Petang semalam aku berwhatsapp dengan sahabat baikku semasa di u dahulu.
Dia sedang serabut kepala memikirkan tentang adiknya yang tak henti diserang sihir. Baru jer baik, kemudian tumbang semula kena serangan. Apa tidaknya, si pembuat memang berada dekat dengan si sakit. Jadi dapat dia pantau dengan mudah sebarang perkembangan diri si sakit.
Sahabatku ini beragama kristian. Aku cuma dapat berikan nasihat secara termampu. Semoga hatinya tenang semula. Pesanku, dekatkanlah diri dengan Tuhan dan sabar.
Aku faham sangat apa yang dirasakan oleh depa sekeluarga.
Nak suggest untuk depa berubat dengan Perubatan Islam dah tentu depa tak nak. Sebab kawan aku ni pengikut kristian yang taat.
Teringat cerita seorang perawat, ada satu keluarga beragama Hindu yang datang untuk dirawat. Depa dah terkena sihir bertahun dan dah merata tempat pergi berubat namun penyakit tetap tak sembuh.
Alhamdulillah, akhirnya dengan izin Allah penyakit depa sembuh dengan perawat Islam ni. Sampai satu tahap depa dah tak kisah pasang cd Al Quran di dalam rumah. Si pesakit pula dah menghafal ayat-ayat suci Al Quran atas sebab mahu sembuh.
Moga Allah berikan hidayah buat depa sekeluarga.
Saya pun pernah bertemu dgn seorang beragama hindu yg menghantar kakaknya mendapatkan rawatan dari seorg ustaz. Muga Allah membuka pintu hidayah kpd mereka.
ReplyDeleteYa...moga dengan cara itu Allah berikan hidayah kepada mereka untuk memeluk Islam :)
ReplyDeleteKenapa tak bawa saja dia ke pusat perubtan Islam. Biasanya kalau mereka dah tak ada pilihan, mesti mereka mahu cuba...
ReplyDeleteIM, saya kenal sahabat saya ni...kuat betul pegangan agama Kristiannya...tak beranilah saya..
ReplyDelete