Pages

Thursday, October 29, 2009

Kerjaya Silih Berganti 3


Pekerjaan ketiga aku ini mengajar aku erti sebenar perkataan "kuli Batak". Daripada mulanya hatiku ikhlas terus jadi hampas.

Itu bukan masalah. Ini semua pengalaman. Bukan senang mahu dapat pengalaman jadi "kuli Batak". Sampai masa, aku tahu, aku perlu mengundur diri.

Aku perlukan ketenangan.

Malas pula aku nak cerita kerjaya ketiga ini.
Takut-takut aku hilang pertimbangan dan siapkan patung vodoo.
Yang mungkin aku akan rendamkan patung vodoo itu ke dalam lubang tandas.
Biar orang tersebut berbau busuk selamanya.
Kejam pulak aku.

Wednesday, October 28, 2009

Kerjaya Silih Berganti 2



Aku berhenti saja kerja di selatan tanahair terus aku dapat kerja di Penang. Atas pertolongan kawan akulah aku dapat kerja tersebut. Walaupun kerja kontrak, aku tak kisah. Asalkan aku terus dapat bekerja.

Kerja kali ni memang aku idam-idamkan. Banyak 'field work'. Maksudnya tidaklah aku terperap di pejabat setiap masa. Macam kerja pertama aku jugak. Ada masa aku terpaksa berpanas, bersengkang mata.

Tiap-tiap bulan mesti 'outstation' untuk buat 'sampling'. Walaupun aku masa tu tak dapat 'claim' satu habuk pun. Memang aku kerja ikhlas betullah. Tak kira Sabtu atau Ahad.

Gaji aku memang sikit sangat-sangat. Aku dibayar ikut gaji budak lepasan SPM. Jangan tak percaya. Tapi tak ada pula aku nak memilih. Yang penting pengalaman yang aku dapat.

Janji bos baruku dia mahu serapkan aku terus ke jawatan tetap. Tapi katanya aku harus bersabar.

Aku sebenarnya dah merangkap jadi macam 'Personal Assistant' pada bosku. Rakan-rakan yang bekerja sekali denganku ada juga lafazkan simpati atas nasib aku. Sudahla gajinya ciput, kerja boleh tahan. Bila aku beritahu pada kawan yang 'recommend' kan pekerjaan ini pada aku, dia pun terkejut. Banyak kali juga dia 'sound' bos aku suruh bayar aku lebih. Tapi alasan bosku, tak cukup duit. (kawanku itu setaraf dengan bosku, bolehla main 'sound-sound' saja).

Aku 'enjoy' bekerja bila dapat buat 'sampling' di kawasan-kawasan terpencil. Lupa pasal gaji dan penat. Satu saja yang buat aku cuak. Bila mahu buat 'sampling', biasanya kami akan menaiki bot. Semua orang berlenggeng tak pakai 'life jacket'. Aku yang tak pandai berenang ni hanya mampu berdoa banyak-banyak. Aku tahu yang lain-lain tu memang hebat berenang. Tu yang dorang selamba jer.

Sampai satu masa, rakan yang bekerja kontrak denganku mula mengorak langkah mencari kerja tetap yang lebih menjamin. Aku turut serta. Dalam hati niatnya saja suka-suka. Aku masih berpegang pada janji bosku. Yang seorang lagi pulak nekad mahu terus sambung kontrak sampai terus diserap ke jawatan tetap.

Aku dipanggil temuduga di Putrajaya untuk jawatan dalam kerajaan. Aku hadir juga walaupun aku hatiku berat mahu terima kerja tersebut. Dengan alasan takut kena 'blacklist', aku dan Abg 'terbang' malamnya dan balik selesai temuduga. Berat bagiku untuk menerima jawatan tersebut kerana setiap 5 tahun aku akan dipindahkan di mana-mana negeri di Malaysia ini. (Syukur, kawan yang terima jawatan tersebut dah 3 kali pindah dalam tempoh 6 tahun). Aku perlu fikirkan tentang suamiku. Berjauhan bukanlah sesuatu yang baik untuk perhubungan jangka masa panjang. Banyak perkara mungkin terjadi.

Dalam jangka masa aku bekerja kontak ini juga, Mak selamat menjalani pembedahan. Alhamdulillah, tak sia-sia aku berhenti kerja dulu. Aku dapat menjaga Mak di rumahku.

Kali ini permohonan kerja yang aku kata suka-suka saja itu berjaya. Aku mula serba-salah. Mahu terima atau tidak. Jika aku terima jawatan tersebut, aku akan bekerja tetap dalam perkhidmatan kerajaan dan dapat terus menetap di Penang. Masalahnya aku tidak suka akan kerja tersebut (ya, memang betul...aku gatal tangan memohon masa tu). Abg dan keluargaku memang marahkan aku sebab memohon kerja yang menyimpang betul daripada kelulusanku.

Rakan yang memohon bersama-sama denganku turut berjaya mendapatkan kerja tersebut. Rakanku berkata ini kali keempat dia memohon baru dapat. Tak puas hati betul dia pada aku kerana sekali memohon terus diterima. (nak buat macam mana...dah rezeki kan).

Akhirnya aku buat solat isthiqarah. Tiga kali aku mendapat jawapan yang sama. Aku harus berhenti kerja kontrak dan terima jawatan baru itu. Aku ikut saja petunjuk yang Allah dah beri. Moga ada rahmat buatku.

Bosku terus memujukku. Aku cuma mampu tersenyum. Aku terpaksa. Aku perlu teruskan perjuangan untuk hidup dan membantu keluargaku sedikit-sebanyak.

Akhirnya sekali lagi aku berhenti kerja dan terus bekerja di tempat baru. Setelah 3 tahun bekerja, rakanku yang tekad untuk menyambung kontrak dengan harapan diserap ke jawatan tetap itu ada menelefonku. Dia juga telah berhenti kerja dan bekerja di tempat lain. Memang dorang tidak menunaikan apa yang dorang janji. Dan pada masa itu, aku rasa teramat lega. Tidak silap keputusan yang aku telah buat.
Bersambung....

Monday, October 26, 2009

Kerjaya Silih Berganti




Setiap orang pasti mahu kekal dalam satu kerjaya saja jika kerjaya tersebut benar-benar membuatkan dia dapat bekerja dengan gembira setiap hari.

Aku, baru 7 tahun bergraduat, tapi sudah 4 kerja silih berganti. Bukan kehendakku. Keadaan memaksa. Banyak faktor yang terpaksa difikirkan apabila terpaksa membuat pilihan untuk menukar kerja.

Cuak? Sudah pasti. Siapa yang tidak cuak bila terpaksa memulakan sesuatu dari A semula dan terpaksa membiasakan diri dengan majikan yang baru, suasana kerja yang baru; juga teman-teman yang baru.

Kali pertama bekerja aku tercampak jauh di selatan. Betul-betul jauh, di kawasan yang kiri kanannya ladang kelapa sawit dan berbukit-bukau. Tapi aku suka suasana ladang yang penuh ketenangan. Paginya sangat sejuk, malamnya sangat sepi.

Aku ditempatkan di kuarters pekerja yang tidak jauh dari kilang dan pejabat. Sebelah rumahku ialah rumah pekerja bawahanku; beberapa orang pemuda dan seorang pengurus kilang. Terdapat sebuah rumah pekerja lagi yang terletak berhampiran ladang. Kesimpulannya, semua yang tinggal di situ ialah lelaki kecuali aku dan rakan serumahku.

Bosku memang seorang yang baik. Lelaki Cina, 50-an yang bersikap agak 'tradisional' dan menggemari kecantikan (dalam erti kata yang lain dia seorang Cina 'alim'). Pejabat yang lengkap dengan kemudahan rumah selalu dijadikan rumah keduanya apabila dia sibuk menguruskan urusan kerja. Maksudnya dia akan tidur di situ pada malam-malam tertentu.

Aku gembira bekerja di situ. Tak perlu terlalu formal. Cukup setiap hari aku memakai jeans, kemeja dan kasut boot. Alatan 'make-up' boleh disimpan di dalam peti besi (aku memang tak pakai alat-alat 'make-up'). Tapi perlu 'cleanser' dan 'facial wash' kerana setiap hari aku akan pulang dalam keadaan yang 'comot' dan berpeluh-peluh.

Waktu kerja juga panjang, jam 7.30 pagi aku sudah keluar dari rumah dan 7.00 malam baru aku bergerak pulang. Semua itu tidak terasa kerana suasana kerja yang sungguh aman bagiku. Kalau diikutkan memang meletihkan apabila aku terpaksa berulang-alik berjalan kaki sekitar kawasan ladang setiap hari. Peluh tak payah cerita, mencurah-curah. (Waktu kerjaku tiada had. Pernah aku terpaksa berjaga pukul 12 tengah malam untuk bekerja sampai ke pagi).

Walaupun begitu, di  hati aku tetap teringatkan Abg di rumah dan Mak yang ketika itu sakit jantung yang kronik. Berjauhan dengan orang tersayang itu amat menyakitkan sebenarnya.
Namun aku pujuk hatiku kerana menurut Bosku, setahun saja aku bekerja di situ, dia akan memindahkan aku ke ibu pejabat yang terletak di Pulau Pinang.

Untuk mencari kedai makan di daerah itu agak sukar. Yang ada cumalah kedai makan kecil, diusahakan oleh orang kampung. Lauk pun boleh dikira, tak sampai sepuluh jenis. Kedudukannya agak jauh dari ladang. Mahu tak mahu, penat atau tidak, kami terpaksa memasak setiap hari dengan sumber yang agak terhad. Tapi itu tidak menjadi masalah. Bila badan terlalu penat, apa saja yang dimasak semuanya menjadi amat sedap.

Dengan alasan itu juga aku terpaksa membeli kereta walaupun baru bekerja. Rakanku memang sudah berkereta tetapi dia asalnya orang situ biarpun daerah yang lain. Jadi dia kerap pulang ke rumah dan meninggalkan aku seorang diri di rumah. Tentulah payah bagiku untuk bergerak ke sana ke sini bila dia tiada.

Ikut hatiku, memadailah dengan sebuah motorsikal. Cuma Abg bimbangkan keselamatan diriku bila aku perlu keluar ke kedai sendirian; ialah dengan kiri kanannya berbukit dan ladang kelapa sawit. (Hari pertama aku memandu sendirian ke bandar selepas menghantar Abg pulang, ada rasa takut dan seram apabila terpaksa meredah ladang kelapa sawit dalam hujan lebat dan banjir. Bergenang juga air mata sebenarnya sambil hati tak henti berdoa agar tidak ada kejadian buruk yang berlaku sepanjang perjalananku).

Sehinggalah terjadinya satu peristiwa yang membuatkan aku terus nekad untuk berhenti kerja. Apa jadi pun, aku mahu pulang.

Malam itu seperti selalunya, aku tinggal sendirian melayan siaran televisyen yang sekejap ada, sekejap hilang. Rakanku asal hari Sabtu pasti dia pulang ke kampungnya. Dia ada mengajak aku ikut sekali, tetapi aku tak mahu. Aku tak selesa tidur di rumah orang. Biarlah aku sendirian di rumah. Boleh juga aku berehat.

Telefon bimbitku berdering. Rupanya bosku menelefon dari pejabat. Dia minta aku segera ke pejabat, ada hal katanya.(liputan telefon bimbit juga tidak berapa baik di sini, kadang-kadang terpaksa aku bercakap di luar rumah untuk mendapatkan liputan yang lebih baik).

Sesampai di pejabat aku lihat bosku sedang menungguku. Diajaknya aku masuk ke bilik komputer. Di tangannya ada sekeping cd.

"Tolong, I mahu tengok cd ni malam ini. I orang tua, tak pandai mahu operate ini komputer. Nanti u ajar i sekali ok cara mau pasang cd."

Aku hanya mengangguk sambil mengambil cd yang dihulurkan kepadaku.

Seketika jantungku berdegup kencang. Oh Tuhan! Aku memandang cd tersebut. Kemudian ku pandang wajah Bosku. Kemudian ku pandang sekeliling ruang dalam bilik. Aku dan dia sahaja di dalam bilik ini.

Aku pura-pura tenang dan memasukkan cd dalam cd drive. Entah apa yang aku buat, aku sendiri tak tahu. Fikiranku dah melayang pada setiap langkah silat dan wajah Abg.

"Tak bolehla bos. Cd rosak ni."

"Aiya, i baru beli sudah rosak. Penipu betulla orang jual cd ni."

"Err berdosa bos tengok cd macam ni. Tuhan lagi tau. Itu sebab tak boleh buka."

"Hehehe tiapa-tiapa (tidak apa), i mahu syok-syok saja...ini baru level 3. Ok, u boleh balik tido. Tido baik-baik."

Aku rasa mahu pecut macam Usin Bolt saja masa tu. Tapi aku terus 'control macho'. Walhal aku dah berpeluh-peluh. Menggeletar aku 'call' Abg malam tu. Dan terus aku buat keputusan mahu berhenti kerja.

Ya, aku berhenti kerja tidak lama selepas peristiwa itu. Abg yang tolong karangkan 'resign letter' untuk aku. Walaupun bosku berat hati mahu melepaskan aku. Dia cuba 'up' kan gaji aku tetapi aku tetap geleng-gelengkan kepala.

Biarlah aku cari kerja lain. Yang penting keselamatanku lebih terjamin dan aku dapat tinggal bersama orang yang aku kasihi.

Oh, malam itu sebenarnya bosku yang 'alim' itu meminta aku memasang cd porno untuknya. Itu yang buat aku rasa mahu hempuk kepalanya dengan 'keyboard'. Dan malam itu juga baru aku tahu cd porno ini ada 'level' 1-5. Aku juga sebenarnya menipu bosku dengan mengatakan cd yang dibelinya rosak. Biarlah...diakan buta IT :) Bersambung....

Sunday, October 25, 2009

Bulu Panjang atau Bulu Pendek?

Sejak azali lagi aku memang tidak suka pada 'Persian' dan yang sewaktu dengannya. Aku lebih menggemari 'Domestic Short Hair'.

Bagi aku 'Persian' kebanyakannya tolol, lembap dan membosankan. Seperti perempuan kaya yang cantik tetapi malas dan tidak cerdik.

Aku lebih senang dengan yang bulu pendek. Cerdik, tangkas dan amat memahami.

Aku bercakap pasal kucing. Bukan pasal lelaki.


Saturday, October 24, 2009

Wajah yang Manis



Abu Yazid Al Busthami, pelopor sufi, pada suatu hari pernah didatangi seorang lelaki yang wajahnya kusam dan keningnya selalu berkerut.

Dengan murung lelaki itu mengadu,"Tuan Guru, sepanjang hidup saya, rasanya tak pernah lepas saya beribadah kepada Allah. Orang lain sudah lelap, saya masih bermunajat. Isteri saya belum bangun, saya sudah mengaji. Saya juga bukan pemalas yang enggan mencari rezeki , Tetapi mengapa saya selalu malang dan kehidupan saya penuh kesulitan?"

Sang Guru menjawab sederhana, "Perbaiki penampilanmu dan ubahlah roman mukamu. Kau tahu, Rasulullah adalah penduduk dunia yang miskin namun wajahnya tak pernah keruh dan selalu ceria. Sebab menurut Rasulullah, salah satu tanda penghuni neraka ialah muka masam yang membuat orang curiga kepadanya."

Lelaki itu tertunduk. Ia pun berjanji akan memperbaiki penampilannya. Wajahnya senantiasa berseri. Setiap kesedihan diterima dengan sabar, tanpa mengeluh. Alhamdullilah sesudah itu ia tak pernah datang lagi untuk berkeluh kesah.

Sebagaimana kata Rasulullah,"Sesungguhnya Allah itu indah dan mencintai keindahan."

Namun demikian tidak bererti Islam mengajarkan kemewahan. Islam justeru menganjurkan kesederhanaan. Baik dalam berpakaian, merias tubuh maupun dalam sikap hidup sehari-hari. Nabi sendiri jubahnya seringkali sudah luntur warnanya tapi senantiasa bersih.

Umar bin Khattab walaupun jawatannya kalifah, pakaiannya sangat sederhana dan bertambal-tambal. Tetapi keserasian selalu dijaga. Sikapnya ramah, wajahnya senantiasa mengulum senyum bersahabat. Roman mukanya berseri.

Tak heran jika Imam Hasan Al Basri berpendapat, awal keberhasilan suatu pekerjaan adalah roman muka yang ramah dan penuh senyum. Bahkan Rasulullah menegaskan, senyum adalah sedekah paling murah tetapi paling besar pahalanya.
 
Demikian pula seorang suami atau seorang isteri. Alangkah celakanya rumah tangga jika suami isteri selalu berwajah tegang. Sebab tak ada persoalan yang diselesaikan dengan mudah melalui kekeruhan dan ketegangan.
 
Dalam hati yang tenang, pikiran yang dingin dan wajah cerah, Insya Allah, apapun persoalannya nescaya dapat diatasi. Inilah yang dinamakan keluarga sakinah, yang didalamnya penuh dengan cinta dan kasih sayang.
 
 
credit to anynomous

Friday, October 23, 2009

Aku tengah Bersedih

Aku pelik betul. Bila aku cuba luahkan kesedihan aku. Orang asyik nasihatkan aku supaya bersyukur, kena terima kenyataan.

Aduh, aku bukan kata aku tak boleh terima kenyataan atau tak bersyukur. Sebagai manusia yang normal perasaan sedih mestilah ada bila sesuatu yang tidak diingini berlaku.

Tak logik pula aku nak ketawa kuat-kuat bila ada sesuatu yang tidak diingini tu berlaku semata-mata untuk tunjukkan keredhaan aku pada kejadian tersebut. Itu tidak waras namanya.

Sedih aku cukuplah aku telan air mata sorang diri. Aku tak perlu ada orang lain yang turut menangis tersengguk-sengguk di sebelah aku; yang lebih bermasalah orang itu menangis lebih teruk berbanding aku yang menghadapi masalah tersebut. (Ok ya Mak...harap Mak faham ya).

Aku perlukan kata-kata yang dapat berikan aku semangat supaya aku tak terus 'down'. Alhamdulillah, aku punya sahabat-sahabat yang tak jemu memberi kata dorongan pada aku. Terima kasih sahabat-sahabatku.


Emm! Mungkin jadi jutawan nanti....siapa tahu....pujuk hati sendiri :)

(Segala kesedihan tak akan dapat menandingi kesedihan aku bila Allah menjemput Ayah...)

Mohawk



Kesian Miki.
Walaupun Mone dah berbaik dengan dia, dia tetap kena buli.

Bulu di bahagian tengkuk semua dah licin. Sekarang Miki dah jadi sebijik macam Red Indian Mohawk.
Hehehe.

Thursday, October 22, 2009

Megi itu Enak!


Bila terbaca dalam blog Izat, aku tersenyum sendirian. Terkenang zaman 'study', zaman poket sentiasa kering, makan apa saja yang termampu.

Megi...memang masa tu megi adalah makanan asasi bagi student macam aku. Cuma disebabkan perut aku sensitif, aku terpaksa tolak Megi ke tepi. Alternatif lain ialah biskut kering atau nama lainnya roti empat segi (Abg selalu pelik....katanya...itu bukan roti, itu biskut), telur, kicap dan sos.

'Coursemate' aku dulu seramai 57 orang; 4 India, 11 Melayu dan selebihnya Cina. Semua 'kaki Megi' kecuali aku. Setiap hari ada yang makan 2 bungkus Megi untuk kenyangkan perut supaya boleh terus berjaga malam untuk 'study'. Dorang akan beli Megi secara pukal, dalam kotak.

Tapi dorang tetap pandai, cemerlang dan berjaya. Sekarang masing-masing kalau bercerita semula zaman 'study' yang susah pasti semua akan tergelak-gelak. Kelakar pun ada bila masing-masing cari saja jalan untuk jimatkan duit. Duit yang ada digunakan untuk beli buku (yang kebanyakan 'zerox', sebab murah).

Aku terliur tengok Megi cuma tak daya nak tahan sakit perut lepas makan. Mahu tak mahu, aku cicah saja biskut kering dengan air kopi. Ok apa. Kenyang. Sekali makan hampir 10 keping biskut kering. Hehe memang banyak. Penat dan lapar selalunya lepas 'rotation'. Selalunya ayah akan beli satu tin besar biskut kering buat bekalan untuk aku. Alhamdulillah perut aku baik, tak menyusahkan aku mahu makan yang bukan-bukan masa tu. Perut aku pun tahu aku tak banyak wang.

Nak dibandingkan dengan budak-budak zaman sekarang, dorang terlalu mewah. Tengok 'handphone' dorang pun lebih hebat daripada orang yang dah bekerja. Harapan aku, dorang pun belajar dengan hebat juga.


"Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian. Bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian"

Harapan aku lagi, jangan sampai pepatah ini jadi sebaliknya.

Sayang mereka


Maklang sms aku katanya Yumi dah dibawa ke klinik kerajaan. Oklah tu.

Orang di klinik (yang pastinya bukan doktor) suruh apply minyak panas pada kaki Yumi. Katanya kaki Yumi terseliuh.

Oh oh...nasihat apakah ini? Ingat Yumi tu manusia? Silap haribulan Yumi jadi arwah dalam masa yang singkat.

Dulu, aku dah naik bosan tengok 'owner' datang nangis-nangis bila kucing atau anjing dorang dalam keadaan nazak. Bila ditanya, katanya 'pet' dorang sakit kaki, apply minyak angin. Satu lagi alasan yang popular ialah "kucing saya demam, jadi saya kasi panadol."

Kes macam ni selalunya 'pets' dorang tak dapat diselamatkan. Maka matilah di depan mata. Bengkak-bengkak mata owner. Mata aku pun merah juga, sebab aku tak boleh tengok haiwan mati, sayu.

Jadi nasihat aku, cubalah bertanya pada mereka yang berpengetahuan tentang haiwan. Manusia dan haiwan tak sama anatomi dan fisiologi. Kita nampak dorang makan dan bernafas macam kita tetapi hakikatnya agak berbeza.

Aku bercakap bagi pihak mereka yang sayangkan haiwan. Yang tak berapa kisah tu....nak buat macam mana.

Kesian pada haiwan, mentang-mentang tak boleh bercakap, manusia boleh buat apa saja pada mereka.

Wednesday, October 21, 2009

Menanti Keajaiban Itu

Mungkin ini dugaan buat aku. Allah berikan kebahagiaan dan Allah juga berikan aku kedukaan pada masa yang sama. Walaupun semuanya belum pasti, tapi apa yang aku lihat agak kabur masa depan kerjayaku.

Alhamdulillah. Apa lagi yang dapat aku katakan. Rezeki itu Allah yang menentukannya. Aku selalu bersangka baik, Allah lebih mengetahu apa yang terbaik untukku.

Aku kasihankan Abg. Kalau kerjaya aku 'terbang', mesti bebanannya bertambah. Nasibku baik sebab keretaku akan habis dibayar 3 bulan lagi. Lega rasa hati.

Bila pandang Mak, aku sedih kembali. Aku dah tak mampu lagi mahu hulurkan bantuan kepada Mak. Semuanya terpaksa aku harapkan pada Abg.

Di saat-saat ini, aku benar-benar terasa lemah. Tapi sedikit pun aku tak menyesal meletakkan jawatan sebelum ini sedangkan aku dah di tahap selesa ketika itu. Hidup ini perlu pengorbanan dan itu adalah salah satu pengorbanan yang aku buat untuk dapatkan kebahagiaan yang satu ini.

Di kala ini aku masih berharap ada keajaiban yang berlaku. InsyaAllah, jika masih ada rezekiku di situ. Tahun 2010 aku nantikan dengan penuh debaran.

Tuesday, October 20, 2009

Yakinlah pada Allah




Tadi aku berbual dengan adik yang bekerja sama tempat denganku. Sesi meluahkan perasaanlah ni.

Bila aku dengar luahan hatinya, aku teringat zaman aku remaja dan solo dulu. Macam serupa sangat dengan adik ni.

Adik ni claim dia rasa rendah diri, rasa kurang segala-galanya berbanding dengan orang lain. Umur masih muda, awal 20-an. Masih solo.

Memang, aku faham perasaannya. Bila dia pandang sekeliling, ramai teman-teman dah berpunya dan ada yang dah berkahwin. Tentu dia rasa kekurangan. Dia tak ada sesiapa. Banyak masa dihabiskan dengan keluarga.

Orangnya cantik, putih gebu. Mempunyai seraut wajah yang manis. Sikap yang sopan dan agak pemalu. Setiap gerak-gerinya terjaga. Dia tidak terus menyahut sembarangan orang yang cuba berkawan dengannya. Aku faham, sangat faham.

Dia bukan mahu berkasih-kasihan. Kalau boleh dia mahu terus dapatkan seorang calon suami yang soleh dan boleh menjadi ketua rumahtangga yang baik. Tapi dia malu dan tak tahu bagaimana mahu memulakannya.

Nasihatku pada dia, jangan putus berdoa. Allah itu Maha Mendengar, Maha Pengasih dan Penyayang. InsyaAllah pasti akan tertunai hajatnya nanti.

Aku sendiri mengalaminya. Aku hanya mampu berdoa dan berserah. Aku tak ada daya upaya. Dan tanpa disangka, Allah 'hantar'kan suami 'direct' terus pada aku. Orang yang tak pernah ku kenal sebelum ini. Dalam masa yang singkat, akhirnya kami berkahwin.

Aku doakan dia juga akan menemukan kebahagiaan yang dicari-carinya. Pinta adik ini, doakan dia setiap kali aku selesai solat. InsyaAllah.

Monday, October 19, 2009

Sila basuh telur.

Pagi tadi aku kupas telur rebus. Telur rebus dari kenduri.

Eee! Kotornya...ada tahi ayam yang masih melekat.

Sesetengah rumah kenduri memang tak ambik kisah pasal telur ayam yang akan direbus dan diberikan pada tetamu. Beli, dan terus rebus. Pastu masukkan dalam bekas bunga telur. Dengan alasan, telur beribu-ribu, mana larat nak basuh. Boleh ke macam tu?

Apa pulak hukumnya bagi tetamu makan telur bernajis? Tahi ayam berselepat-selepat pada kulit telur. Meloyakan.

Lain kali basuhlah dulu telur sebelum direbus atau dimasak. Semua tu nak masuk ke dalam perut. Kalau kat kedai makan kira nasibla....sapa yang nak pi dapur depa 'check' telur dah basuh ke belum. Redha sajalah.

Cinta Pertama - Hattan




Dengar-dengar lagu ni ditujukan untuk bekas isterinya...emmm.
Tapi sedap lirik lagu ni....huhu.

Friday, October 16, 2009

Tongkat


Hari ni temujanji dengan pakar. Aku seperti biasa jalan macam hantu Jepun. Doktor pakar geleng-geleng kepala tengok aku. Masa nak buat 'urine test' aku dah hampir terpeleot dalam tandas. Yelah, tandas pompuan, Abg mana boleh masuk. Aduh, aduh.

Yang lawaknya doktor terpaksa check aku sambil berdiri. Posisi yang aneh betul untuk 'physical examination' di bahagian tubuh yang tak sepatutnya aku berdiri. Doktor pun gelak-gelak. Doktor mahu aku masuk wad. Aku tak mahu. Doktor suruh masuk wad. Aku kata tak nak. Seksa duduk di wad dalam keadaan aku yang tak boleh berjalan ni. Akhirnya doktor suruh aku rehat di rumah dan terus masuk wad bila dah tak tahan sakit sangat. Doktor juga 'suggest'kan tongkat untuk aku bawa.

Taraa! Abg dah belikan aku tongkat di kedai berhampiran hospital. Hehe, aku praktis guna tongkat di rumah tok. Berkerut dahi tok tengok aku bawa tongkat. Aku sengih-sengih saja. Bila sampai rumah, Mak pulak tengok aku guna tongkat, Mak menangis. Aku pun tiba-tiba rasa sayu, tapi aku tahan air mata. Masuk dalam bilik, aku menangis juga sebenarnya. Keluar bilik aku senyum dan gelak. Taknaklah tunjuk sedih-sedih. Di depan kawan-kawan pun aku gelak-gelak sahaja. Sakit aku simpan dalam diri senyap-senyap.

Terima kasih Abg belikan aku tongkat.

Tuesday, October 13, 2009

Pelamin Anganku Musnah!


Gambar hiasan

Rentetan yeye nak makan pizza.

Malam semalam Abg belikan pizza. Aku dah teruja sangat. Yang Mak pulak sejak petang dok pujuk aku pi makan pizza di sana, tak mau 'take away'. Aduhai ibuku, kalaulah aku dapat ke sana ke sini dengan gembiranya, tak payahlah aku cuti, tak pi kerja. Sampai malam Mak masih dok pujuk aku lagi. Last-last tak jadi juga nak makan kat sana. Tak kuasala aku....aku bukan sakit buat-buat, sakit sangat-sangat. Cuma takkanlah setiap masa aku nak jerit..."Tolong.....Sakit....Sakit...."

Aku senyum jer bila nampak kotak pizza. Bersemangat dah ni nak makan. Sambil sengih-sengih seronok (aku kan kaki sengih....sengih jer memanjang macam kerang busuk). Sekali bila kotak pizza dibuka, dahiku berkerut. Eh! pizza apa ni. Aku ambik resit dan belek.

Huwaaaa! Huwaaaa! Haa amik ko Abg. Tak sensitif lagi pasal bini hang. Boleh Abg pi beli pizza Thai Spicy yang dah tahu aku tak leh nak telan. Aku bantai menangis tersedu-sedan. Lari masuk bilik, peluk teddy bear (buruknya perangai orang tua tak sedar diri). Rasa sentap hati dan perut aku yang tengah lapar tu. Nasib baik tak ada batu belah batu bertangkup. Kalau tidak dah lama aku humban pizza tu ke dalam batu belah batu bertangkup.

Aku ni bau daun limau purut pun aku dah muntah ijau. Dahla siangnya aku muntah bagai nak rak. Jadi rasa tersedih sangat-sangat. Mulalah aku mengomel apa-apa ntah. Merapu-meraban sebab sedih sangat. Basah lencunlah teddy bear aku.

Abih-abih Abg pujuk, lembut gak hati aku (salah satu kelemahan aku, cepat sangat lembut hati, tak reti merajuk lama-lama). Dah baik. Tapi still tak leh makan pizza lah. Makan saja 'Mushroom Soup'. Lepas ni aku tak nak minta-minta pizza dah. Sakit ati ni masih berbekas. Chewah!

Yang Mak pun buat ala-ala macam merajuk gak. Kononnya makan pizza kat rumah tak sedapla, sejukla, blablabla. Adeih, nak tunjuk merajuk gak Mak aku ni. Esok-esok aku dah sihat, jomlah pi makan kat Pizza Hut tu Mak...nak makan sampai tak mau balik pun tak pa (Mak bayaq la kalau makan sampai tak mau balik hehe, aku sengkek). Walhal masa Amir kerja di Pizza Hut dulu, sampai naik loya Mak makan pizza sebab tiap-tiap hari Amir bawak balik pizza yang sedap-sedap. Ish Mak ni....

Akhir kata, pelamin anganku musnah. Ingat nak makan pizza banyak-banyak. Huh! Nyampah!

Mana Kek Lapis aku ni?

Hari ni dah Selasa. Esok Rabu. Izat janji nak balik Penang hari Rabu, esoklah...Aku bukan tunggu Izat balik sangat, aku tunggu kek lapis (haha jangan kecik hati no Izat). Duit dah bayar ooo. Hang jangan buat-buat lupa lak dik. Aku karate kang sat gi.

Sebab kek ni mahal sangat, aku pun kongsilah dengan kawan aku. Dapatlah nanti merasa sorang sikit. Aku order kali ni perisa Asam Manis. Dah sampai nanti aku 'snap' gambar. Saja nak 'layoq' kat hangpa semua. Kalau teringin nak order, order kat Izat. Insyaallah, mutunya terjamin. Percayalah cakap aku yang 'botiaq' pasal makan ni (Paknjang kata aku botiaq hehe).



botiaq = cerewet

layoq = menunjuk-nunjuk

Saya tak nak pergi



Mak dok pujuk aku pi ngurut. Ngurut untuk betulkan tulang-temulang aku. Aku asyik kata tak mau. Pi jumpa doktor dah la.

Mak kata orang ngurut tu tak sentuh badan pun. Dia kasi air doa, insyaallah baik.

Wah, wah...lagilah aku tak nak pi. Kena pakai logik gak. Kalau berkaitan fizikal yang dah terpeleot, tak payah pegang-pegang, urut-urut dan 'bandage' boleh baik? Ni dah cerita lain. Malam-malam entah hantu mana pulak yang dok mai ngurut aku nanti. Eee cannot cannot...cannot take the risk anymore.

Mak aku orang tua. Bila ada orang cerita Harry Potter, boleh cepat baik mestilah dia teruja. Bagi mak yang penting anak dia cepat baik. Aku tak salahkan mak. Tadi aku dah explain elok-elok pada mak. Mak faham juga akhirnya.

Kalau betullah, buat penat saja Pakar Ortopedik belajar sampai nak tercabut kepala otak. Pi saja belajar ilmu macam tu...lagi senang keja hehe.

Monday, October 12, 2009

Berangan lagi

Malam ni aku teringin sangat nak makan pizza. Yeye...tunggu Abg balik beli pizza. Teringin nak makan pizza buatan sendiri tapi tak berdaya nak buat. Nak berdiri lama pun memang tak buleh. Dah kronik dah aku ni.

Buat pizza sendiri buleh letak macam-macam, buleh letak 'topping' banyak-banyak.

Hehe..sorila...aku sedang melayan angan pizza ku.

Semalam berangan nak makan mee udang. Sekali kensel daa...Maklang kelencong pi tempat lain hehehe...di atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan. Aku target nak pesanla sebungkus...ish tak dak rezeki la tu.

Petang ni aku berangan lagi.

(nasib baiklah ada internet kat rumah mak ni....kalau tidak dah lama aku kering kebosanan huhu)

Sunday, October 11, 2009

Lagu yang selalu buat aku mengalir air mata tanpa disedari



Rindu akan kenangan masa kecik-kecik, remaja...sungguh rindu :(

Kuih Sekupang



Kat tepi jalan nak masuk taman, ada orang jual kuih sekupang sebijik. Dah lama aku tengok, cuma minggu lepas aku rasa teringin nak beli. Nak tengok gak besar mana yang sekupangnya tu.

Mak la jadi mangsa kena pi beli. Ha! Ni kuih nak makan ka nak buat main masak-masak? Keciknya...macam buleh masukkan dalam telinga (telinga gajah).

Aku dok gelak-gelak tengok kuih yang dibeli. Pastu mulalah keluar cerita merapu aku dan Abg. Aku dan Abg dok agak mesti anak-anak dia yang tukang 'gelintey' kuih ni. Kecik kedemit. Macam aku main masak-masak masa kecik-kecik dulu.

Oh! Aku tak akan beli dah kuih sekupang ni. Tak berbaloi. Rasa dah la tak berasa. Kecik dan tak best. Cuma pulut inti saja yang best. Aku rasa dia untunglah buat kuih macam ni. Tapi penatlah kot hehe.

Tak ada yang penting

Minggu lepas dan minggu akan datang penuh dengan makan, makan dan makan. Jamuan raya 2,3 kali. Makanan best-best. Banyak. Lazat. Alhamdulillah.

Minggu depan ada lagi jamuan raya. Menu best. Ada makanan tradisional dan barat.

Kaki aku makin teruk. Memang teruk. Aku ingat cuma saraf sebelah kanan badan saja yang bermasalah, rupanya sekarang dah ada kesan pada kedua-dua belah kaki. Mahu tak mahu aku terpaksa mengheret sebelah kakiku. Yang sebelah lagi pun memang dah tak kuat, tapi terpaksa bertahan.

Jamuan raya sebenarnya aku tak pergi pun. Harapkan simpati rakan-rakan yang tolong 'tapau'kan makanan kepada aku. Depa 'tapau' banyak betul. Sebab depa pun pulun gak lagi lepas tu dengan alasan nak teman aku makan. Cutenya...hehe.

Aduh, sakit betul tulang belakang. Tiap hari balik kerja mesti belakang bengkak dan aku rasa sakit sangat. Harap aku dapat bertahan untuk sedikit masa lagi. Kalau aku dah tak boleh berjalan terus, susah. Aku dahla 'kecik' dan 'cute'...mau patah pinggang Abg kalau nak angkat hehe.

Setiap hari Abg terpaksa jadi bomoh urut tak bertauliah. Sekurang-kurangnya bila Abg urut, bengkak di belakang ku surut. Kurang sikit kesakitan yang aku rasa. Tapi kaki tetap tempanglah. Aku bercadang nak bawa tongkat. Abg tak benarkan, dia takut aku jatuh. Emm boleh jatuh ke?

Saturday, October 10, 2009

Mone...yang spoilt.


Makkk! Tengokla...Mone yang dok tarik sapra sampai jatuh semua. Kalau ada kuih raya dengan kuih raya terpelanting abih. Mone tertangkap.


Kaki Mone luka, ada lubang. Jalan dengkot-dengkot sebijik macam aku berjalan. Like owner like cat lah. Dah seminggu lebih Mone tahan sakit. Kesian aku tengok. Hari ni kami pun bawa Mone ke klinik haiwan.

Nak ajak Mone jalan-jalan memang tak susah. Buka saja pintu kereta dan dia akan terus melompat masuk, duduk. Macam arwah Kiki dulu gak. Sepanjang jalan Mone 'excited'. Asyik jenguk tingkap di kiri, di kanan. Kemudian Mone bosan, dia sendiri masuk dalam 'carrier' dan tido.

Sampai di klinik haiwan, Abg bawa Mone jumpa Vet. Aku tunggu dalam kereta. Kalau aku ikut sekali, takut Vet tu cucuk aku sama. Sebab aku dan Mone macam serupa jer.

Sekejap jer Abg call.

"Macam mana ni, Mone mengamuk...nak keluarkan dari 'carrier' pun tak boleh."

"Aik! Tadi tengok bahagia jer dia, apasal masuk dalam tu buat perangai lak?"

Sebentar kemudian Abg bawa 'carrier' dan Mone keluar. Masuk dalam kereta Mone buat macam tak ada apa jadi. Dalam istilah lain dia buat muka tenang dan tersenyum. Hee rasa nak lempang jer. Abg marahkan dia. Dia tahu orang marahkan dia, dia dok senyap sampai rumah. Rupanya Vet nak keluarkan dia pun tak boleh, dia cakar. Jadi cuma dapat ubat jerlah.

Memang 'spoilt brat' ler kucing aku seekor ni. Macam terlalu dimanjakan. Seolah-olah dalam dunia ni dia seekor jer kucing. Ngada-ngada betullah. Nasib baiklah aku tak tinggalkan dia untuk di'grooming' bulan lepas. Kalau tidak memang abis ler Vet tu kena cakar dan gigit.

Mone, Mone....heeee.


Tidoq macam diva.

Friday, October 9, 2009

Sesekali ku rasa teringin...

Ha...amik...aku bukan teringin nak makan. Aku teringin nak ada 'bread maker'. Dah lama ngidam, kenapa ntah tak dapat-dapat gak beli. Masa ada duit lebih selalu terbabas buat benda lain. Bila dah pokai maka keinginan nak 'bread maker' ni membuak-buak pulak.

Bila ada 'bread maker' sendiri senanglah aku nak buat roti. Lecehlah dok nguli-nguli. Buat semak jer. Ada benda alah ni, aku campak-campak jer dan bakar...taraaaa...dah boleh makan macam-macam roti. Sihat dan selamat pulak tu.

Teringinnya. Walaupun buat masa ni, aku dah memang nak jalan pun tak boleh (ish ish...janganlah kena bertapa di wad lagi....aku mati kutu).

Psst...harap-harap Abg baca entri kali ni...hahaha. Selain teddy bear, aku nak 'bread maker' tau. 'Baiknya' wife Abg ni :P

Thursday, October 8, 2009

Facebook:Wajahbuku?

Dah dua kali aku tutup akaun Facebook aku.
Kenapa?

Ntahla. Aku sendiri rasa tak selesa. Aku ni jenis kura-kura. Suka sorok kepala dalam cengkerang. Aku rasa FB memang tak sesuai dengan aku. Aku tak suka kawan-kawan aku tahu setiap apa yang aku lakukan. Dan aku juga tak suka nak tahu apa yang kawan-kawan aku buat setiap hari.

Ada antara kawan-kawan yang minta di 'add' di dalam 'list' tu adalah orang yang aku tak berapa suka. Aku cuma berkongsi cerita dengan kawan-kawan rapat tapi kawan rapat aku semua tak ada FB. Aku cuba juga ikut trend nak guna FB. Lama-lama aku jadi bosan dan menyampah. Macam entah apa-apa saja.

Lagi satu, semua orang sibuk buang masa jadi penanam sayur dan penternak tak bertauliah. Sampaikan sejam saja tak masuk FB depa dah jadi tak tentu arah, takut sayur kena curilah, pokok matilah. Hahaha. Itu dah sampai tahap ketagih dah tu. Kat tempat kerja semua sibuk....sibuk main FB. Ler...

Yang pelik lagi kuiz-kuiz dalam FB yang aku rasa macam tak membina. Jadi adalah kawan-kawan aku yang terjerit-jerit bila kuiz tu bagitahu orang yang selayaknya berdating dengan depa ialah Keanu Reeves, kekekeke. Rupanya FB ni akan mengabulkan impian setiap orang secara maya.

Sorilah, ini pandangan sempit aku. Tak bolehla pukul rata pada semua orangkan? Ada yang buka FB untuk sembang-sembang dan hilangkan tension. Cuma satu pesanan aku, jangan sampai terjebak dan terikat dah...Sayur yang hangpa tanam tu bukan buleh dimakan pun.....nak jual pun tak laku :P

Monday, October 5, 2009

Bercinta berpada-pada


Amaran : Bercium sebelum bernikah adalah haram....nanti kena tangkap basah macam beruk dua ekor ni

Pesan aku pada yang mereka yang tengah hangat bercinta. Jangan sekali-kali gadaikan maruah agama dan diri. Prinsip yang selama ini dipegang kukuh, boleh terpelanting hanya kerana cinta yang belum pasti. Kalau dah berkahwin tu lainlah cerita.

Ingat, kalau bercinta kerana Allah, insyaAllah akan selamat. Kalau bercinta kerana nafsu, binasa kelak nanti.

Tak kisahlah pada lelaki atau perempuan. Tanggungjawab yang dipikul tu sama sahaja. Tak ada bezanya.

Ada yang sebelum kenal cinta, alimnya....itu tak boleh ini tak boleh. Sekali dah mabuk cinta, ambik gambar berlaga pipi pun dah dia kira halal. Aisey...alim taik kucing. Sudah mabuk ectasy cinta. Parah.

So, adik-adik...jaga-jaga. Jangan percaya sangat dengan cinta sebelum kahwin. Baik bercinta selepas berkahwin....lagi masyuk. Tak percaya cuba try test hehe.

Sunday, October 4, 2009

Saki baki


Saki baki kuih raya yang tinggal. Kuih siput. Sekilo RM15. Aku tabik spring pada orang yang buat kuih ni. Manual system. Tak dapat aku bayangkan berkilo-kilo dia menggentel. Mau tertido kalau aku yang buat.

Bila tenung gambar ni lama-lama...aku dah terbayang benda lain. Bukan siput lagi tapi maggot...eee....tahun depan raya kita tukar nama kuih siput kepada Kuih Maggot...Oh Gosh!

Thursday, October 1, 2009

Band Orang Buta

Kisah masa aku berumur 14 tahun. Masa untuk gila-gila remaja. Bila teringat semula rasa nak gelak pun ada, malu pun ada.

Aku bersekolah di sekolah yang semua pelajar perempuan. Jadi, aku adalah salah sorang jagoan. Ada saja apa-apa acara untuk sekolah, asyik-asyik muka aku jer ada. Yelah, budak berani...kebanyakan kawan-kawan aku yang lain penakut dan malu. Aku tak tahu malu sebab semua perempuan.

Cikgu Sainsku dah suruh aku menyanyi lagu Richard Marks dengan iringan piano sahabat baik aku. Practiselah kami seminggu gak ler. Untuk makluman, suara aku bukannya sedap tapi aku suka menyanyi...dan berani....redah jer lah. Persembahan ni sempena Hari Penyampaian Hadiah yang akan dihadiri oleh ibu bapa juga.

Tiba hari yang dinantikan, sahabat baik aku kematian atuknya. Jadi tak dapatlah dia hadir ke sekolah. Aku ingat oklah, tak payahlah aku menyanyi lagi di atas pentas.

Rupanya sekolah aku ada menjemput band pengiring dari sekolah cacat penglihatan. Cikgu Sains ku masih tak puas hati. Akhirnya dia suruh aku naik juga ke pentas untuk menyanyi.

Alamak!

Aku pun melangkah naik ke pentas. Dari atas pentas nampaklah wajah Mak dan Izat. Mak dah dok tergelak, gelak. Izat kecik lagi masa tu...dia seronok tengok kakak dia atas pentas.

Aku toleh belakang, eh eh comel-comel pulak budak band pengiring ni walaupun depa cacat penglihatan. Akhirnya aku buat perubahan drastik. Aku bisik pada ketua band, aku nak nyanyi lagu "Suci Dalam Debu" daripada kumpulan Iklim. Masa tu lagu ni belum popular. Aku saja keja terlalak kat rumah sebab awal-awal aku dah kumpul duit dan terus sambar kaset pertama Iklim bila ianya dilancarkan.

Konfiden jer budak band ni angguk-angguk. Tapi dorang suruh aku start nyanyi dulu.

Aku start nyanyi, baru muzik masuk.

Hahahaha....hancur! Berterabur! Aku nyanyi ke mana, depa main muzik ke mana. Rupanya depa tak familiar dengan lagu tu. Ish awat tak habaq kat cek awai-awai!

Aku perabih gak nyanyi walaupun aku dah tak tahan nak gelak + nak nangis sebab kesian kat depa di belakang aku. Aku tengok mak aku dah pulun gelak. Kawan baik sekampung aku dah sampai nangis-nangis...bukan sebab lagu tu sedih tapi sebab gelak kuat sangat.

Abis lagu cepat-cepat aku turun pentas. Aku bantai gelak di belakang pentas. Kemudian datang Cikgu Sains aku. Aku kena marah sebab pandai-pandai pi ubah lagu. Aku cuma diam dan terus gelak.

Kawan-kawan sekelas semua tanya aku, lagu apa aku nyanyi? Depa tak tau pun.
Mak pulak tak abis gelak, dia kata aku buat naya kat budak-budak buta tu.

Tapi lepas pada tu lagu "Suci dalam Debu" terus 'meletup'.

Salah satu faktornya akulah tu...dibantu oleh band orang buta.

Tak caya? Percaya sajalah kan bang? hahaha.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...