Pages

Monday, January 28, 2013

Buffalo Park, Langkawi

Lima hari di Langkawi sampai kami jadi bosan tak tahu nak ke mana. Akhirnya sebelum balik, kami decide untuk ke Buffalo Park/Taman Kerbau (macam aneh jer bunyinya Taman Kerbau hehe).

Yang kelakarnya nak sampai ke sana, kami meredah masuk kampung, entah ke mana-mana. Alhamdulillah sampai jugak akhirnya. Objektif utama adalah untuk memperkenalkan kerbau kepada anak aku. Eh! Betui ke? Maksud aku...anak aku tak tahu rupa kerbau macam mana jadi inilah masanya untuk dia tengok rupa dan beza kerbau dan lembu. Lembu biasalah dia tengok hehe. Bukanlah bermakna aku nak kerbau berkenalan dengan dengan anak aku haha.

Iman buat tanduk kerbau tapi nampak macam orang sakit kepala..hehe.

Beli tiket masuk...RM2 ke RM3 tak ingat pulak.

 Dapat minum susu kerbau segar sebelum masuk. Rasa susu kerbau aneh skit. 


 Ha...ni salah silah kerbau. Silalah baca...


 Produk dari susu kerbau. Banyak jugak ye.


 Untuk sapa-sapa yang nak naik kerbau dan bergambar. Tapi masa kami sampai dah petang...tak ada pun kerbau untuk bergambar.

 Kandang kerbau.


 Ini kerbau untuk ditunggang. Bagi RM100 pun aku tak akan naik. Muka bengis...eeee.

 Haaa...inilah kerbau balar (albino). Dah nampak macam babi pulak rupanya hehe.

 Ini kerbau yang konon-konon sedang mengawan bila ada pelawat tengok, walhal sama jantina.

 Anak kerbau balar.


 Izat berani usap kepala anak kerbau balar jer sebab anak kerbau ni nampak baik berbanding yang lain hehe.

 Izat tengah memikirkan untuk buat projek ternakan kerbau kat KL kekeke.

 Aiskrim susu kerbau. Sedap

Dadih susu kerbau. Sedap jugak. Tapi rasa aneh skit lah.

 Iman menikmati aiskrim susu kerbau.

Ada pelbagai menu makanan berasaskan kerbau. Tapi masa kami pergi tak ada oranglah pulak.


Kesimpulannya tempat ni sunyi, terpencil dan kecik jer. Sesuailah bawak kanak-kanak yang tak kenal rupa kerbau. Jangan harap yang lebih-lebih...nanti kecewa kekeke.

Sunday, January 27, 2013

Iman Dah 3 Tahun

22 Januari baru ni Iman dah masuk 3 tahun. Cepatnya masa berlalu. Sambutan hari jadi kecil-kecilan kami adakan di rumah Maklang aka Tok Ibu. Kalau Mak dan Ayah masih ada, mesti seronok.

Iman dah pandai...tahu excited nak sambut hari jadinya. Dari pagi dia terlompat-lompat sambil menyanyi lagu Selamat Hari Jadi. Lawak sungguh perangai Iman. Turun perangai sapa entahlah hehe.

 Iman excited sambut besday...Cinderella tu Acu Amir yang bagi...bila tekan pada riben tu doll tu akan nyanyi lagu Happy Birthday.

 Potong kek dengan Tok Ibu.

Kek Hello Kitty untuk Iman. Rupa Hello Kitty tu macam apa-apa jer haha...nasib keknya sedap. 

Thursday, January 24, 2013

Udang & Ayam Masak Paprik

Hari ni aku masak masakan ringkas saja. Maaflah gambar tak sempat nak snap...Kuantiti bahan-bahan tu agak-agaklah ya.
 
Bahan-bahan :
  • Udang
  • Isi ayam
  • Serbuk jintan manis
  • Bawang besar - hiris-hiris
  • Bawang putih - cincang
  • Sos tiram
  • Sos cili Thai
  • Daun limau purut
  • Garam
  • Gula
  • Kunyit
  • Kacang pea segar - tak perlu potong
  • Sedikit air
Cara :
  1. Gaul udang dan ayam dengan garam, kunyit dan serbuk jintan manis. Biarkan seketika.
  2. Panaskan minyak, goreng udang dan ayam sebentar sehingga separuh masak. Angkat.
  3. Tumis bawang putih dan bawang besar sehingga layu menggunakan minyak goreng udang.
  4. Masukkan sedikit air. Kacau.
  5. Masukkan sos tiram, sos cili thai serta daun limau purut.
  6. Perasakan dengan gula dan garam.
  7. Bila kuah mula mendidih, masukkan udang, ayam dan kacang pea. Biarkan sebentar dan tutup api.

Tuesday, January 22, 2013

USS

Entri tertunda. Kami dan keluarga Makndak ke Universal Studio di Singapore.

Sebab ada anak kecik, langkah aku pendeklah sikit. Kalau ikut hati semuanya aku nak naik, nak main. Tapi nanti sapa pulaklah nak tengok anak kecik aku tu hehe...

Asalnya pergi ke sana bersama tapi masuk saja ke USS kami berpecah bawak haluan sendiri. So good! Yang tak goodnya kami ke sana masa hujung tahun; cuti sekolah. Aduh! Nak tak nak terpaksa beli Express Ticket supaya kami dapat naik semua ride dengan kadar segera. Kalau tak ada Express Ticket mau meraung anak aku sebab terpaksa tunggu mama dan ayah dok beratur panjang.

Singgah makan dulu kat sini. Time makan tak sempat snap gambar, Iman aktif sangat. 

Show Madagascar. Best tengok penguin-penguin ni menari....nasib baik aku tak menari sama haha. 

Shrek dan Fiona. Memang ampunnn nak bergambar dengan depa...kena beratur panjang. Tak kuasa aku. 

Apa motiflah aku snap gambar Iman pegang plastik roti Gardenia dengan tong sampah di belakang tu lagi...hehehe. 

Masa ni ayah snap gambar Iman. Mama sibuk masuk Transformer...dah berdua terpaksalah bergilir-gilir naik ride...sorang jaga anak, sorang pi yuhaaa! Haha. 

Cantik pulak aku tengok alien ni hehe.  

 Iman dan ayah pergi memantau bas sekolah Sesame Street...memantau cenderahati.

 Masih meninjau cenderahati

 Persembahan Sesame Street. Aku yang teruja...almaklumlah aku membesar dengan watak-watak Sesame Street di tv :)

 Cookie Monster

 Yihuuu! Dapat pau ayah....kekeke.

 Laparnya...makan pop corn dah lah. Lain-lain mahal (walhal dah abis 2 aiskrim)

 Iman ni asyik pakai baju sama jer kekeke. Nak buat macam mana...baju ni yang paling selesa.

 Nak balik dah ni...sempat berposing lagi.

Inilah yang Iman pau ayah...huhu...mahal pulak harga convert ke RM....sekali-sekala oklah.

Friday, January 18, 2013

Aktiviti Hari Cuti Kami

Aktiviti hari cuti kami sekeluarga semenjak dua menjak ini adalah bersedekah makanan kepada monyet. Bukan anaknya saja yang excited tengok gelagat monyet...mak bapak pun sama naik excited...entah hapa-hapa haha.

Iman mengintai monyet dari dalam kereta.

Seronok monyet ni dapat makan pisang fresh. Kebanyakan buah-buahan yang busuk orang beri kepada monyet-monyet ni....kesian kan.

 Yang seekor ni cepat-cepat lari bawa pisang dan lepak di atas wayar.

 Eh eh....ada orang snap gambar aku ler...

 Kotorlah pulak kawasan sebab monyet pandai makan tapi tak pandai buang sampah.

 Anak-anak monyet cuma berani berlegar di atas...sebabnya bapak-bapak monyet berbadan sasa dah conquer kawasan bawah di mana orang lemparkan buah-buahan.

 Monyet ni buat perangai bila pisang yang kami berikan tak sempat dicapainya. Dia mula menggeladah raga motor orang pulak dah.

 Dapat botol air mineral...abis air dalam tu diteguknya haha...

Pisang terpaksa di kerat dua untuk mengelakkan monyet bertubuh sasa saja dapat makan. Ini tidak adil keh keh.

Wednesday, January 16, 2013

Raket Baru Iman

Iman dan "Lee Chong Wei" baru dibeli tapi tak perasan tali dah putus. Baru aku tahu ada raket badminton saiz bantut macam ni.

Perlu Buat Pilihan Lagi....Aku Dah Letih.

Dilema.
 
Aku nak terus bekerja di tempat sekarang. Aku dah aman, bahagia walaupun kadang-kadang otak rasa letih lesu. Biasalah tu dah namanya bekerja...kalau tidak nampak sangat tak buat apa-apa.
 
Bila ada permintaan untuk aku bertukar tempat bertugas, ini buat aku rungsing. Aku sudah lama melemparkan jauh-jauh tempat tersebut dari ingatan dan hati ini. Aku tak mahu hanya kerana wang, aku memaksa hati aku sakit setiap hari. Langsungnya pasti aku juga akan jatuh sakit dan kerugian.
 
Ya Allah! Tunjukkan aku jalan yang lurus. Tunjukkan aku jalan ketenangan. Berilah aku pilihan yang terbaik kerana hanya Kau Maha Mengetahui, Maha Mengasihani.
 
Realitinya aku sedang bersiap-sedia menghadapi sebarang kemungkinan. Aku juga bersiap-sedia dengan perancangan-perancangan yang perlu diambil sekiranya aku terpaksa mengundur diri dari dunia kerja aku sekarang ini....walaupun hati ini menangis.
 

Monday, January 14, 2013

Alhamdulillah selesai satu majlis

Alhamdulillah, pagi semalam selesai sudah majlis pertunangan adik bongsu aku. Semoga segalanya berjalan lancar hingga ke hari pernikahan nanti.

Hantaran dari kami

Tiga hari sebelum majlis pertunangan, aku dan abg ke sana ke sini sampai rasa nak tercabut kaki. Iman merungut-rungut di dalam kereta. Katanya dia letih sangat dah...selama tiga hari, itu sajalah ayat yang terkeluar dari mulut comel anak aku yang berusia 2 tahun tu hehe...kesian dia.

Teringat-ingat kuih-muih, nasi dan lauk-pauk yang pihak perempuan hidangkan. Sedap betul. Rasa nak minta tapau saja...tapi takkanlah kot hehe. Aku sampai bertambah nasi dua kali plus sambar ayam goreng berempah dua ketul. Kebetulan aku dan maksu saja untuk satu hidangan tu...apa lagi, makan sajalah. Lepas ni aku nak risik-risik resepi ayam goreng berempah dari bakal adik ipar aku tu.

Disebabkan arwah mak dah tak ada, akulah jadi penyarung cincin kepada bakal adik iparku. Jenuh aku menahan air mata dari menitis. Sebak, sayu. Terngiang-ngiang amanat mak dan ayah masa mereka masih hidup. Mereka berkali-kali berpesan padaku supaya melaksanakan urusan pernikahan adik-adikku dengan baik. Seolah-olah masa tu mak dan ayah dah tahu yang mereka tak akan sempat menerima menantu lagi.

Bagi aku, tak pernah terfikir di usia muda sebegini aku akan menggantikan tempat mak dan ayah memikul tanggungjawab sebesar ini. Alhamdulillah, Allah kurniakan aku dengan mak dan bapa saudara yang bagus-bagus begitu juga dengan sepupu-sepupu. Mereka yang banyak membantu dan menyokong aku. Tak lupa suami tercinta...yang setiap saat bersamaku tanpa hirau penat lelah dah. Terima kasih kepada Paknjang yang bertindak sebagai jurucakap majlis. Kesian paknjang dengan kakinya yang sakit.


Paknjang selaku jurucakap sempat lagi buat lawak kekeke...
Paknjang memang terbaik...

Ok, lepas ni sibuk nak menguruskan urusan kenduri kawin pulak. Semoga Allah kurniakan kesihaan yang baik buat aku. Bukannya apa, semalam, pinggang hingga ke hujung kakiku sudah jammed. Rasa nak menangis....sakit sangat-sangat. Hari ni terpaksa aku bercuti sebab tak mampu nak berjalan.

Wednesday, January 9, 2013

Lee Chong Wei

Iman : "Ayah jom main badminton. Ayah ambik la Lee Chong Wei ayah." (sambil hulur raket badminton kepada ayahnya).

Ha???

Aku dah tergelak guling-guling.
Rupanya anak aku ingat, raket badminton tu orang panggil Lee Chong Wei. Hahahaha.

Friday, January 4, 2013

Botol Susu

Di kedai Anakku; aku mencri botol susu baru untuk Iman.

Aku : Kalau boleh saya tak nak beli botol susu lagi...anak saya dah 3 tahun. Ingat nak stop guna botol susu.

*Diam*

Aku : Dah 2 kali beli feeding cup tapi tak guna pun.

Salesgirl : Anak saya sampai Darjah 6 masih hisap botol susu.

Aku : (Betui ke ni?) Oh, lelaki ke perempuan?

Salesgirl : Lelaki. Masuk Tingkatan 1 baru dia stop hisap botol susu.

Aku : Oh (terus cepat-cepat capai botol susu untuk Iman).


Takkan sebab maknye kerja di Anakku, anaknya sampai Darjah 6 dok hisap botol susu lagi? Aik?

Aku dah rasa tak bersalah belikan botol susu baru buat Iman. Heeee. Tapi betui ke citer salesgirl tu?

Tuesday, January 1, 2013

Nilai-nilai Murni

Salam 2013.
 
Bila kita ada anak kecil di rumah, kita akan diterapkan dengan nilai-nilai murni setiap hari.
Tak percaya?
Betul.....
 
Balik-balik kita akan kena tengok Upin Ipin, Boboiboy, Sheen the Sheep, Timmy, Pororo, Pocoyo, Special Agent OSO, Doc Mc Stuffin dan macam-macam lagi rancangan di Disney Channel.
 
Takder masa dah ko nak tengok sinetron yang dengki busuk hati, jegil-jegil mata; atau cerita omputih yang sikit sebanyak pasti ada adegan bercium atau berpeluk; atau cerita Melayu yang asyik berkisar cinta bersegi-segi.
 
Ko nak tak nak ko kena layan anak. Anak aku cuma kasi aku tengok berita dan Discovery Channel. Anak aku nak aku dan suami jadi mulia.
 
Tapi ada jer pilihan untuk jadi keji....bergaduh dengan anak, tukar channel dan biar anak melalak. Aku tahu Tuhan dah tunjukkan jalan untuk aku supaya menerap kembali nilai-nilai murni di dalam diri yang kian terhakis.
 
Aku insaf. Sekarang aku sedang menonton Shaun the Sheep sambil cuba tersenyum.
 
Selamat Tahun Baru 2013.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...