Pages

Thursday, April 25, 2013

Kisah Hantu Di Asrama Sekolah (2)

Pada waktu petang yang dikhaskan untuk permainan petang, biasanya aku akan melepak bersama seorang kawan baik di belakang bangunan sekolah. Bukan tak berminat nak bersukan tetapi aku tak berapa senang dengan keadaan di sekolah baru ku ini. 

Aku dikira "budak baru" di sekolah tersebut kerana aku masuk ke sekolah berasrama penuh semasa tingkatan empat. Jadinya mereka yang masuk dari tingkatan satu menganggap diri mereka sebagai senior. Bila dah rasa senior, mulalah apa saja yang "budak baru" seperti aku ni buat dianggap serba tak kena. Ada saja benda nak dijadikan hal dengan tujuan nak membuli. Segelintir pelajar pembuli seperti ini memang ada di mana-mana. Yang baik-baik pun ramai juga dan aku senang berkawan dengan mereka.

Jadinya untuk menghabiskan masa waktu permainan petang itu, aku dan kawan akan bersembang kosong atau membaca buku di belakang bangunan sekolah. Kebanyakan pelajar lain akan menyertai aktiviti di padang.

Pada suatu petang kami duduk di atas tangga tingkat satu berdekatan dengan makmal. Kami berbual sambil tergelak-gelak kecil. Kebanyakan isi perbualan kami adalah tentang kerinduan pada keluarga serta apa yang berlaku di dalam kelas.

Tiba-tiba kami terdengar bunyi riuh-rendah seperti sebuah majlis kenduri sedang berlangsung berdekatan tempat kami duduk. Kami terus terdiam. Aku kemudiannya mengajak kawanku untuk pergi meninjau apa yang berlaku. Mungkin ada yang buat suprise party  kot. Kawanku dah mula pucat. Dia takut. Aku pun takut tapi pura-pura berani.

Kami menjenguk ke dalam makmal yang berbunyi bising itu. Kosong. Pintu berkunci dan tak ada seorang manusia pun di situ.

Dengan tiba-tiba bunyi itu terhenti.

Apa lagi, kami pulak lari tak cukup kaki.

Agak-agaknya siapalah yang buat suprise party  tu kan? Alahai....seram.

Tuesday, April 23, 2013

Kisah Hantu di Asrama Sekolah (1)

Hari ini aku nak bercerita tentang hantu aka makhluk halus yang pastinya bukan semut atau tungau.

Kisah ini berlaku semasa aku bersekolah di sebuah sekolah berasrama penuh di utara tanah air.

Entah apalah sebabnya, sekolah berasrama ni selalu saja dikaitkan dengan cerita-cerita hantu.

Waktu sesi orientasi masa mula masuk sekolah, pengetua awal-awal dah buat pengumuman yang sekolah ini bebas daripada hantu.

Hek eleh! Macamlah aku nak percaya sangat kata-kata pengetua tu. Kalau tak ada hantu masakan sampai beliau perlu buat pengumuman macam tu walhal tak ada sesiapa pun buka mulut bertanyakan hal itu kepada beliau.

Kes 1 terjadi semasa aku menghuni tingkat paling atas di bilik yang bersebelahan dengan tandas dan bilik mandi. Aku seorang yang paling tak suka berebut-rebut dalam apa-apa perkara terutamanya bab mandi. Aku juga tak suka mandi semasa orang ramai sebab aku malu. Oleh kerana itu, aku rela bangun pada pukul 5 pagi dan mandi berseorangan di bilik mandi.

Memang sunyi dan gelap selalunya awal-awal pagi. Tapi aku tak pernah kisah semua itu. Kadang-kadang sedang mandi, aku terdengar pancur hujan di bilik sebelah juga berbunyi. Sayangnya tak pernah pula aku ternampak siapa yang mandi di situ.

Pada suatu hari, aku dan seorang kawan bangun pada pukul 3 pagi untuk siapkan kerja sekolah yang belum selesai bersuluhkan lampu suluh.

Mulutku tiba-tiba gatal mahu menegur.

Aku : Kalaulah tiba-tiba ada orang mandi dan basuh baju time ni...hehehe.

Kawanku hanya tersengih mendengar keceluparan mulutku.

Tiba-tiba terdengar pancur air hujan dibuka di bilik mandi sebelah beserta bunyi orang memberus kain.

Apa lagi, lintang-pukang kami berdua naik ke atas katil dan berselimut. Hampeh punya hantu!

Monday, April 22, 2013

Kawan Imaginasi

Iman dah mula ada Imaginary Friends @ Kawan Imaginasi. 

Baru petang semalam aku perasan hal ni. Masa tu kami di dalam kereta; jalan-jalan di Alor Setar.

Semasa masuk ke dalam kereta, Iman bercakap seorang diri.

Iman : Saypi duduk sini. Raju duduk sini.

Aku : Iman cakap dengan sapa tu?

Iman : Ni Saypi ni....dia nak ikut sama. Saypi duduk diam-diam.

Saypi dan Raju adalah salah satu watak dalam Upin Ipin. Raju, budak India yang mengembala lembu. Saypi tu adalah lembu yang selalu Raju tunggang dan merupakan kawan baik Raju.

Sumber : Google

Mungkin Iman kagum dengan Raju yang boleh bercakap dengan Saypi. Saypi faham apa saja yang Raju cakapkan kepadanya.

Mungkin juga Iman boring bermain seorang diri sepanjang hari. Err...macam Iman nak adik jer.

Tapi pada aku perkara ni taklah menghairankan sangat. Semasa aku kecil, aku pun ada imaginary friends. Imaginary friends aku lebih dahsyat, harimau dan beruang. Sebabnya aku selalu rasakan diri aku ni tarzan. Hehe.

Selepas makan tengahari di salah sebuah restoren di Alor Setar, kami masuk ke dalam kereta. Iman duduk di kerusi depan. Tiba-tiba aku terdengar Iman bercakap dengan Seypi.

Iman : Seypi duduk belakang, tak muat. (lantas Iman buat gaya membaling sesuatu ke seat belakang).

Aku : Apalah Iman ni, sempitlah mama nak kena duduk dengan Seypi!

Eh, eh....

Tuesday, April 16, 2013

Petua Tercekik Tulang

Dulu-dulu kalau makan nasi, tak sah kalau tak ada ikan. Berbeza dengan sekarang, tak sah makan nasi kalau tak berlaukkan ayam.

Kalau dah namanya ikan, pasti ada tulang. Maka adalah kejadian tercekik tulang ikan semasa makan nasi.

Petua daripada arwah mak dan ayah senang saja. Tapi untuk petua ini perlukan pembantu untuk melaksanakannya.

  1. Sediakan secawan air.
  2. Berdiri di belakang mangsa.
  3. Gunakan kedua belah tangan dan tarik kedua belah telinga mangsa dengan agak kuat ke atas.
  4. Mangsa minum air sambil membacakan Bismillah serta selawat ke atas Nabi sambil berniat semoga tulang yang tercekik itu hilang.
Setakat ni memang mujarab petua yang diikuti. Tulang memang lepas. Cuma yang tak bestnya, di saat ini juga ada yang mengambil kesempatan untuk tarik telinga kita kuat-kuat untuk mengena keh keh keh.

Saturday, April 13, 2013

Bahana menonton Cupcake Wars, Iman minta aku buat cupcake lagi hari ni. 

Aku buatkan Red Velvet Cupcake untuk Iman kali ini. Resepi diambil dari SINI Kali ini aku amat berpuas hati dengan kek RV yang aku buat. Memang sedap. Jadinya pun cantik jer. Terima kasih untuk penulis blog tersebut yang tidak kedekut berkongsi resepi hebat.

Abg dan Iman pun tolong aku sama dalam menyiapkan kek. Abg tolong putar adunan manakala si Iman tolong susun cup dalam bekas membakar.

Tapi bila kek dah siap, Iman cuma makan sikit jer...pastu tak nak dah. Mungkin Iman rasa geli dengan warna merah RV tu hehe....tak apalah, lain kali mama akan buat chocolate cupcake kesukaan Iman tu.

Topping memang tak buat. Abg tak suka makan cream cheese. Aku pun tak suka; geli-geleman. Iman pun sama.

Okay, di bawah ini pula adalah gambar ole-ole dari Sarawak yang Izat berikan kepada aku dan Abg. Cute kan? Rasa nak kesemuanya sekali. Pengetip kuku ini sangat unik.


Aku sebenarnya inginkan pengetip kuku yang ini; muka orang utan. Tapi Abg yang dah sambar dulu. 


Thursday, April 11, 2013

Musim Hujan

Hari ini seperti petang semalam, hujan selebat-lebatnya.

Iman demam. Muntah. Mungkin disebabkan faktor perubahan cuaca.

Seronok bila hujan, suhu akan jadi sejuk, mata pun lali-lali. 

Pagi-pagi bising burung berkicauan. Mungkin mereka pun seronok dengan cuaca sejuk di waktu pagi.

Terkenang aku masa kecil dahulu. Kalau hujan tak henti selama seminggu, hutan nipah di sebelah rumahku pasti digenangi air jernih.

Bila hujan dah berhenti, kami sekampung seakan berpesta mandi-manda di dalam air bah yang jernih di dalam hutan nipah tersebut. 

Masa tu boleh nampak ikan berenang-renang. Kalau bernasib baik, ular sawa  tumpang berenang. Lari tak cukup tanah semua orang.

Aku jarang diberi kebenaran oleh mak dan ayah untuk turut sama mandi-manda di situ. Seingat aku dua kali sahaja aku mendapat kebenaran. Yang selebihnya aku akan duduk di atas kolah simen sambil tersenyum-senyum melihat kegembiraan mereka yang lain bermain air.

Di kala hujan lebat, jika aku di rumah, aku pasti akan menyanyi sekuat hati. Seronok. Tika tu aku boleh menyanyi dengan bebas tanpa sesiapa pun yang mendengarnya. 

Itu dulu...

Saat ini...bila hujan menitis laju, selaju itulah juga segala kenangan membasahi kotak ingatanku ini.



Wednesday, April 10, 2013

Pilihanraya

5 Mei 2013 adalah tarikh PRU13.
 
Ini kali kedua aku bakal mengundi. Sepatutnya kali ketiga tetapi pada tahun 2008 aku terlupa nak tukar kawasan mengundi.
 
Dulu masa masih bergelar 'student', aku mengundi di Selangor. InsyaAllah, kali ni aku bakal mengundi di Permatang Pauh.
 
Nampaknya selepas ni aku terpaksa menukar kawasan mengundi lagi sebabnya aku dah bermastautin di kawasan pulau. Berapa banyak tukar daaa....
 
Selesai aku mengundi di Permatang Pauh, aku dan Abg akan berkejar pulang ke Terengganu. Abg akan mengundi di sana. Bolehlah kami melihat kemeriahan waktu mengundi di dua-dua kawasan.
 
Aku dah mohon cuti pada 6 Mei tapi belum diluluskan. Kalau cuti tak lulus, penat jugak tu nak kena balik ke Penang pada hari yang sama.
 
Teringat zaman 'study' dulu. Setiap mahasiswa diwajibkan mengundi bila ada pilihanraya di universiti. Apa yang kami buat ialah lihat muka calon pada borang dan pangkah muka mana yang kami rasa berkenan. Kalau yang tak lawa dan hensem tu nasib ler...memang tak pangkah punya. Tak ada pulak kami kira depa yang kami pangkah tu dari pihak mana kekeke. Sebab bagi kami, siapa pun yang menang tak adanya bawa perubahan besar pada kami.
 
Untuk pilihanraya yang betul-betul ni kalau aku nak buat peel lama jawabnya tak adalah parti yang aku pangkah. Sebabnya silalah tengok sendiri muka-muka kebanyakan mereka yang bertanding hehehe. Jahatnya aku :P
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...