Dalam NST semalam ada kisah tentang seorang pensyarah di sebuah IPTA yang dihadapkan ke mahkamah di atas tuduhan menipu claim.
Bukan calang-calang orang yang melakukan kerja ini; bekas dekan sebuah pusat pengajian.
Kalau dibaca berita penuh tentang kes tersebut memang tak diragui lagi ianya banyak berlaku. Di kalangan staf bawahan pun ramai yang buat claim yang diada-adakan. Tentu bekas dekan ini rasakan dia sebagai orang atas akan terselamat apabila melakukan perkara-perkara seperti ini.
Ini masalah integriti. Setinggi mana pun tahap pendidikan kamu atau setinggi mana pun jawatan kamu, bila tiada integriti, inilah yang akan berlaku.
Aku teringat rungutan seorang staf. Katanya dia pergi berkursus bersama dengan bosnya menaiki keretanya. Malangnya apabila selesai kursus, si bos dah pesan awal-awal kepada staf tersebut agar jangan buat tuntutan perjalanan.
Rupanya si bos yang buat tuntutan perjalanan ke atas dirinya walaupun dia pergi ke kursus menggunakan kenderaan anak buahnya. Memang staf tersebut tidak puas hati tetapi memandangkan yang buat tu bosnya sendiri, dia tidak berani bertindak dan cuma mengadukan hal tersebut kepada aku.
Kadang-kadang aku selalu terfikir, terutama seperti kes bekas dekan tersebut. Apa lagi yang mereka ini mahukan? Gaji seorang professor mencecah belasan ribuan ringgit, dengan elaun yang pelbagai, kenderaan jabatan lagi dapat.
Apabila kita lupa untuk bersyukur, beginilah akibatnya. Segala apa yang kita perolehi kita tidak akan rasa cukup dan terus-terusan kita akan memandang kepada apa lagi yang dapat kita kaut.
Kekadang, IM terfikir adakah IM juga punyai cukup integriti dalam kerja seharaian walaupun dalam isu penggunaan sehelai kertas...
ReplyDeleteSelamat Hari Raya dari IM juga. Muga Allah berkati hidup kita!
Sentiasa berdoa semoga bekerja dengan amanah.
ReplyDelete