Pages

Wednesday, May 21, 2014

Ini Belacan Bukan Gula-gula...

Assalamualaikum.

Hari tu aku pi rumah sepupu. 

Dia tunjukkan aku sesuatu. Yang anak aku dah ngendeng-ngendeng mintak nak makan.

Rupanya itu belacan ABC yang dipek macam gula-gula haha.


 Anak aku punya syok ingat ni dia punya gula-gula. Hehe

Comel jer bungkusan.

Ini adalah belacan...bukan gula-gula yer adik-adik hehe.

Teringat zaman aku kecik-kecik. Mak akan bagi aku sepuluh sen untuk aku beli belacan di kedai runcit. Sesampai jer kat rumah sah belacan tu akan tinggal separuh. 

Sebabnya sepanjang perjalanan pulang aku dah cubit sikit demi sikit makan belacan tu haha. Aku rasa belacan buku tu macam sedap sangat. Yelah...dulu dok kampung mana ada coklat Cadbury lah apa. 

Pastu mak akan marah aku. Mak kata kalau aku asyik curi makan belacan nanti hidung aku akan rompong sebab resdung. Eee takutnya. Natijahnya sampai la ni aku dah tak sentuh belacan haha.

Sebenarnya bukan setakat belacan yang aku cubit makan. Kalau mak suruh aku beli garam atau asam jawa pun aku akan makan sepanjang jalan dari kedai ke rumah haha.

Wednesday, May 14, 2014

Perlis : Taman Ular

Assalamualaikum.

Gambar-gambar semasa pertunjukan ular di Taman Ular Perlis.
Kami tengok show pada pukul 2 petang.
Bayaran untuk menyaksikan pertunjukan ini ialah RM1.00 seorang.

 Ular Ponti. Ular ini tidak berbisa. Abg confident jer kata ular ni ular Katam Tebu kah kah.

 Sebelum pertunjukan bermula depa lepas ular-ular ni di atas pentas. Aku yang penakut sangat dengan ular dah eee siap-siap nak lari kih kih kih.

 Cubaan mencium Ular Tedung Selar yang sepanjang 3 meter. Giler agresif ular ni...

 Nah! Panjangkan. Gulp!

Berjaya jugak adik ni cium Ular Tedung Selar yang agresif ni. Seram!

Ini pula aksi membelit ular sawa ke pinggang dan depa minta penonton naik atas ular tu. Aku rasa ular tu ok jer tapi yang semput tak bernafas si adik yang ular lilit pinggang dia tu. Kesian betui aku kat adik tu. Nampak dia terseksa sangat huhu. Iyelah...bila orang pijak atas ular tu for sure ular tu akan membelit pinggang adik tu dengan lebih kuat. Fuh!








Komen aku, Taman Ular Perlis dah ada perubahan positif. Suasana persekitaran dah bersih dan semakin cantik. Cuma jumlah ular macam sedikit sangat jumlahnya. Pusing-pusing ular yang sama jer dipamerkan.

Monday, May 12, 2014

Beli Ikan

Assalamualaikum.

Hari tu aku beli ikan segar di Pantai Malindo.
Ikan yang betul-betul segar sebab baru naik daripada bot nelayan.
Harga? Sangat-sangat murah.
Rasa nak nangis masa beli tu.
Kalau di pasar aku kena bayar hampir rm100 untuk ikan sebanyak itu.
Tapi di sini rm20++ jer

 Ini ikan Pecah Periuk. Jangan tanya aku...aku baru kenal ikan ni haha. Tapi sedap buat masak tiga rasa atau kukus. Rasa ikan ni macam ikan Siakap. Nasib baik makcik tu tolong siangkan siap-siap. Kalau tidak memang terkebil-kebillah aku tengok ikan ni dengan sisiknya yang power rangers tu haha.

Ni pulak ikan Sebelah. Aku cukup suka makan ikan Sebelah. Masa kecik-kecik arwah mak selalu masak ikan ni. Goreng garing atau gulaikan, memang enak.

Ni pulak ikan Kebasi aka ikan Selangat. Apa lagi...aku dah masak Kebasi Reput Tulang . Kebasi Reput Tulang ni rasanya dah ala-ala pekasam cumanya ia tak ada rasa masam beras. Kalau makan nasi berlaukkan Kebasi Reput Tulang memang boleh menambah nasi tiga pinggan hehe.

Inilah rupanya Kebasi Reput Tulang yang digoreng setelah direbus dengan asam keping dan garam selama satu hari. Ikan yang telah direbus boleh disimpan di dalam peti sejuk. Masa nak makan baru keluarkan dan goreng.

Ikan lain yang aku beli adalah ikan Termenung.
Hijau-hijau lagi.
Udang Laut pun aku beli...memang murah sangat-sangat.
Manissss

Saturday, May 10, 2014

Perlis : Taman Anggur, Pusat Pertanian Bukit Bintang

Assalamualaikum.

Last week kami ke Taman Anggur Perlis.
Senang jer nak ke tempat ni...
Berdekatan dengan Taman Ular Perlis di Sungai Batu Pahat.
Keluar ke jalan besar, ambik kiri dan terus jer dari Taman Ular tu.

Besar betul ladang anggur kat sini kalau nak bandingkan dengan ladang anggur di Beris, Sik, Kedah.
Tiket masuk RM3 seorang.

Masa kami ke sana hari hujan so gambar-gambar tak berapa nak lawa.
Pastu sekarang bukan musim harvest anggur; anggur baru tengah nak membesar.
Kata petugas di situ anggur akan dipetik dan dijual pada bulan Jun.
Nampak gayanya kena datang lagilah ke sini hehe.

Pintu masuk Taman Anggur Perlis. Snap gambar dalam hujan gerimis :)

 Di kawasan luar ni rupanya kat atas tu penuh buah anggur. Aku tak perasan pun. Masa dok langut-langut baru...ehh banyaknya anggur. Anggur yang ni boleh kot nak petik masuk mulut hehehe :p

Wakaf untuk pengunjung berehat. Basah dek air hujan.

Aku nak naik atas ni nak snap gambar tapi tengok bebudak kat atas tu macam tak mau turun-turun jer..malas pulak aku. Dari atas tu nampaklah ladang anggur yang luas tu.

Petikan daripada Al Quran tentang kebaikan memakan anggur.

Anggur mengandungi vitamin C yang tinggi. Patutlah dalam petua mengatakan kalau nak kulit cantik kena banyak makan anggur. Tetiba aku terbayang Cleopatra dok santai sambil makan segugus anggur merah hehe. Patutla dia cantik :p

Informasi tentang anggur. Lambat juga boleh petik hasilnya. Kalau dulu main game sat jer tanam anggur dah besar dan boleh petik buah haha. Ni ke tunggu 4 bulan....haishh!









 White Malaga ni kalau tak salah aku buah anggur hijau yang besar dan manis. Aku cukup tak suka anggur hijau yang masam piau tu eeee.

Kawasan penanaman yang dibenarkan untuk pelawat masuk. Kat sebelah sana pun ada jugak tapi masih tak berputik pun lagi pokoknya. 

 Black Opal ni aku suka. Anggur jenis orang kaya makan dalam tv tu hehe.


Jumpa lagi bulan Jun nanti, insyaAllah :)


Monday, May 5, 2014

Countryside Stable Penang

Assalamualaikum.

Dah lama Iman teringin nak menunggang kuda. Akhirnya petang semalam tercapailah jugak impian Iman.

Kami ke Countryside Stable yang terletak di Pantai Malindo, Sungai Burung, Balik Pulau.
Lokasi stable ni agak jauh dari jalan besar.
Kalau nak ke sana boleh ikut signage yang ada di tepi jalan.

Countryside Stable dibuka pada jam 3pm - 7pm setiap hari.

Cantik betul pemandangan masa melalui jalan masuk ke sana.
Mata tak lepas pandang pada sawah padi hijau terbentang dengan dihiasi pokok-pokok kelapa dan bukit-bukau.

Cumanya hati-hati memandu...jalan di situ agak sempit dan lepas untuk sebuah kereta sahaja.
Kalau bawak macam nak race ada kemungkinan masuk dalam tali air kat sebelah jalan tu.



 Beli tiket dulu sebelum masuk.



 Di pintu masuk kita akan disambut oleh dua ekor rusa :)

 Kebanyakan baka kuda di sini ialah baka Arabian. Baka Arabian ni aku cukup terpesona tengok...badan langsing dan nampak bertenaga...kuda yang seksi hehe.

 Keldai pun ada sepasang. Keldai ni tengah bunting. Kejanya nak menyondol badan aku jer ish...gelii awak busuk haha.

Membersihkan ladam kuda.

 Mendengar penerangan yang diberi oleh pemilik stable ni rasa akulah...lupa nak tanya :P

Cik ni cukup ramah dan bagus memberikan informasi tentang kuda di sini. Lupa nak tanya nama Cik ni lah...

 Miniature horse @ kuda mini yang dilepas bebas. Sangat cute.



 Muka serius jer nak tunggang pony haha

Yihuu! Seronoknya dia hehe.

 Kawasan yang memang terjaga kebersihannya. I like!



 Di sini ada dijual lobak merah dan hay untuk diberi makan kepada kuda. Sebungkus lobak merah berharga RM2. Aiskrim pun ada dijual di sini. Tapi bukan untuk kuda...untuk pengunjung hehehe.

 Helmet untuk menunggang kuda.





Aku memang pencinta kuda. Nampaknya anak aku dah mewarisi minat yang sama. 
Masa study dulu aku tak sempat ambik sijil menunggang kuda.
Time tu schedule tight sangat...dah dekat final.
Sampai sekarang aku rasa rugi sangat.

Ok, jangan lupa datang ke tempat ni.
Anak-anak dan mak bapak anak-anak mesti suka sangat hehe.

Lepas tunggang kuda boleh lajak ke depan sikit; Pantai Malindo.
Port photographer ambik gambar sunset.