Pages

Friday, February 27, 2015

Urut Guna Syiling.

Korang pernah tak tengok teknik urutan menggunakan duit syiling?
Nyatanya itu bukanlah urutan tapi lebih kepada torehan di atas badan menggunakan duit syiling.

Aku ngilu bila tengok rupa badan orang yang kena urut dengan duit syiling.
Macam mangsa dera askar Jepun masa Perang Dunia Ke-2.

Kata orang yang diurut, dia sampai rasa nak meraung sebab terlalu sakit.
Mana tak sakitnya kalau abih salur darah kat belakang dah pecah kedarah.
Ish ish...

Natijahnya orang yang diurut tu terpaksa mengambil cuti sakit selama dua hari.
Hemm macam-macamlah.
Ni yang aku rasa nak pi urut tukang urut tu pulak he he.

Monday, February 23, 2015

Resepi : Roti Putih

Roti Putih

250 gram tepung high protein
125 mL air
1/2 sudu teh garam
1 sudu besar olive oil
1 sudu besar susu tepung
2 sudu besar gula castor
1 sudu teh yis kering

Kaedah :
1. Jika menggunakan breadmaker, masukkan semua bahan dan tekan menu 1.
2. Jika menguli dengan tangan, pastikan air yang digunakan adalah air suam yang dimasukkan dengan gula dan yis. Biar hingga yis berbuih baru tuangkan ke dalam tepung yang telah dicampur dengan garam dan susu tepung sedikit demi sedikit.
3. Uli sehingga adunan membentuk doh baru dimasukkan olive oil. Uli lagi sehingga sebati.
4. Biarkan doh naik untuk 1 jam.
5. Tumbuk-tumbukkan doh untuk keluarkan angin.
6. Bentukkan doh dan letakkan dalam bekas untuk membakar.
7. Biar doh naik sekali lagi untuk 45 minit - 1 jam.
8. Panaskan oven suhu 160 darjah celsius, api atas bawah selama 20 minit.
9. Masukkan doh dan bakar sehingga roti masak lebih kurang 20 minit (bergantung kepada oven masing-masing).
10. Keluarkan roti yang telah masak, sejukkan di atas redai.
11. Potong roti bila telah benar-benar sejuk.



*Resepi ini akan menghasilkan roti putih yang lembut dan sedap seperti Roti Gardenia :)

Monday, February 16, 2015

Petua Untuk Kulit Yang Sihat Dan "Glowing"

Petua untuk kulit sihat ini menggunakan madu, minyak zaitun dan soda bikarbonat.

Campurkan satu sudu kecil madu, satu sudu kecil minyak zaitun dan satu sudu kecil soda bikarbonat.
Jangan panik sebab bila ketiga-tiga bahan ini dicampur soda akan bertindak balas berbuih-buih macam sabun.

Sapukan di muka yang telah dibersihkan.
Biar dalam 15 minit.
Tapi tahanlah sikit naaa.
Bau campuran ni hancing macam kencing tikuih haha.
Kemudian cuci bersih muka anda.
Boleh rasa kulit sangat bersih dan lembut.

Credit to Google


Buatlah seminggu sekali.

Hasilnya kulit akan lembut dan glowing.
Madu bertindak sebagai antibakteria, menegangkan kulit serta melembapkan.
Minyak zaitun akan melembapkan kulit.
Manakala soda bikarbonat bertindak sebagai agen pengelupasan yang lembut untuk muka.
Ianya akan menyingkirkan minyak berlebihan serta sel-sel kulit yang mati.

Cuba ya :)

Saturday, February 14, 2015

Tak Mahu Ke Sekolah

Sejak masuk 5 tahun anak aku sedikit meragam nak ke sekolah.
Dia tak teruja macam last year. Dulu, apa saja yang berlaku dalam kelas pasti semua dia akan ceritakan.

Aku dan Abg risau.

Selepas diselidik rupanya anak aku tak selesa dengan seorang guru kelasnya.
Kata anakku dia selalu dimarahi tanpa sebab.
Sebab tu lah setiap kali nak dihantar ke sekolah anakku mengalir-ngalir air matanya.

Akhirnya Abg pergi berjumpa guru kelas anakku yang seorang lagi tu.
Guru J ini memang penyayang dan lembut tutur katanya.
Abg bertanya sama ada anakku ini nakal dalam kelas.
Tidak, jawab guru J.
Akhirnya Abg pun memberitahu masalah anakku yang resah gelisah setiap kali hendak ke sekolah.
Pulang dari sekolah wajah anakku masam mencuka dan moody.

Kelmarin anakku dah kembali ceria.
Pulang dari sekolah pun mula ketawa dan menyanyi-nyanyi.
Katanya Guru L dah tak marah-marah lagi.
Guru L dah cakap dengan dia elok-elok.
Alhamdulillah.

Mungkin Guru L tersilap teknik dalam mendidik.
Dipukul rata satu teknik untuk semua budak.
Baguslah Guru j dan L cepat bertindak setelah permasalahan dikemukakan.

Aku dan Abg bukan tak biasa marah anak.
Marah kami bersebab dan kami akan sentiasa terangkan pada anakku itu kenapa kami marah dan apa tujuannya.
Dan marah kami bukan dalam bentuk jerkah tengking.
Sebab itulah anakku itu jadi 'terkejut' bila dijerit tanpa sebab musabab.
Dia keliru.

Moga anakku itu akan terus ceria dan bersemangat untuk terus ke sekolah :-)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...