Pages

Saturday, March 2, 2013

Zoo Dan Mee Udang Itu...

Hari tu kami ke Zoo Taiping. Kesian Iman, dah berminggu kami berjanji nak bawa Iman tengok animals tapi disebabkan kesibukan, faktor cuaca, semuanya jadi tertangguh. 

Ada sekali tu kami dah sampai di Taman Tasik Taiping tiba-tiba hujan turun mencurah-curah. Akhirnya kami cuma berkelah dalam kereta sambil makan laksa #sedapsungguh# yang paknjang bagi. Lepas tu kami pun bertolak balik. Gigih betul kami nak makan laksa sampai bawa ke Taiping kekeke.

Gambar tertangguh...laksa Maknjang yang marvellous.

Ok, alhamdulillah. Kali ni cuaca elok di Taiping. Sebelum tu dah hujan. Sampai di Zoo Taiping orang pun tak ramai seperti selalu, cuaca pulak redup. Memang sesuai nak bersantai-santai.

Acu Amir suruh Iman cucuk badak batu...ajaran sesat betul hehe.

 Acu Amir ni dengan replika dia beranilah cucuk-cucuk lubang hidung. Cuba kasi yang real punya haha.

 Ni apa punya kerja ntahlah...aissh!

 Romantika selepas hujan...hehe.

Ungka bawa anaknya di perut. Comel. 

Iman bagi makan rusa. 

Iman bagi makan wallabi. 

Ok, lepas penat dan gembira berjalan-jalan di dalam zoo kami ke Kuala Sepetang. Teringin nak makan mee udang yang diheboh-hebohkan tu.

Di Kuala Sepetang ada tiga kedai mee udang yang terkenal. Lepas congak-congak, kami buat keputusan untuk makan di kedai paling famous. Nak juga rasa dan nilai tahap mana kesedapan mee tu sampai manusia berbondong-bondong ke sana macam kenduri kawin.

Memang ramai manusia di situ. Tapi bila suap saja mee ke dalam mulut..emm indah khabar dari rasa kui kui. Tak sedapnya. Mee pun entah basuh entahkan tidak sebab rupa dan rasa macam mee tu terus dari dalam plastik ke dalam kuah mee yang tak sedap tu. Yang makan kuehtiau lagi best...kuehtiau masih melekat-lekat antara satu sama lain dan keras! Udang memanglah banyak tapi aku rasa tak sedap sebab udang tak berapa masak.

Kesimpulannya mee udang kat situ giler tak sedap. Baik makan mee udang di Sg. Dua. Sepuluh kali lebih sedap mee udang yang aku buat. Itu Abg dan Amir yang cakap kay kekeke.


No comments:

Post a Comment

Terima kasih untuk respons anda :)