
Kedai cenderahati. Banyak yang boleh dibeli di sini. Harga murah.
Makan aiskrim dulu sebelum keluar. Kesian Iman dok langut aiskrim Acu. Acu buat derkk jer.
Cuma kami berlima sempat bergambar di kumbang gergasi ni. Yang lain dah menonong keluar. Padan muka depa hehehe.
Kumbang gergasi tu selalu ada kat pokok kelapa yang dah lama.
ReplyDeleteIM selalu kata kat kawan IM, sekarang ini kita jarang berjumpa rama-rama di tepi jalan atau di taman-taman.
Satu hari nanti semua serangga ini akan hanya menjadi lagenda.
Nasib baik la ada taman rama-rama.
IM, kumbang pokok nyioq tu nama dia kumbang tanduk kan? Saya kecik-kecik dulu suka main kumbang ni. Sekarang ni tak pernah nampak pun dah.
ReplyDeleteBetullah.....baru saya perasan yang rama-rama pun saya jarang nampak sekarang ni...emmm.