Pages

Saturday, February 26, 2011

Datang Lagi

Dah seminggu aku menahan sakit kepala yang keterlaluan. Ubat dah tak larat telan. Sakit tak hilang. Aku lekat coolfever di kepala, bukan sejuk yang aku rasa tapi lagi panas. Di ofis, aircond yang dipasang biasanya buat aku sejuk tapi sebaliknya yang berlaku. Aku rasa panas terutama di bahagian kepala sampai aku rasa nak hentak-hentak kepala ke dinding.

Musibat apa pulak kali ini aku tak pasti. Aku rasa seperti ada benda melekat di bahagian muka. Dah beberapa kali aku nak tarik keluar benda tu tapi tak ada apa yang terjadi. Sekejap-sekejap aku rasa badan aku berduri-duri, ya, biar seminggu lagi aku pasti jadi Wolverine.

Memang mengganggu tugas aku di ofis dan hubungan aku dengan semua orang. Bos bagi arahan, aku jadi blur, cakap ntah hapa-hapa dengan dia. Kesian aku. Nasib baik aku dah maklumkan awal-awal pada Bos; dia faham. Tapi aku dah berkira-kira, kebarangkalian kerja aku terbang melayang kali ini mesti tinggi. Macam yang selalu-selalu. Bila elok saja aku bertugas di satu-satu tempat pasti ada hal (datang lagi).

Aku jadi lebih patah semangat dengan kata-kata yang dilemparkan kepadaku. Aku faham, depa tak pernah merasa apa yang aku rasa, depa tak akan faham. Ada perkara senang kita cakap bila ianya tak berlaku pada diri sendiri. Alhamdulillah, aku masih ada suami yang cukup memahami. Dulu aku ada mak dan ayah. Hanya insan-insan ini yang faham dan sentiasa tak putus membantu aku. Bila mak dan ayah tak ada, aku lihat suami aku seolah-oleh hilang arah. Selama 10 tahun lepas, kami berusaha satu famili tanpa harapkan bantuan sesiapa. Pendam segala kesakitan, kedukaan. Setiap yang berlaku biasanya akan buat kami bersama menangis, tapi kami tak putus asa, mohon pada Allah. Kini, yang tinggal cuma aku dan abang. Aku sudah putus asa, cuma mengharapkan abang yang terus beri semangat pada aku.

Aku terkenangkan arwah Maknjang. Seksa yang arwah Maknjang rasa tidak ambil masa yang lama. Sedangkan aku terus menerus merasai itu. Cuma, air mata telah kering, aku terus senyum dan ketawa. Redha sajalah.

3 comments:

Ariff Budiman said...

Salam G. Mohon semoga Allah senriasa berada disisi bila kita memerlukan. Semua orang pasti di uji. Ada yang boleh kita luahkan dan ada yang tidak. Maknanya kita pendamkan saja. Biar orang nampak kita happy. Itu yang pakjang buat walaupun dalam hati hanya kepada Allah saja tempat kita mengadu dan tahu apa yang tersirat. sudah puas pakjang bermain airmata sehingga kini masih lagi tidak kering. Apa boleh buat kita terpaksa menerima hakikatnya walaupun pahit. Insyaallah suatu hari nanti pasti g sekeluarga akan berolehi kebaikannya.

Insan Marhaen said...

usaha kemudian berserah, itu baru namanya tawakkal.

usaha tiada noktah. selagi nafas masih ada teruslah usaha.

yang pernah merasai akan tahu rasanya perit ini..

bearcat said...

Paknjang, terima kasih. Itu yang kami buat. Tak apa, Allah sedang menguji kami. Walaupun telinga pedih, hati sakit, kami tetap bertahan. Hanya yang pernah melaluinya yang memahami. Betul paknjang, yang duka dan sedih tu biar sendiri-sendiri saja yang tahu. Pada orang lain, depa cuma nak kongsi cerita bahagia, cerita sedih tak masuk buku.

IM, insyaallah, kami takkan berputus asa. Semua penyakit ada ubatnya kecuali mati.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...