Minggu lepas dan minggu akan datang penuh dengan makan, makan dan makan. Jamuan raya 2,3 kali. Makanan best-best. Banyak. Lazat. Alhamdulillah.
Minggu depan ada lagi jamuan raya. Menu best. Ada makanan tradisional dan barat.
Kaki aku makin teruk. Memang teruk. Aku ingat cuma saraf sebelah kanan badan saja yang bermasalah, rupanya sekarang dah ada kesan pada kedua-dua belah kaki. Mahu tak mahu aku terpaksa mengheret sebelah kakiku. Yang sebelah lagi pun memang dah tak kuat, tapi terpaksa bertahan.
Jamuan raya sebenarnya aku tak pergi pun. Harapkan simpati rakan-rakan yang tolong 'tapau'kan makanan kepada aku. Depa 'tapau' banyak betul. Sebab depa pun pulun gak lagi lepas tu dengan alasan nak teman aku makan. Cutenya...hehe.
Aduh, sakit betul tulang belakang. Tiap hari balik kerja mesti belakang bengkak dan aku rasa sakit sangat. Harap aku dapat bertahan untuk sedikit masa lagi. Kalau aku dah tak boleh berjalan terus, susah. Aku dahla 'kecik' dan 'cute'...mau patah pinggang Abg kalau nak angkat hehe.
Setiap hari Abg terpaksa jadi bomoh urut tak bertauliah. Sekurang-kurangnya bila Abg urut, bengkak di belakang ku surut. Kurang sikit kesakitan yang aku rasa. Tapi kaki tetap tempanglah. Aku bercadang nak bawa tongkat. Abg tak benarkan, dia takut aku jatuh. Emm boleh jatuh ke?
No comments:
Post a Comment