Pages

Monday, February 28, 2011

Sagon

Aku teringin sangat nak makan sagon, macam yang arwah tok aku buat dulu-dulu. Ini sagon yang buat dengan kelapa, gula dan apa ntah satu bahan lagi. Biasanya arwah tok akan jemur, goreng dan tumbuk bahan-bahan ni untuk dibuat sagon.

Kemudian tok akan bungkus sagon dalam plastik aiskrim Malaysia. Aku pulak akan makan sagon sambil main dengan kawan-kawan di depan rumah.

Cuma satu, kalau makan sagon dilarang bercakap. Sat lagi habis bersembur keluar sagon dari mulut ke muka kawan.

Eh! Apasal pulak tiba-tiba teringin sagon...hehe.

Saturday, February 26, 2011

Datang Lagi

Dah seminggu aku menahan sakit kepala yang keterlaluan. Ubat dah tak larat telan. Sakit tak hilang. Aku lekat coolfever di kepala, bukan sejuk yang aku rasa tapi lagi panas. Di ofis, aircond yang dipasang biasanya buat aku sejuk tapi sebaliknya yang berlaku. Aku rasa panas terutama di bahagian kepala sampai aku rasa nak hentak-hentak kepala ke dinding.

Musibat apa pulak kali ini aku tak pasti. Aku rasa seperti ada benda melekat di bahagian muka. Dah beberapa kali aku nak tarik keluar benda tu tapi tak ada apa yang terjadi. Sekejap-sekejap aku rasa badan aku berduri-duri, ya, biar seminggu lagi aku pasti jadi Wolverine.

Memang mengganggu tugas aku di ofis dan hubungan aku dengan semua orang. Bos bagi arahan, aku jadi blur, cakap ntah hapa-hapa dengan dia. Kesian aku. Nasib baik aku dah maklumkan awal-awal pada Bos; dia faham. Tapi aku dah berkira-kira, kebarangkalian kerja aku terbang melayang kali ini mesti tinggi. Macam yang selalu-selalu. Bila elok saja aku bertugas di satu-satu tempat pasti ada hal (datang lagi).

Aku jadi lebih patah semangat dengan kata-kata yang dilemparkan kepadaku. Aku faham, depa tak pernah merasa apa yang aku rasa, depa tak akan faham. Ada perkara senang kita cakap bila ianya tak berlaku pada diri sendiri. Alhamdulillah, aku masih ada suami yang cukup memahami. Dulu aku ada mak dan ayah. Hanya insan-insan ini yang faham dan sentiasa tak putus membantu aku. Bila mak dan ayah tak ada, aku lihat suami aku seolah-oleh hilang arah. Selama 10 tahun lepas, kami berusaha satu famili tanpa harapkan bantuan sesiapa. Pendam segala kesakitan, kedukaan. Setiap yang berlaku biasanya akan buat kami bersama menangis, tapi kami tak putus asa, mohon pada Allah. Kini, yang tinggal cuma aku dan abang. Aku sudah putus asa, cuma mengharapkan abang yang terus beri semangat pada aku.

Aku terkenangkan arwah Maknjang. Seksa yang arwah Maknjang rasa tidak ambil masa yang lama. Sedangkan aku terus menerus merasai itu. Cuma, air mata telah kering, aku terus senyum dan ketawa. Redha sajalah.

Tuesday, February 15, 2011

Apa Nak Jadi.

Gaya hidup pasangan suami isteri zaman sekarang sangat aneh.
Rasanya suami atau isteri lebih banyak menghabiskan waktu dengan rakan sepejabat berbanding pasangan / keluarga masing-masing.

Bangun pagi, pukul 7 pagi sudah keluar rumah menuju ke tempat kerja masing-masing.
Anak-anak dihantar ke taska / pusat asuhan kanak-kanak / sekolah.

Petang, sampai rumah dalam pukul 6.30 petang.
Dah selesai semua perkara wajib, ada yang layan tv, ada yang layan komputer.
Anak-anak buat kerja sekolah atau main-main sikit-sikit sebelum disuruh tidur.

Bila masa suami, isteri dan anak-anak ini berkomunikasi?
Makan malam bersama bukan lagi perkara wajib.
Solat berjemaah lagilah boleh dikira dengan jari.

Hari minggu ada pula suami atau isteri yang sibuk dengan MLM atau ke gym atau ke mana-mana ntah.
Anak-anak, ikut dan, ikut kawan, memerap sendirian di rumah.

Apa nak jadi ya?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...