Pages

Friday, October 9, 2015

Komen

Aku suka blogwalking. Baca dan kadang-kadang aku komen.

Tapi aku takkan komen di blog yang tuan tanahnya  suka marah-marah pada orang yang komen.

Takut. Sebab aku baca blog untuk mendapatkan ilmu di samping bersantai.

Bukannya nak kena marah lepas tu aku pulak stress sorang-sorang kekeke.

Itu sebabnya bukan semua blog kita boleh tinggal komen :-P

Sambil melayan blog sambil makan ubi kayu rebus cicah kelapa itu adalah nikmat hehehe.

Wednesday, October 7, 2015

Sup Kuku Lembu

Kami buat ibadah qurban masa hari raya Aidiladha yang ketiga. Abg ada bawak balik kaki lembu dua pasang. Katanya semua orang di surau tak nak ambik kaki lembu tersebut. Depa malas nak proses dan masak hehe.





Nampak saja kaki dan kuku lembu tu aku dah surrender awal-awal. Oh! Tidak! Aku pun tak reti nak masak. Abg kata jangan paniklah. Paksu kan ada hehe. Nampaknya Paksulah jadi mangsa kena proses kuku lembu tu sebelum boleh dimasak.

Petang tu Paksu datang ke rumah kami. Paksu bawa sabut, bakar sabut sampai habis kami semua kelemasan dalam rumah dengan asap dari sabut. Puncanya silap tempat bakar sabut dan angin pulak membantu tolak asap ke dalam rumah huhu.

Paksu bakar kuku lembu sampai hitam. Err! Kuku tu dah memang hitam kan hehe. Lepas tu Paksu kupas kuku tu (hoof) sampai tinggal isi di dalam sahaja. 

Aku rebus kuku tu lebih kurang dua jam; masukkan halia yang diketuk, kiub daging, dan rempah-rempah semua.

Akhirnya siaplah sup kaki lembu. 

Rasanya?

Pergh! Sebijik macam rasa sup kaki ayam tapi versi lebih besar dan berjeli. Lepas makan aku rasa naik pening jadinya kekeke.

Nampaknya itu kali pertama dan terakhir kami akan makan sup kuku kambing. Tobat! Terlalu berlemak. Abg dah angkat tangan surrender awal-awal kekeke.

Sunday, October 4, 2015

Untuk Diri 1#

Dunia kita ingat untuk  diurus, bukan untuk kita rungsing. Selebihnya kita serahkan kepada Allah.

Ingat pada Allah, hati akan sentiasa tenang.

Ingat pada Allah caranya ialah dengan melakukan perkara-perkara yang baik.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...