Pages

Sunday, February 28, 2010

Cinta-mencintai

Cinta itu bukan macam barang-barang yang dijual di kedai. Kalau rosak atau hilang, boleh terus pergi kedai dan beli barang yang sama. Akulah itu, sering beli 2 benda yang sama. Satu buat spare bila satu lagi hilang atau rosak.

Biasanya kasut. Mak selalu tanya "Hang tak dak kasut jenis lain ka? Keja pakai kasut sama saja." Ataupun "Awat baju hang mak tengok serupa saja?" Mana tak serupa, dah aku sekali beli 2 yang sama.

Sebenarnya itu kasut dan baju baru aku. Cuma bentuk dan jenis yang sama. Bila aku dah sedap dengan satu benda, jarang aku nak tukar dah. Kecuali barang tu dah tak dijual di kedai. Itupun aku seboleh-bolehnya pi cari benda yang seakan-akan serupa.

Tapi dengan cinta kita tak boleh buat macam tu. Semua orang tak boleh kecuali orang yang banyak compartment dalam hati depa. Sebab mana mungkin manusia ini sama. Walaupun kadang-kadang hidung sama penyek, mata sama pesek; hati dan perangai jarang yang serupa.

Kita tak boleh beli cinta di kedai. Ataupun masa dapat cinta itu kita terus pesan 2 cinta sekaligus. Lainla cinta kita tu ada kembar. Itu pun haram kita simpan cinta dua beradik dalam satu masa.

Takutkan bila kita kehilangan cinta itu....menderita kita mahu cari cinta yang sama.

(Aku cerita cinta manusia, bukan cinta pada Ilahi...wokey :-))

Saturday, February 27, 2010

Tip Mengenal Diri Sendiri Melalui Tarikh Lahir

Tip Mengenal Diri Sendiri Melalui Tarikh Lahir Dari Dr.Fadzilah Kamsah.




1. Pemimpin

2. Lembut

3. Kemas (Cerewet)

4. Rajin

5. Boleh berbincang

6. Angin

7. Patuh

8. Bisnes

9. Glamour


Contoh: 20 05 1981


2 + 0 = 2


Maka kotak pertama adalah 2..


Kemudian campurkan kesemua nombor..


2 + 0 + 0 + 5 + 1 + 9 + 8 + 1 = 26


Kemudian hasil campur yang lebih dari 9 akan dicampur lagi seperti :


2 + 6 = 8


Maka kotak kedua adalah 8..


Selepas itu kotak pertama akan dicampur dengan kotak kedua


2 + 8 = 10


Oleh kerana hasil campur lebih dari 9 maka dicampur lagi


1 + 0 = 1


Maka kotak ketiga ialah 1..


hasilnya..


2 : Lembut


8: Bisnes


1: Pemimpin


Friday, February 26, 2010

Siong

Tengok tak cerita ni?
Aku tak tengok.
Cuma tengok sedutannya di tv.

Darah aku tersirap.
Bulu roma meremang.
Gambit Saifullah yang melakonkan watak hantu bermuka putih tepung, bersiung dan menghisap darah.

Nak tahu tak?
4 tahun lepas masa aku terganggu, makhluk yang wajahnya serupa inilah yang sering hadir di sisiku.
Memujuk aku untuk bertemankan dia.
Menghulurkan tangan untuk aku di bawa ke alamnya.

Serius, aku tak menipu.
Aku pernah ceritakannya pada abg.
Sampai aku jadi gentar bila bersendirian di rumah.
Dia pasti akan datang memujuk.

Aku tak pernah bermimpi kerana dia hadir dalam sedar, waktu siang dan malam.
Beza cuma matanya merah.

Siapa penulis cerita Siong tu?
Aku nak sangat tahu.
Mungkin watak tersebut terhasil daripada pengalaman sebenar penulis.
Misteri.

(aku cuba google muka hantu tu tapi tak dapat).

Thursday, February 25, 2010

Kakiku Gagah Berlari

Lama sungguh aku bercuti dari menulis. Bercuti dari menulis di blog saja. Dalam diari aku tetap teruskan menulis.

Heh! Aku dah hilang kerja. Amazing. Sekelip mata aku dapat kerja, sekelip mata aku hilang kerja sebab kaki aku yang tiba-tiba mogok untuk berjalan dengan lurus apatah lagi berlari.

Tak pernah aku bayangkan akan jadi macam ni. Dulu, kaki ni lah yang kuat menendang. Pantang ada pertandingan sukan, kaki ini jugalah gagah berlari. Merentas desa tu kacang jer buat aku.

Sekarang kaki sudah mogok. Mungkin kaki ni dah penat. Dia pun mahu rehat.

Rehatlah dulu kaki. Nanti-nanti kita lari lagi (masalahnya kau buat jiwaku kacau kaki...)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...