Pages

Tuesday, April 13, 2010

Kebasi Reput Tulang


Ini ikan Kebasi. Orang luar aku tak tahu depa panggil apa ikan ni. Yang pasti ikan ni banyak tulang dan sisik...dan ianya amat lazat!



Setelah disiang, buang perut (sisik jangan dibuang), ikan direbus menggunakan api perlahan. Lebih lama lebih bagus (2-3 jam). Masukkan asam keping serta garam. Air rebusan mesti rasa masam dan masin yang terlebih sikit.


Ini rupa ikan yang telah siap direbus. Dah boleh dimakan.

Ikan Kebasi yang direbus tadi kemudiannya digoreng menggunakan minyak yang sedikit. Goreng hingga garing. Sisik dan tulang ikan akan jadi rangup. Siap untuk dimakan. Rasa ikan ini masin dan masam dan SEDAP!


Bearcat : Resepi ni mak yang ajarkan. Cubalah. Dijamin anda akan makan nasi bertambah-tambah hendaknya :-)

4 comments:

Anonymous said...

akum..org utara panggil ikan selangat.1st time dengar ikan kebasi.hahaha

bearcat said...

w'salam. Haish! Kami di utara ni panggil ikan Kebasi...ikan Selangat tu org Selatan yang panggil kot hehe...

ARIFF BUDIMAN BIN ZAINAL ABIDIN said...

Adoiii G. Pakjang mesti tak boleh lupa ikan ni. Dulu Pakjang kerap suruh mak buat ikan ni. Favourite ni. Sayang kini tidak dapat lagi merasainya. Sedih la tu

bearcat said...

La...apa susah. Pi market, beli sekilo ikan kebasi, suruh maknjang masakkan hehe. Sedap ooo tambah nasi 3 pinggan pun tak sedaq.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...