Pages

Thursday, December 30, 2010

Tekanan Perasaan

Rawat tekanan perasaan dengan kasih sayang



Oleh Dr Fariza Md Sham


BERITA kematian pelajar Malaysia di Mesir, Mohammad Ishak kerana disyaki dibunuh rakan senegara dan dipercayai terlalu tertekan, menggemparkan masyarakat. Peristiwa tragis ini bukan kes pertama membabitkan pembunuhan akibat masalah tekanan hidup dan banyak kes ngeri juga berlaku dalam negara kita.



Ia sebahagian daripada bukti menunjukkan masalah tekanan sudah mula melanda masyarakat Malaysia dan keadaan ini jika tidak dibendung boleh memberi kesan buruk kepada masyarakat. Antara golongan harus diberi perhatian ialah generasi muda supaya mereka tidak mewarisi budaya hidup dalam tekanan ini.



Ada pelbagai takrif diberikan pengkaji mengenai tekanan dalam usaha memahami fenomena tekanan. Dalam Lisan al-Arab, istilah tekanan disebut sebagai dhagt. Mu’jam ‘Ilm al-Nafs menjelaskan makna dhagt sebagai keadaan jiwa yang mengalami pergolakan dan kegelisahan amat dalam.



Dictionary of Behavioral Science mendefinisikan tekanan sebagai suatu keadaan fizikal atau tekanan mental yang menyebabkan perubahan dalam sistem saraf autonomi. Definisi ini selari dengan huraian Morstt & Furst, mengenai tekanan. Beliau menyatakan bahawa tekanan adalah suatu keadaan yang dipengaruhi gangguan mental dan emosional yang boleh mewujudkan keadaan tidak selesa atau tegang jika keadaan itu tidak mampu ditanggung tubuh badan.



Dalam A Dictionary of Human Behaviour pula, memberikan definisi tekanan sebagai ketegangan fizikal dan psikologi yang berpanjangan untuk suatu masa, yang boleh menggugat keupayaan seseorang mengendali suatu keadaan.



Ahli psikologi Islam pula, al-Ghazali dalam Ihya’ ‘Ulum al-Din, al-Razi dalam al-Tib al-Ruhani, Ibn Arabi dalam al-Futuhat al-Makiyyah,Muhammad ‘Uthman Najati, Muhammad ‘Izuddin Taufik, Samih Atif al-Zin dan Hassan Langgulung melihat tekanan emosi dari sudut kegelisahan jiwa manusia seperti gelisah, kecewa, bimbang keterlaluan dan takut. Perasaan itu wujud kerana hati manusia tidak beriman kepada Allah atau hati manusia tidak reda dengan ujian Allah.



Di samping itu, tekanan juga dikaitkan dengan penyakit hati seperti hasad dengki, sombong, ujub dan riak. Kisah dalam al-Quran turut menggambarkan tekanan yang berlaku kepada masyarakat. Misalnya, kisah nabi ketika menyampaikan dakwah Islamiah menerima tekanan masyarakat kufur dan peristiwa tertentu berlaku terhadap orang beriman.



Ada juga pandangan mengenai tekanan berdasarkan persepsi seseorang terhadap sesuatu perkara atau pengalaman. Mereka mengatakan, tekanan berlaku disebabkan persepsi individu terhadap sesuatu peristiwa atau pengalaman.



Pengalaman tidak menyenangkan sewaktu alam kanak-kanak seperti hukuman atau denda yang keterlaluan boleh mengakibatkan remaja mengalami tekanan.



Orang yang mengalami tekanan sering menghadapi masalah kesihatan. Mereka akan mengalami sakit kepala, lenguh badan, letih dan sesak nafas. Kajian Muhammad Shah Burhan mengenai kesan tekanan terhadap remaja dari sudut fisiologi mendapati mereka sering mengalami masalah kesihatan seperti sakit perut, sakit kepala dan bisa seluruh badan.



Simptom dan tanda fizikal lain ialah kaki dan tangan kerap berpeluh, cepat berasa letih dan tidak bermaya, tidak nyenyak tidur, berat badan susut atau berat badan naik mendadak, sesak nafas dan tangan sering menggeletar.



Tanda itu menyamai tanda dikemukakan Dr Kasmini Kassim dalam bukunya Psikiatri Kanak-Kanak, iaitu, rasa loya, sakit perut, cirit-birit, muntah, pening kepala, mulut rasa kering, degupan jantung semakin cepat, tapak tangan seram sejuk, berpeluh, kerap kencing dan rasa hendak pitam.



Menurut Muhammad ‘Izuddin Taufik dalam bukunya bertajuk al-Ta’sil al-Islamiyy lil Dirasat al-Nafsiah, antara tanda jasmani orang yang mengalami tekanan emosi akibat kerisauan keterlaluan ialah lemah badan, gangguan tidur, denyutan jantung dan pernafasan. Gangguan pergerakan seperti menggigil, suara atau teriakan, sakit mental dan fizikal seperti sakit kencing manis dan tekanan darah tinggi, hilang selera makan dan kekurangan berat badan.



Dari aspek psikologi pula, simptom tekanan boleh dikenal pasti melalui tindak balas psikologi seperti berlaku perubahan emosi, perasaan tidak puas hati, mudah marah, berasa kecewa dan berputus asa dan murung.



Pakar Psikiatrik Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), Dr Ainsah Omar, dalam pembentangan kertas kerja mengenai tekanan dalam Wacana Wanita anjuran Majlis Perunding Wanita Islam Malaysia, Yayasan Dakwah Islamiah (Yadim) 2001, menyatakan antara kesan tekanan daripada aspek tingkah laku ialah penyalahgunaan dadah, meminum minuman keras, menghisap rokok dan bermasalah dalam perhubungan sosial.



Pelajar yang mengalami tekanan jiwa juga tidak tahu cara belajar yang betul, tidak ada minat dan dorongan untuk belajar, ponteng, marah, merosakkan harta benda sekolah, merokok dan menggunakan dadah. Mereka bertindak demikian sebagai cara untuk mengurangkan tekanan yang dihadapi. penyalahgunaan dadah.



Berdasarkan simptom dan tanda tekanan, individu mengalami tekanan boleh dihidu lebih awal. Oleh itu, anggota masyarakat terutama ibu bapa, guru, rakan atau orang yang rapat dengannya boleh membantu mereka yang sedang tertekan.



Layanan emosi dan sokongan sosial keluarga terdekat seperti ibu bapa, guru dan rakan amat perlu. Memberi perhatian dan kasih sayang kepada individu mengalami tekanan boleh memberi kekuatan emosi kepada mereka.



Asas ini diletakkan al-Quran melalui firman Allah yang bermaksud: “Dan antara tanda (yang membuktikan kekuasaan dan rahmat-Nya) bahawa Dia menciptakan untuk kamu isteri daripada jenis kamu sendiri supaya kamu hidup bahagia dengannya dan dijadikan-Nya antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan kasihan belas. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang yang berfikir.” (Surah al-Rum, ayat 21)



Agama Islam menganggap asas perhubungan di antara manusia adalah berdasarkan perasaan belas kasihan serta kasih sayang sesama manusia lebih-lebih lagi antara ibu bapa dan anak.



Menurut Imam al-Ghazali, kasih sayang boleh menjinakkan hati. Ia membuktikan bahawa kasih sayang boleh melembutkan hati yang keras dan merawat perasaan tertekan. Jika perasaan kasih sayang ini luput daripada keluarga dan masyarakat, maka akan merenggangkan ikatan yang terjalin di antara mereka (ahli keluarga dan masyarakat).



Oleh itu, individu yang mengalami tekanan boleh dikurangkan melalui perhatian dan kasih sayang ibu bapa, guru atau rakan. Dengan perhatian dan kasih sayang, berasa mereka dihargai dan diberi perhatian.



Seterusnya, Imam al-Ghazali menyatakan, kata-kata lembut berisi rahmat dan kasih sayang sangat menyentuh hati dan perasaan sehingga meninggalkan kesan mendalam dan mampu mengarah kepada perubahan lebih baik.



Dalam konteks mengawal tekanan di peringkat remaja supaya anak tidak mengalami tekanan apabila berhadapan dengan cabaran hidup, di samping ibu bapa memberikan kasih sayang ibu bapa juga bertanggungjawab mengawal tingkah laku anak.



Keseimbangan perhatian dan kasih sayang dengan kawalan terhadap anak boleh memberikan kestabilan emosi kepada anak terutama anak remaja yang mengalami masa perubahan daripada pelbagai aspek.



Permasalahan berkaitan kejiwaan pada peringkat kanak-kanak dan remaja perlu diberi perhatian kerana akibat jangka panjang akan lebih buruk iaitu wujud satu kelompok masyarakat yang hidup dalam tertekan. Sudah tentu kita tidak mahu peristiwa menyedihkan seperti berlaku kepada pelajar kita di Mesir akan berulang lagi.



Penulis ialah Ketua Jabatan Pengajian Dakwah dan Kepimpinan Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia

Sunday, December 19, 2010

Terkenang-kenang

Banyak perkara yang aku nak paparkan di sini tapi disebabkan kesibukan berganda, semuanya hilang macam tu saja.

Sudah sebulan mak pergi meninggalkan kami. Rindu pada mak tak payah ceritalah. Setiap pagi, lepas Subuh aku akan call mak. Sekarang, bangun pagi aku macam terpinga-pinga. Pegang telefon, dan mulalah air mata meleleh.

Setiap hari apa saja yang berlaku dalam lingkungan kehidupan aku pasti aku akan ceritakan kepada mak. Tak pernah missed. Sekarang aku kena fikir, nak cerita pada siapa? Habisnya aku telan sendiri semua suka duka yang terjadi.

Banyak sungguh dugaan untuk keluarga kami di penghujung tahun 2010. Selepas mak meninggal, Paklang pulak sakit diikuti dengan abg dan Hermawan yang kemalangan. Alhamdulillah, semuanya berakhir dengan kebaikan. Tapi hati terus berdebar sebab masih ada 2 minggu sebelum 2011 menjelma. Mohon pada Allah semoga tidak ada lagi berita-berita sedih dalam keluarga kami.

Rumah mak di GP tinggal kosong macam tu saja. Nak harapkan aku dan abg berulang kerja dari sana memang tak mampu. Selain faktor masa dan keletihan, faktor kos juga kena ambik kira. Pi mai pi mai, duit minyak kereta saja dah RM500 bila kami duduk sana. Cuma Sabtu dan Ahad sajalah yang dapat kami balik jenguk rumah mak ayah.

Aku pun kadang-kadang tak faham. Adik-adik belum ada komitmen tapi depa pun tak nak balik GP. Suka sangat depa duduk di rumah Maklang aka Tok. Aku sedih tengok rumah mak ayah yang terbiar. Harap sangat Jumaat, Sabtu dan Ahad adik-adik aku balik dan duduk di sana sementara depa masih cuti semester. Itu sajalah kenangan mak ayah yang masih ada. Tapi aku tak suka paksa adik-adik. Bagi aku depa dah besar panjang. Dah ada akal untuk berfikir mana yang baik dan mana yang buruk.

Batu nisan mak belum tempah. Rasanya dah boleh tempah, dah genap sebulan. Biasanya lepas sebulan baru boleh letak batu nisan, tunggu tanah kubur kejap dulu. Ingat hari ni aku nak balik seberang tempah batu nisan. Aku masih ingat lagi tahun lepas sewaktu kami ke kedai untuk tempah batu nisan ayah. Mak punyalah takut sampai pekedai tu nak bagi business card pun dia tak nak ambik. Tapi kita manusia, akan mati. Tengok tahun ni aku pulak buat tempahan untuk batu nisan mak. Esok-esok, adik-adik pulak tempah batu nisan untuk aku. Nasib baik kali ni mak tak wasiatkan aku suruh letak batu sungai di kuburnya. Kalau tidak jenuh aku nak cari. Dulu, untuk ayah, kawan kami yang tolong carikan. Bukan sembarangan boleh kebas batu sungai, silap haribulan ada yang ikut balik. Batu sungai di kubur ayah timbul selepas kawan aku bacakan ayat suci Al Quran masa kami sama-sama di sungai.

Ok, dah penat menaip. Iman dah seminggu tak nak tidur malam. Pukul 5 pagi baru tidur. Hari ni pun sama. Dalam masa jaga Iman, aku terlelap. Tengok-tengok Iman dah kunyah kertas resit bank. MasyaAllah. Aku korek mulut Iman, cuma dapat secebis kertas biru. Yang lagi secebis dah selamat masuk perut Iman. Ya Allah, janganlah Iman sakit perut sebab termakan kertas. Macam-macam lah.

Wednesday, December 1, 2010

Boring.

Aku terpaksa bercuti seminggu. Terpaksa ikut abg training. Boss aku macam berat nak lepaskan aku. Tapi aku buat muka tebal 4 inci. Semua sebab anak. Aku tak mampu handle Iman seorang diri. Tulang belakang dan kaki aku tak kuat. Tanpa abg, aku akan jadi statik.

Bosan amat terperap dalam hotel menanti cukup seminggu. Dengan anak ini, aku tak dapat bergerak laju-laju. Jawabnya nak makan pun kais apa yang ada. Alamak! Mulalah pening-pening, dengan tak cukup makan dan tidur.

Kalau mak masih ada, tentu seronok. Mak boleh ikut kami. Tapi perancangan tinggal perancangan. Kuasa Allah mengatasi segalanya.

Kawasan sekeliling memang mengujakan untuk orang yang suka shopping. Aku tak minat shopping, cuma rasa jugalah nak beli satu dua benda untuk Iman.

Yang teruja lebih-lebih adalah si Iman. Melompat-lompat. Aduh! Anakku, mama suka tengok Iman aktif, tapi kesianlah pada mama kodi ni.

Tapi kesian abg, demam. Mungkin letih sebab sejak dua minggu lepas memang kami sentiasa sibuk, tak sempat rehat. Tambahan pula abglah segalanya yang menjaga Iman.

Emm...macam manalah Ramli MS yang hidupnya memang di hotel. Membosankan.

Monday, November 29, 2010

Selamat Tinggal Mak yang Dikasihi.

Mak dah tak ada. Mak dah pergi tinggalkan kami. Aku sedih, terkejut dan jadi keliru. Walaupun kononnya aku dah lama bersedia menerima sebarang kemungkinan yang akan berlaku pada mak.

Pagi sebelum mak tenat, mak sms aku suruh bawakan tuala. Masa Izat jaga mak di hospital mak juga sempat pesan suruh aku belikan adult diaper. Aku tertanya-tanya. Mak dah tak boleh berjalan ke? Sebab sehari sebelum tu mak ok, cuma lemah sikit sebab tak ada selera makan. Demam pun dah kebah. Cuma tunggu nak keluar dari wad. Tiba-tiba mak tak boleh bernafas.

16 hb November 2010, pukul 8 pagi, mak telah meninggalkan kami semua. Esoknya 17 November 2010, hari ulang tahun perkahwinan aku dan abg yang ke-10, juga bersamaan Hari Raya Aidiladha.

Terima kasih kepada Maklang yang banyak membantu sejak mak masuk wad. Begitu juga pada Pakngah, Makngah, Paknjang, Makndak dan Maksu yang memudahkan lagi pengurusan pengkebumian mak.

Bila dah tiba masanya, sesaat pun kita tak kan dapat lari. Selamat tinggal mak yang dikasihi. Selamat bersemadi di samping ayah seperti yang mak impikan selama ini. Kami tak akan putus untuk mengirim 'hadiah' untuk mak dan ayah yang kami kasihi, insyaallah.

Sunday, November 14, 2010

Oh Tuan Doktor di GH

Ada satu hari Iman demam panas, memang panas. Kebetulan aku di GH melawat mak, terus kami bawak Iman ke casualty. Suhu badan Iman tinggi. Nurse minta aku jelum Iman. Iman menjerit-jerit tak nak, tak selesa. Kemudian doktor kata Iman kena admit. Keputusan ujian darah Iman tak berapa cantik. Tenggelam punca punya pasal, kami setuju.

Terus-terang, aku benci admit di GH. Nurse kebanyakan belagak macam badak sumbu. Orang masuk wad dah jadi macam pengemis. Doktor dan pakar ok. Baik-baik.

Mula sekali doktor check telinga Iman.

"Kak, telinga anak kak berdarah, kita panggil otitis media."

Aku pandang abg, abg pandang aku. Aku cium telinga Iman. Tak ada bau. Belek-belek telinga Iman. Tak ada discharge.

"Betul ke ni doktor? Apa punca otitis media? Tak ada simptom pun."

"Betul kak, nanti Pakar datang dia akan explain."

Konfiden betui dia.

Pakar Paedatrik datang terkedek-kedek. Pakar check telinga Iman. Doktor tadi kena marah. Itu bukan darah, itu tahi telinga @ ear wax.

Aku geleng kepala sambil senyum. Ngok ngek punya doktor, nasib baik hang baik, tak belagak macam badak sumbu. Lepas pada kejadian itu, doktor tersebut kelihatan malu dan cuba mengelak daripada bertembung dengan kami. HAHA.

Saturday, November 13, 2010

Mak Masih di Wad

Sudah hampir 2 minggu mak di wad. Mak dah dipindahkan ke bilik isolation. Ada jangkitan kuman. Kesian mak. Malam-malam Izat pi jaga mak. Terima kasih Izat. Aku tak mampu jaga mak waktu malam. Iman tak dak sapa nak tengok.

Mak selalu call aku sambil menangis. Aku faham perasaan mak. Bosan, menahan sakit lagi, tentu amat tak selesa. Aku hanya mampu suruh mak bersabar.

Bila kita jatuh sakit, baru kita tahu siapa kawan siapa saudara. Kawan mak dari jauh pun ada yang datang melawat. Mak rasa gembira. Aku tahu mak rasa sedih, ada saudara yang dekat pun sikit tak tanya khabar. Tak apalah mak, tak payah fikir sangat. Hidup macam tu lah. Bersyukurlah masih ada saudara lain yang ingat akan mak dan selalu datang melawat. Mungkin depa terlalu sibuk dengan kerja. Bersangka baiklah.

Ntahlah, mungkin mak akan terus berada di dalam wad sampai ke tarikh pembedahannya. Kesian mak. Raya Haji pun mungkin tak boleh keluar wad.

Semoga mak sabar dengan dugaan yang menimpa mak ini.

Saturday, November 6, 2010

Cepatnya.

Minggu ni mak masuk wad, buat angiogram. Tak disangka doktor minta mak stay dalam wad dan proceed dengan second surgery. Eh! Mana boleh macam tu. Sapa yang nak jaga mak nanti. Kelam-kabut jugak aku bila mak maklumkan pada aku pagi tu.

Semalam, setelah berbincang dengan adik-adik, suami dan maklang, kami sepakat supaya surgery dibuat bulan Disember. Pakar dah beri persetujuan. Mak akan keluar wad dulu.

Iman demam panas. Teruk. Tak tahu demam panas biasa atau luar biasa. Harap yang biasa-biasa sudahlah. Aku letih jadinya. Minggu depan ada conference lagi kat KL.

Oh! Aku selalu rasa hidup ini amat meletihkan. Aku ingin berehat. Tenang. Sambil senyum-senyum.

Monday, October 25, 2010

Yey! Kami dapat sorang SEKOQ.

Baru-baru ni tempat kerja aku menganjurkan sebuah workshop. Peringkat kebangsaan gak la dan bertempat di hotel 5 bintang (macam ler orang heran hehe).

Memang sibuk sangat kami time tu dan terutamanya sehari sebelum tu; buat rehearsal sampai tengah malam. Masa rehearsal semua pakat bawak suami dan anak-anak. Kononnya memberi sokongan moral. Walhal masing-masing buat trick nak balik awal. Boleh bagi alasan anak ngantuk, suami  ngantuk. Sayangnya Boss tak bawak pulak suami dan anak-anak. Mahu tak mahu semua kena tunggu rehearsal selesai baru boleh balik. Para suami mata semua merah tahan mengantuk, anak-anak buat bising sebab depa dah bosan.

Hari pertama di situ aku dah dapat rasakan ada sesuatu yang tak kena. Ada sesuatu yang memanjat belakang aku dan duduk di bahu kanan. Cara panjatannya sangat perlahan, macam sloth @ kongkang pun ada. Akhirnya dia akan duduk di atas bahu. Cuma aku tak nampak gerangan apakah yang memanjat belakangku. Walaupun aku tak rasa sakit, aku rasa tak selesa. Aku rasa aku bawak monkey ke sana sini. Tapi aku diamkan saja. Mana tahu itu cuma perasaan aku.

Akhirnya tamat workshop dengan jayanya, alhamdulillah. Tapi sang monkey terus panjat dan turun dari belakang aku. Sekejap dia naik balik. Hampeh betul. Nak tengok, mata aku dah tak nampak dah benda-benda tu sekarang ni, kadang-kadang saja nampak. Nak panggil paknjang nanti buat kena gelak.

Tiba-tiba sorang kawan terbuka cerita. Katanya di bahu dia macam ada benda duduk dan tangannya sakit sampai lengan. Sorang lagi pulak turut bercerita, bahu kanannya sakit sampai ke tengah belakang. Sorang lagi pulak berat sebelah bahu kanan dan pijar kedua-dua tangan.

Yey! Confirm! Kami dah ada sorang sekoq!

Waktu aku nak ke rumah tukang urut, monkey tu aku rasakan melompat-lompat macam beruk kena belacan di belakang aku. Hahaha. Takut kot.

Wednesday, October 13, 2010

Kepow!

Bertenang.
Bukannya bertendang.

Bertenang.
Bukannya berganyang.

Amir accident dah masuk dekat 2 minggu. Kesian aku tengok adik aku tergolek saja di rumah. Kaki berjahit dan ada patah sikit. Tapi keadaannya hampir sembuh. Cepat-cepatlah adik aku tu sembuh supaya dia dapat balik ke kolej. Sudahlah final semester. Takut pelajarannya terganggu. Aku tengok Amir asyik main FB.

Mulanya Amir dah dapat surat untuk ke Pakar Orthopedik. Aku bawa Amir jumpa tukang urut patah dulu. Faham-faham sajalah bila dah masuk hospital, benda kecil pun boleh jadi bapak gabak. Tukang urut beritahu tulang kaki Amir pecah sikit saja. Adalah disapunya minya dan dibandage. Yang bestnya sorang lagi perawat dok asyik tanya adik aku tu accident di kawasan mana. Rupanya ada yang menurut pulang.

Perawat yang satu lagi tu dah tolong buangkan si penurut tanpa disuruh tu. Rasanya? Tanyalah Amir, dia saja yang tahu hehe.

Mak mula bebel. Mak kata dah banyak kali mak pesan supaya adik jangan suka balik lewat malam. Malam kejadian, Amir tunggang motor dengan kawan untuk balik ke rumah nak ambil road tax. Dah dekat pukul 11 pm lebih.

Amir ni jenis tak tahu takut sikit. Tapi aku rasa lepas ni mesti dia akan lebih berhati-hati. Malang tu tak berbau. Nasib baik adik aku bawa motor 40-50km/jam. Kereta langgar pun, dia terpelanting tak teruk sangat. Kalau dia bawa motor laju, impaknya tentu lebih teruk.

Aku terkenang kisah lama, zaman aku muda-muda. Aku suka bawa motor melilau sorang-sorang di KL waktu malam. Pernah jugak aku melilau jam 12 tengah malam. Aku isi minyak penuh-penuh, kemudian aku akan ronda sampai aku penat. Mak dan ayah tak pernah tahu peel aku ni. Bila aku bosan, sedih, tension, lagi panjanglah langkah kaki aku.

Betullah, zaman muda jarang aku berfikir panjang. Kalau sekarang, suruh buat macam tu, eee tak nak la..Macam-macam bahaya menanti. Dahla aku perempuan. Tak pernah terlintas di fikiran aku perkara-perkara buruk yang boleh berlaku terhadap diri sendiri. Sepanjang highway sudahlah gelap. Tapi alhamdulillah, tak pernah berlaku apa-apa. Mungkin berkat doa mak dan ayah. Aku juga sebelum keluar meronda akan baca doa dan macam-macam lagi hehe. Risau sangat kalau Iman akan ikut peel aku ni.

Ok, harap adik aku cepat sembuh. Jangan ngada-ngada sangat. Banyakkan berjalan perlahan-lahan. Takut nanti bertukar jadi batu lak hehe. Dah asyik semua mak, mak, mak, MAK.

Sunday, October 10, 2010

Baru 4 hari

Baru 4 hari aku menghadiri workshop; maknanya aku tak masuk ofis. Apa jadi? Tunggang-langgang, lintang-pukang hanya disebabkan seorang manusia yang harus aku panggil beruk.

Staf-staf lain naik angin, marah-marah dan tak puas hati dengan manusia siluman ini. Datangnya kembali lambat...dah hampir-hampir lunch time. Punch card pun tiba-tiba rosak. Ajaibnya. Lebih ajaib punch card rosak kali terakhir si siluman ni punch.

Aduh! Pening kepala. Kerja tak dibuatnya. Cakap depan aku bukan main lembut, baik. Di belakang, kerja semua tak jalan. Aku pening sebab deal dengan benda hidup bukan sama dengan objek pegun. Kalau kau tak bagi makan dan minum, matilah benda hidup ni. Kalau kau tak biakkan, mana nak dapat anak untuk penuhi permintaan.

Harus aku sumbat si siluman ini ke dalam sangkar dan beri dia makanan arnab.

AKU BENGANG!

Tuesday, September 28, 2010

Bersawang

Lama aku tak update blog. Sampai dah bersawang kot hehe. Tak dan. Tak cukup tangan nak buat itu ini. Iman makin membesar. Makin aktif. Lepa sat saja, Iman dah ada bawah meja. Tak pun tergolek kat mana-mana dok tarik itu ini. Tapi masalahnya, walaupun makin dok hambat Iman, badan aku bertambah bulat macam bola. Tension betui. Sampai anak jiran sebelah rumah tanya aku "Kak mengandung lagi ka?."

Ceh! Ada ka patut tanya macam tu. Terkulat-kulat aku malu. Aku kata "Inilah lemak dik oi, lemak...hang jangan buat tak tau."

Ni dok menaip pun, si Iman dok tolong taip sama. Iman memang pantang tengok laptop, minat sungguh. Biasalah budak, dia nampak ada warna-warna, bergerak-gerak, tertariklah dia.

Selamat Hari Raya untuk semua sahabat blog. Tak dan jugak aku nak ucap sebelum ni. Aku kalut nak balik raya kat Terengganu. Sampaikan esok nak balik, esok tu jugak baru packing. Macam The Flash.

Cerita masa nak balik raya hari tu aku sedih gak la. Sebelum nak balik raya aku demam. Sepupu aku beriya-iya pesan suruh aku buat kek. Dengan badan longlai, kepala berat, aku pun gagahkan jugak diri buat kek kat dia. Tup tup bila sampai sana, dia tak mau ambik kek yang aku buat.

Masa dia kata tak mau ambik kek aku tu, aku rasa macam nak menangis. Abg pandang saja aku. Abg tau aku kuciwa. Aku punyala pulun nak buat jugak kek untuk sepupu aku tu. Buat habis baik punya. Tapi takpala, itulah kali terakhir aku buat kek untuk dia, lepas ni sori naik lori la hahaha. Sori ya, lepas ni tak mau buat dah apa-apa. Nasib baik biskut yang dia pesan aku tak dan buat. Kalau tidak, aku keriau guling-guling atas lantai.

Minggu ni minggu yang memenatkan. Alamak! Iman nangis lak. Ok, sambung nanti...bila ntah la. Haha.

Saturday, August 28, 2010

Sambungan Hari tu

Hari ni aku demam. Ni tengah tunggu nasi masak. Masak untuk sahur. Tadi petang aku tak boleh bangun langsung. Aku dan Iman tergolek sampai abg balik dari kerja. Iman pun demam jugak. Majlis berbuka puasa kat rumah tok pun aku tak pi. Nasib baik ada yang baik hati mai hantar nasi beriyani yang Pak Ngah belanja kat kami. Abg tak pi berbuka kat sana sebab dia tolong tengok Iman.

Aku jadi lemas bila baca suratkhabar semalam. Isteri kepada suami yang sakit jiwa yang sembelih anak tu sedia memaafkan suami dia dan menerima kembali suaminya. Bab minta maaf tu oklah...aku boleh terima. Bab sanggup terima semula tu yang buat aku seram sejuk.

Macam Pulasan bagi pendapat tu aku setuju. Tapi aku takut ahli keluarga dia tak dapat jaga dia seperti arahan doktor. Isteri dia tak takut ke silap haribulan suami dia sembelih dia pulak Hari Raya Korban nanti sebab ingat dia lembu. Baik hantarlah pi wad psikiatri.

Macam pemuda yang penggal kepala bapa dia bawak naik bas ekspres tu...alahai, muka punya hensem tapi mereng. So, pada yang belum kawin baiklah siasat latar belakang keluarga buah hati hangpa semua. Bukan nak hina orang sakit mental, tapi eloklah jangan cari reba. Dulu-dulu kebanyakan orang sakit mental ni disebabkan genetik. Tapi sekarang ni ramai sangat yang sakit mental sebab dadah. Nauzubillah, minta dijauhkan.

Thursday, August 26, 2010

Dunia Akhir Zaman

Takut aku nak tengok Buletin Utama atau baca suratkhabar. Setiap hari ada saja berita menyedihkan. Air mata aku asyik mengalir saja.

Baru saja terkejut dengan berita budak mati tersangkut di pokok akibat letupan mercun, terkejut lagi dengar berita budak disembelih bapa sendiri. Ya Allah, aku rasa tak nak tahu apa-apa yang berlaku di sekeliling aku. Sudahlah hari-hari ada saja berita orang buang anak, kena rogol, kena bunuh, kena rompak, kena kejar dengan along, kena tipu dengan MLM (yang ni padan muka, sapa suruh cari reba).

Impian aku, bangun saja tidur, semua berita indah-indah belaka, yang positif sahaja.

Impian tinggal impian sajalah.

Sunday, August 22, 2010

Puasa...Kecik

Aku bersyukur, tahun ni dapat aku menjalani ibadah puasa. Tahun lepas memang aku tak puasa langsung; keadaan aku tak menentu sebab pregnant. Memang aku kena ganti puasa dan bayar fidyah lepas ni sebab aku cuma mampu ganti 1 hari sahaja sebelum Ramadhan kali ni menjelma.

Alhamdulillah. Ada juga yang prihatin dan ciptakan cara mudah untuk mengira fidyah. Aku selalu pening-pening bila nak kira jumlah fidyah yang perlu dibayar. Kalau lebih, tak apa. Takut terkurang. Sesiapa yang nak kira fidyah boleh klik sini Kalkulator Fidyah

Betullah tu. Aku banyak juga tinggal puasa lepas berkahwin disebabkan masalah kesihatan. Setakat ni semua puasa dah aku ganti termasuk membayar fidyah kecuali puasa tahun lepas. Biasanya aku akan bayar fidyah kepada orang di Terengganu. Ramai orang yang betul-betul susah kat sana. Kalau kat Penang ni, kebanyakannya mengaku susah tapi kat rumah pakai tv LCD. Wow! Aku pun tak mampu beli hehe.

Puasa tahun ni juga banyak menguji kesabaran aku. Apa lagi kalau bukan sebab staf aku sorang yang tersangatlah aku 'sayang'. Dalam bulan puasa yang mulia ni pun dia masih nak kelentong aku dalam hal-hal kerja. Kesian, muda-muda dah jadi penipu. Semoga Allah akan beri hidayah kepada staf yang 'amat aku sayangi' ini.

Kecik (nama samaran) ingat aku ni pemalas macam dia. Dia tak tahu setiap hari aku akan round kawasan awal-awal sebelum depa start bertugas. Tengahari tu aku bagi arahan kepada dia untuk buat tugasan. Seperti biasa dia akan berlagak taat dan pergi buat cepat-cepat. Kononnya petang tu aku akan check dan hari yang berikutnya aku tak akan check tugasnya lagi.

Esoknya pagi-pagi lagi aku dah rasa bengang bila tengok tugasan yang aku beri tak diikut. Stok dah tak ada tapi Kecik ni langsung tak ada rasa tanggungjawab. Boleh dia tanya aku "Kena buat ka?".

Kalau aku ni Ultraman, dah lama Kecik jadi ayam golek hangus. Aku cuma angguk. Aku marah tapi tahan dalam hati. Memang aku seorang yang jarang marah. Sekali aku lepaskan kemarahan aku, rasanya pecah ofis. Setakat ni aku masih boleh bersabar. Rakan aku dah faham sangat perangai aku. Katanya "Meh kita bagi warning letter jer kat makhluk ni. Melampau tak ingat dah ni".

Aku cuma senyum dan berlagak cool. Kata aku "biaqla dulu."

Aku nak tengok sampai lama mana Kecik akan tunjuk perangai dia. Aku baru dapat tahu sebelum ni Kecik pernah dipindahkan dari jabatan lain kerana sikap yang serupa. Lebih teruk dia bergaduh dengan boss lamanya. Mungkin dengan aku dia tak sampai tahap tu lagi sebab aku perempuan. Tapi setiap saat aku akan awasi dia.

Oh puasa....sabarkanlah aku.

Saturday, August 14, 2010

Salam Ramadhan Untuk Semua

Salam Ramadhan untuk semua. Jangan sekadar berpuasa perut sahaja, nanti yang dapatnya cuma lapar.

Sunday, August 8, 2010

Mai Secawan.

Aku serik dah. Jangan suruh aku minum kopi Radix lagi. Mungkin pengalaman orang berbeza. Aku dan mak tak boleh minum kopi Radix. Kami akan jadi 'superman' bila minum kopi Radix. Bila tak minum kopi Radix, kami jadi 'kelepekman'.

Pengalaman aku, aku jadi melepek-kelepek sampai tak buleh jalan bila tak ambil kopi Radix. Tiga hari baru effect tu hilang daripada tubuh aku.

Kata tukang urut, kopi Radix tu kandungan herbanya tinggi dan hanya sesuai untuk orang lelaki. Patutlah.

Aku harap sangat HPA dapat buat kajian semula untuk hasilkan kopi yang bersesuaian dengan semua golongan. Aku suka produk HPA. Tapi kalau sebabkan kemudaratan, tak beranilah aku nak beli lagi. Masa aku surf website HPA pun ada komen-komen macam kes aku juga.

Pengalaman seorang kawan yang terpengaruh dengan iklan Kopi Power. Kawan aku dan suaminya minum kopi dalam iklan tu untuk tengok apa yang powernya. Abih-abih bijik mata yang jadi powercekang tak boleh tidur sampai pagi hahaha. Pergi ofis dah nak tidur pulak. Macam-macamla...

Saturday, August 7, 2010

Lain Bahasa

Pagi tadi aku ada hal. Terpaksa tinggal Iman dengan Abg. Sebelum keluar rumah aku tanak nasi dalam rice cooker. Pesan aku pada Abg "Nanti nasi dah masak, tolong kareh na."

Tengahari aku balik, dah beli lauk siap-siap.

Aku buka tudung rice cooker.

Aku nampak nasi dah ada garis-garis.

Aku tanya Abg " Tadi kareh nasi dah ka?"

Abg "Dah, dah, abg dah garis-garis nasi tu hehehe."

Aku tak tau nak gelak ka nak apa. Hahaha.

Kareh = gembur

Sunday, August 1, 2010

Makanan yang dapat menurunkan Kolesterol JAHAT!

Hehe, terpaksalah aku highlightkan perkataan kolesterol JAHAT. Sebabnya ramai dah salah faham. Depa ingat bila sebut kolesterol, semuanya tak baik. Salah tu, badan kita masih memerlukan kolesterol.

Artikel kat bawah ni aku cilok dari mana entah, tak ingat. Tapi bolehlah menambah pengetahuan tentang mengurangkan kadar kolesterol JAHAT (LDL).


Bagi yang ingin menghindari masalah kolesterol ada baiknya jika anda mula mempertimbangkan makanan sihat antikolesterol. Berikut disenaraikan beberapa makanan terbaik yang boleh membantu menurunkan kadar kolesterol dan melindungi serta pembuluh darah anda.

Bubur gandum dan oat.

Oat mengandungi serat larut (soluble fiber) yang boleh menurunkan kolesterol tidak baik (LDL) anda. Soluble fiber juga boleh ditemui pada makanan lain seperti kacang buncis, epal, buah pir, barli dan buah prun. Serat yang larut diyakini mampu menurunkan penyerapan kolesterol dalam proses pencernaan anda. Mengambil 10 gram lebih serat larut setiap hari dapat menurunkan kadar LDL. Setiap 1 ½ cawan oat yang anda makan mengandungi 6 gram serat. Jika anda tambahkan buah-buahan seperti pisang, anda menambah 4 gram lebih serat.

Walnut, badam dan jenis-jenisnya
Pelbagai kajian menunjukkan walnut boleh menurunkan kolesterol dalam darah. Kacang ini mengandungi banyak asid lemak tak tepu (polysaturated fatty acids) yang dapat membuat pembuluh darah tetap sihat dan elastik. Kacang badam juga memiliki kebaikan yang tidak jauh berbeza. Penurunan kolesterol boleh anda rasakan selepas mengamalkan pemakanannya selama empat minggu.

Diet untuk menurunkan kolesterol dengan 20 peratus sumber kalori berasal dari walnut dikatakan dapat menurunkan kadar kolesterol LDL sehingga 12 peratus. Kekacang umumnya berkalori tinggi. Hanya dengan segenggam kekacang yang tidak melebihi 57 gram cukup memberi kebaikan untuk anda. Namun, harus anda ingat, jika anda mengambilnya dengan makanan lain, jangan berlebihan. Makan berlebihan boleh membuat anda kegemukan dan meningkatkan risiko serangan jantung.

Ikan dan asid lemak Omega-3

Banyak kajian yang dilakukan berkenaan dengan asid lemak omega-3 mengatakan bahawa ia mampu menurunkan kolesterol dalam badan. Asid lemak omega-3 mengatakan bahawa ia mampu menurunkan kolesterol dalam badan. Asid lemak omega-3 juga membantu jantung dengan pelbagai cara seperti menurunkan tekanan darah dan menekan risiko pembekuan darah. Pada pesakit yang sudah mengalami serangan jantung, minyak ikan atau asid lemak omega-3 dikatakan berkait secara signifikan dengan penurunan risiko kematian mendadak.

Para doktor biasanya menyarankan memakan ikan minimum dua kali seminggu. Antara sumber makanan yang kaya dengan omega-3 adalah seperti ikan makarel, ikan herring, sardine, tuna albacore dan tuna. Perlu diingati untuk mempertahankan faedah ikan bagi kesihatan, sebaiknya ikan dipanggang atau dibakar di dalam oven.

Minyak Zaitun.

Minyak zaitun mengandungi campuran antioksidan yang berpotensi untuk menekan kolesterol tanpa mengganggu kadar kolesterol baik (HDL) anda. Badan FDA menyarankan agar kita mengambil sekitar 23 gram minyak zaitun setiap hari untuk menjaga jantung agar tetap sihat. Cara terbaik menambah minyak zaitun di dalam menu anda adalah dengan mencampurkannya dengan sayuran, perencah basah atau mencampurkannya dengan cuka sebagai pelengkap salad. Anda juga boleh menyapu sedikit pada daging sebagai pengganti mentega.

Beberapa kajian menyarankan bahawa kesan minyak zaitun dalam penurunan kolesterol adalah lebih besar jika anda menggunakan minyak zaitun tulin. Minyak jenis ini tidak melalui proses pengolahan dan penambahan zat kimia yang diyakini mengandungi lebih banyak antioksidan yang menyihatkan.

(Majalah Mingguan Wanita, Kelab diet, Bil:1289, 01-07 Ogos 2008, m/s 46.

Kelolaan Khairun Nisa Ishak.)

Friday, July 30, 2010

Macam tu pulak.

Orang kita memang terkenal dengan kepelikannya. Kadang-kadang aku rasa depa guna logik terlebih, kadang-kadang tak logik langsung pun ada.

Ramai lelaki Islam tak kisah gunting rambut di salon. Alasan depa bagi "La, tu kan pompuan cina yang gunting rambut...bukan ada apa pun."

Kata kawan aku "Aku ni kalau lelaki Melayu aku seganlah, tapi kalau lelaki cina takpa, aku tak rasa apa kalau depa tengok pun." Sambil tu badan dia diurut oleh pompuan cina dan diperhatikan oleh sorang lagi tukang urut lelaki yang berbangsa cina.

Depa ni guna mazhab apa entahlah. Bagi depa hukum halal haram termaktub untuk sesama orang Melayu saja kot. Rasa malu pun sama, sesama bangsa saja.

Bangsa lain tak dak nafsulah aku rasa....

Wednesday, July 28, 2010

Syhh...Luahan isteri



Sunyi. Betul aku sunyi. Makin lama kawin makin sunyi hidup aku. Bila ayah tak ada lagi-lagi sunyi hidup aku. Dapat anak pun tak dapat mengubat kesunyian aku. Tak tahulah kenapa.

Suami aku bukan jenis nak bercakap sangat (dengan aku saja kot, dengan orang lain ramah lak). Kadang-kadang aku bercakap sorang-sorang macam orang tak betul. Dia buat deeek saja. Aish! Dah persis orang gila aku ni hehe.

Kalau dalam perjalanan ke tempat kerja, suasana dalam kereta macam dalam kubur. Err...yelah kalau dalam kubur aku rasa tak lah sesunyi dalam kereta aku, mesti dung dang dung dang dok kena bantai dengan malaikat.

Tapi, kalau dengan kawan-kawan meriahnya. Walaupun aku lebih banyak mendengar, hati aku rasa happy sangat. Itu sebabnya masa aku tak kerja, duduk lama di rumah, aku rasa macam nak jadi bisu dah. Nak cakap dengan baby bukan dia faham pun.

Eh, eh ini rupanya bukan masalah aku sorang. 3,4 orang lagi kawan yang dah berkahwin pun mengadu masalah yang sama. Depa kata baik cakap dengan pokok, hati tak sakit. Depa baru 3-4 tahun kawin dah mula rasa macam tu...tunggulah 10 tahun kawin macam aku pulak. Rasa kepala dok bawah kaki naik atas tahap bosannya. Aku tak boleh bayangkan lagi 10 tahun macam mana keadaan aku....bila bayangkan terus aku rasa nak menopause la la ni jugak.

Aku rasa ramai pasangan yang dah berkahwin buat silap. Kita jadi ramah terlebih bila dengan kawan-kawan di ofis tak kira lelaki atau dengan perempuan. Tapi dengan orang yang sepatutnya kita bersembang kita buat tak hirau. Buat pasangan kita macam batu atau kayu.

Aku kalau nak happy lebih-lebih kena pi rumah Tok la. Suasana kat sana boleh buat hati sedih jadi gembira hehe. Tapi tak apalah. Hidup perlu diteruskan. Sunyi ka bising ka....aku tak dapat mengubah keadaan. Hai, nasib baik ada kawan-kawan dan blog ni.

Sunday, July 25, 2010

Dah Kenal

Wah! Sibuk betul aku sekarang ni. Tapi aku gembira. Satu hari di tempat kerja, tak terasa masa berlalu. Balik rumah, terus *pengsan* (tidoq ler tu).

Aku dah mula kenal dengan staf-staf aku. Alhamdulillah. Depa baik, dengar kata dan cepat belajar perkara baru yang disampaikan. Cuma ada sorang tu yang buatkan aku nak bawa rotan pergi ke ofis. Jenis ketegaq ni....ketegaq dalam senyum. Mulut mengaku ya, benda yang disuruh tak buat.

Baru aku tersedar hikmah aku sakit hari tu. Bila mula kerja semula aku dipindahkan ke unit baru. Di sini aku yang manage segalanya sendirian. Baguih ler. Dulu ada 2 kepala satu badan. Susah. (Err ini cerita kepala-kepala kecik saja...kepala kuli. Bukan kepala bapak-bapak ya haha).

Banyak aku nak cerita tapi masa tak dak. Aku letih. Nanti-nanti aku sambung (macamla ada orang nak baca blog aku haha. Takpalah, aku syok sendiri).

Monday, July 12, 2010

Aku claimed balik durian tahun lepas!

Tadi aku sembang dengan pakcik cleaner. Kebetulan staf lain semua pergi meeting. Tinggallah aku dok siapkan kerja. Pakcik cleaner pulak dok menyapu dan lap sana sini.

Pakcik ni di sebelah petang jual durian, manggis, dan lain-lain lagi. Aku 'kere' pakcik cleaner. Aku tahu dia pandai bab-bab durian. Aku dah fed-up asyik beli dan dapat durian yang tak elok.

Kata pakcik cleaner, tahun ni durian Balik Pulau memang tak menjadi; tak macam tahun lepas sampai durian jatuh sebiji lima puluh sen sahaja. Wuyo! Masa tu durian Heng Ee (betui ka aku eja) pun jatuh harga. Longgokan durian menyebabkan durian banyak terbuang.

Tahun ni pulak ramai peniaga Cina ambik kesempatan. Durian Balik Pulau tak berapa menjadi, buah tak elok, jadi depa ambik buah Siam campur. Patutlah merata-riti aku nampak signboard "Durian Balik Pulau". Penipu betui....

Pakcik cleaner kata lagi, sekarang time durian Batu Kurau, Perak pulak berbuah dan depa akan ambik durian dari sana.

Aku kejip-kejip mata pada pakcik cleaner sambil pesan durian rm20. Pakcik cleaner kata dia akan pilih durian yang terbaik punya untuk aku! Kalau tak elok boleh tukar yang terbaik punya! Hahaha.
(bab kejip-kejip mata tu aku tipu saja...)

JOM MENDURIAN SAMPAI BERASAP (angan saja lebih).

Sunday, July 11, 2010

OT = overtime ATAU orang tipu?

Suka sangat dia buat OT. Boleh dikatakan tiap-tiap Sabtu dan Ahad mahu OT. Kalau sejam dua kira ok. Tapi kalau sampai berjam-jam macam hari kerja biasa, aku mula rasa pelik.

Beban kerja tak sampai macam tu sekali. Hari biasa pun tidaklah terpaksa bekerja sampai 8 jam.

Nampaknya Sabtu dan Ahad aku pulak kena buat OT pantau dia. Tapi OT aku tak dibayar hehe. Suka dan rela.

Macam-macamlah manusia ni.

Saturday, July 10, 2010

Pakcik yang banyak cakap tu ok. Cuma cakap saja banyak. Kerja pun rajin macam percakapan dia jugak. Tapi, kalau aku suruh apa pun, first dia mesti nak bangkang dan bagi pendapat dia. Jadi, aku terpaksa buat-buat setuju dengan pandangan dia, kemudian aku suruh dia buat kerja. Baru dia ikut. Hehe.

Mamat muka sedih tu minta barang lagi tadi. Aku tahan saja dalam hati nak tergelak. Patut pakcik-pakcik ni selalu perli-perli dia. Semua benda dia nak minta. Kaki report pada boss pun dia juga. Terpaksalah aku layan dia guna kaedah lain pulak. Kerani sound direct saja pada dia, jangan dok cuba bodek aku pulak. Aku tengok muka dia terkulat-kulat bila kerani sound macam tu. Tak tahan nak gelak. Jangan bimbang, aku tak makan dek bodek, insyaAllah.

Thursday, July 8, 2010

Hari Kedua

Hari ni aku rasa lebih selesa mengadap muka-muka depa tu.

Wow! Pakcik psiko tiba-tiba dah cukur misai. Untuk nampak lebih muda rasanya. Tapi sayang, pakcik tetap tak ada gigi.

Untuk mamat yang asyik buat muka sedih bila di depan aku ni, cukup-cukuplah. Satu, satu dia minta. Lama-lama habih satu supermarket dia nak 'claim'. Ceh!

Pakcik sorang lagi nampak macam nak cari gaduh dengan aku. Tapi malu-malu kucing. Nak bergaduh cakap depan-depan. Ni berani cakap kat orang lain buat apa. Pakcik ni lah aku berjanji akan psiko sampai dia pengsan. Tunggu!

Langkah Baru.

Aku dah mula bekerja. Rasa kekok sebab dah setahun duduk nganga di rumah jaga Iman.

Aku di tempatkan di kawasan baru. Staf baru. Semua orang tua. Masak aku. Orang tua susah nak ditegur. Nak suruh buat kerja pun ada saja alasannya. Yang sorang tu cakap tak henti-henti sampai aku pulak rasa penat. Ada yang sebaya arwah ayah; buat aku sedih teringat ayah.

Walau bagaimanapun inilah cabaran untuk aku. Hari pertama masuk kerja, pakcik sorang tu buat muka tak dak perasaan pada aku. Nak psiko akulah tu. Aku senyum saja. Aku pulak psiko dia nanti baru tau. Memang aku nampak lembut macam sotong tapi kalau aku psiko orang, buleh nangis keluar hingus tau haha.

Banyak sungguh perubahan dan penambahbaikan yang aku harus buat. Semoga Allah sentiasa tunjukkan aku jalan yang betul.

Hari pertama, balik kerja, abg jadi tukang urut. Aku tak boleh berjalan!

Saturday, July 3, 2010

Isnin lepas satu sejarah. Sejarah buat abg yang tidak pernah masuk wad. Akhirnya merasa juga abg duduk di hospital, dalam wad. Selasa, abg selamat menjalani pembedahan. Minor surgery tapi still under general anesthesia. Merasa jugaklah abg mabuk ubat bius dan cakap merapu meraban masa keluar dari operation theater. Tergelak aku dan Izat bila abg begitu bersemangat mengulas tentang World Cup. 2 jam lepas tu rupanya baru kami tahu abg masih tak sedar sepenuhnya masa bersemangat buat ulasan tu. Hahaha. Kalau dah minat tu, masa lalok pun cakap pasal bola lancar gila.

Friday, June 18, 2010

Aku menangis masa terima perkhabaran "adik" aku telah pergi selamanya. Terasa diri aku ringan dan melayang.

Baru hari sebelumnya aku terlalu ingatkan dia dan suarakan pada abg untuk menziarahinya. Aku tak pernah menyangka keadaan dirinya sudah terlalu teruk. Sms yang aku hantar padanya pun tidak berbalas.

Mungkin abg juga tidak faham bagaimana kami boleh rapat. Aku dan dia rapat dalam kejauhan sebagai saudara dalam satu ikatan.

Seorang adik yang sentiasa ceria, nakal di internet, baik di alam nyata dan  sentiasa cepat dalam bab-bab membantu orang. Dia sangat sayangkan haiwan, sama macam aku. Permintaan terakhirnya mintakan aku carikan dia sugar glider tapi dengan keadaan diri aku ketika itu, aku tak mampu tunaikan.

Aku tak boleh tengok Miki, aku mahu menangis. Miki sebenarnya aku mahu beri pada dia. Dia terlalu sayangkan kucing tetapi ketika itu dia juga sakit dan aku kira dia tak mampu untuk menjaga Miki.

Seminggu sebelum dia pergi aku telah dapat 'alamat'. Aku cuma diam, menanti dengan gementar, giliran siapa yang akan dipanggil. Aku tahu jika 'alamat' itu tiba, pastinya orang itu dekat di hati ini.

Dia pernah sakit teruk, seperti aku. Sama-sama mencari jalan penyelesaian dan akhirnya kami ditemukan sebagai 'saudara'.

Untuk "adik", semoga rohmu dicucuri rahmatNya. Kau pernah beri kata-kata nasihat dan perangsang buat akak tapi akhirnya kau yang pergi dulu. Semoga kau di tempatkan bersama orang-orang yang soleh.

Monday, June 14, 2010


Dah dua hari aku demam. Masa buat medical-check up, BP aku dah naik 137/97. Wuyo! Tak pernah tinggi sampai macam tu. Patut aku rasa nak pitam dan sakit bahagian aorta.

MA yang ambik BP aku dok nasihat aku macam-macam. Siap tanya tempat tinggal dan suggest tempat yang baik aku exercise. Aku diam, senyum dan angguk-angguk. Dia bukan tahu masalah aku pun. Masalah kaki aku yang terpeleot ni. Concerned betul MA tu, aku terasa macam dia kawan lama aku pulak haha.

Iman pun berjangkit demam. Tapi dia cepat sembuh. Bagi makan ubat dia luah. Pandai. Tapi kena paksa dengan Mak Tok Komando...abihla...terpaksa Iman telan ubat jugak. Mak Tok picit mulut Iman sampai jadi macam ikan buntal dan preeet....Mak Tok picit ubat hehe.

Sebenarnya aku sunyi. Bila dapat berjalan-jalan dengan Kinah dan Mawan, kepala aku terus relek sikit. Aku tahu Kinah mesti pening layan aku cakap macam machine-gun. Tapi at least memang released tension aku duduk dengan Kinah ni.

Tak jadilah bertukar jadi Ultraman Nexus. Aku nak jadi Hagemaru pulak.



Wednesday, June 9, 2010

Kenapa aku selalu jadi mangsa keadaan pada masalah yang orang lain ciptakan?
Kenapa aku? Mungkin aku terlalu lembut hati. Mudah kesian pada orang.
Orang ambik kesempatan. Pijak-pijak aku.

Aku mahu berubah.
Aku mahu bertukar.

Bertukar jadi....
Ultraman Nexus!

Tuesday, June 8, 2010

Aku teringin rasa bahagia.
Sudah 10 tahun bahagia itu hilang daripada aku.

Luaran aku masih seorang manusia yang suka ketawa, tersenyum seolah hidup aku tak ada masalah.
Hati aku, setiap hari makin terhakis...menjadi kecil dan semakin kecil.

Mungkin akan tiba masanya aku akan jadi manusia tanpa hati.
Tanpa perasaan, yang kosong dalam matanya.

Pembelaan aku selama ini sekadar untuk memenuhi tanggungjawab.
Yang pasti pembelaan ini memakan diri aku sendiri.

Saturday, June 5, 2010

Oh.

Alhamdulillah, Kinah dan Pak Njang dah selamat pulang.

Walaupun Kinah nampak sedikit kurus tapi dia sihat. Pak Njang ja aku tak tengok lagi. Nak juga aku dengar pengalaman Pak Njang di sana. Kinah pun cerita tak abis, Iman asyik mengamuk nak tidur.

Hari ni depa semua pi Sedim. Syoknya. Aku teringin nak ikut tapi Abg keja lah pulak. Lagipun aku tak berapa sihat. Kepala sakit sangat. Dari semalam aku melepek. Nak bangun pun tak larat. Sms dari kawan yang nak datang ke rumah pun aku tak reply sampai ke hari ni. Kejam betul aku. Kepala aku sakit sangat.

Seminggu lagi aku akan masuk keja. Rasa berbelah bagi hati ni. Tak nak tinggal Iman kat Taska. Biarpun aku penat, belakang sakit, takpa...aku nak jaga Iman. Rasa sedih. Ini pun menyumbangkan sakit kepala aku.

Ntah, sampai aku tak ada mood nak menaip di blog. Banyak sangat yang bermain di dalam kepala aku yang keras ni. Ya, aku memang keras kepala. #tido#

Saturday, May 29, 2010

Friday, May 14, 2010

Adamaya



Berakhir sudah kisah Adamaya. Sungguh cute dan memberi pengajaran cerita ini. Inilah realiti kehidupan di zaman moden ini.

Sudah terlalu banyak kita dengar kisah isteri/suami yang masih mencari cinta sedangkan cinta yang ada di depan mata gagal diselami, dinikmati. Bila diri mula kehilangan cinta suci itu baru kita tersedar. Untung bagi Maya kerana dia masih diberi kesempatan untuk kembali pada Adam.

Watak Dani ini memang ramai dalam kehidupan. Dani yang akan menjadi segalanya sebelum Maya diperolehi sebagai isteri. Kalau dah jadi isteri, agak-agak Dani ni akan kekal begitu atau jadi dirinya sendiri? Tentu semua dah tahu jawapannya kan?

So, hargailah apa yang ada sebelum ianya hilang dari pandangan mata.


Bearcat : Suka tengok Lisa Surihani, sungguh comel dan ayu sebijik macam muka Samirah hehe.

Wednesday, May 12, 2010

Geli pulak


Badan aku naik bintik-bintik merah, allergik makanan laut. Abg ajak aku ke klinik panelnya di Crystal Point.

Masuk saja ke bilik doktor, aku telan air liur. Geli-geleman pulak aku tengok doktor yang bertugas.

Giginya kekuning-kuningan, rambutnya tersikat rapi tapi kelemumur penuh atas bajunya. Yang paling tak tahan aku tengok, bulu hidung terjulur keluar macam berus lukisan daripada kedua-dua belah lubang hidungnya.

Aaa mampuih aku tak pi dah kat doktor ni. GELI MAT!

Tuesday, May 11, 2010

Kacau

Jiwa aku agak kacau sekarang ni. Entah apa yang aku fikirkan dalam kepala. Rasa ada beban besar dalam dada.

InsyaAllah, kalau tak ada aral melintang aku akan bekerja semula bulan depan. Entah kenapa hati aku tiba-tiba sebak bila teringat Iman aku akan tinggalkan di nurseri. Sekian lama aku tunggu kehadiran Iman, seakan sehari pun aku tak mahu tinggalkan dia.

Kalau tak kerana perlunya wang, dalam erti kata yang lain, aku sudah tidak ada tanggungan keluarga dan suami ku orang yang kaya, aku memang tak rela nak bekerja. Ya, aku boleh bekerja sendiri di rumah. Aku mahu didik Iman sendiri.

Iman dah pandai meniarap dan bercakap dalam bahasanya yang tersendiri. Hari-hari Iman ajak aku bersembang. Aku melayan dia dengan sepenuh hati. Iman dah pandai ketawa kalau aku buat aksi lucu. Aku tak rasa Iman umurnya 3 bulan. Iman macam budak yang dah berumur setahun.

Aku perlu cari ketenangan.....perlu.
Jiwaku kacau.

Thursday, April 29, 2010

Xanthomas

Xanthomas atau skin cholesterol deposition adalah suatu keadaan di mana lebihan kolesterol akan terkumpul di bawah kulit. Xanthelasmas, keadaan di mana kolesterol berlebihan terkumpul di kawasan mata. Ini yang aku hadapi sekarang.

Pada awalnya, dalam dua tahun lepas, Paknjang orang pertama yang menegur keadaan mataku. Masa tu warna keputihan di bawah mata tidak terlalu ketara dan aku pun buat tak kisah. Semakin lama, lapisan keputihan itu jadi lebih melebar dan mula terdapat di kedua-dua belah mata. Sangat ketara.

Baru aku tahu keadaan ini merupakan satu indicator paras kolesterol yang tinggi dalam darah. Kita sudah sedia maklum yang di bahagian mata juga terdapat banyak salur-salur darah. Jadi kolesterol yang berlebihan akan pergi dan terenap di bahagian mata juga.

Tidak mudah untuk hilangkan xanthelasmas; atau dalam erti kata lain ianya mungkin tidak akan hilang malah akan menjadi lebih teruk. Aduh, buruk sudah mata aku. Tapi yang lebih membimbangkan ialah tahap kesihatan jantung aku. Bulan lepas paras kolesterol aku 6. Tahap kolesterol yang baik ialah 4. 5-7 itu kira dah tinggi.

Nampaknya aku terpaksa berpantang makan seafood dan makanan yang berlemak tinggi. Dengan harapan, kolesterol akan turun kembali dan mata aku kembali normal. Mahu tak mahu terpaksa ambil oats, lecithin dan omega 3.

Tuesday, April 27, 2010

Tak ada yang penting

Hari-hari yang aku lalui agak meletihkan. Iman makin bertambah beratnya. Kadang-kadang aku nak 'tui' dia naik tak boleh. Aku yang terduduk ke belakang. Alhamdulillah, itu tandanya Iman sihat.

Yang paling tak larat time mandi. Iman memang syok. Dah badan debot, memanglah syok mandi, boleh hilangkan panas badan. Tapi bab memegang Iman waktu mandi memang mencabar kekuatan tangan. Tak payah exercise guna dumpbell, yang ni pun boleh buat semua muscle naik. Dan ini juga alasan aku bila makan nasi sampai dua pinggan hehe, boleh?

Iman, sepakan dia memang kuat. Sekali dia tunjal, tu dia, tak macam umur budak 3 bulan. Kalau tengah pegang dia, dia mengamuk, boleh terlepas dibuatnya. Dahla mamanya tak 'rot'.

Memang seronok ada anak tapi sebenarnya hati ini lebih takut memikirkan pasal tanggungjawab dan amanah yang telah Allah beri. Dapatkah aku didik dia jadi seorang anak yang solehah? Dapatkah dia membesar sebagai dan menjadi seorang insan?

Banyak hal aku tak mahu Iman laluinya sebagaimana telah aku lalui dulu. Ini semua buat aku risau, bimbang. InsyaAllah, aku dan abg akan cuba sedaya-upaya. Semoga Allah makbulkan doa kami.

Sekarang Iman galak bercakap, sampai termuncung-muncung mulutnya. Kalau aku buat tak layan, dia akan menjerit marah. Kelakar pun ada. Yang paling tak tahan tengok Iman bersembang dengan Kinah. Kinah ni memang ada pakai ilmu pengasih kanak-kanak dan haiwan hahaha. Bila jumpa Kinah, Iman tak layan dah orang lain. Macamlah Kinah tu faham apa yang dia cakap hehe.

Cuma, Iman sampai sekarang belum bersua muka dengan Pakngah Izat. Hari-hari Iman dok tunggu Pakngah Izat balik. Emmm.

Tuesday, April 20, 2010

Bila Bosan

Semenjak ada Iman, kami keja melepak di Padang Kota Lama. Pasal apa ntah. Mungkin dalam rumah panas, jadi kami melepak dalam kereta di Padang Kota sambil tengok gelagat manusia. Sambil tu mulut kunyah jajan. Iman? Dia tidoq! Hehe.


Ramai orang yang melepak dan merayau macam kami jugak. Ada yang bawa anak-anak main bola di padang. Ada yang marah bini dan anak-anak di situ juga..oppss terlebih sudah...kepoci pulak aku :-P


Hari tu kami pakat gelak tengok dua orang cina perempuan sibuk masuk duit syiling dalam mesin kutip duit ni. Waktu tu dalam pukul 9 malam. Sekali kami pi baca rupanya parking kena bayar sampai tengah malam la kalau tak silap. Gelak lagi kat orang.

Monday, April 19, 2010

Jauh bau bunga, dekat bau tahi

Kenapa ya orang tua ada kalanya bersikap tidak adil?
Biasanya depa lebih memandang anak-anak yang jauh di mata dan balik sekali-sekala.
Sedangkan anak yang ada di depan mata, yang bersusah-payah menjaga depa selalu dianggap jahat, tak pandai jaga hati depa.

Banyak sudah aku tengok ini berlaku.
Memang, si anak harus akur yang ibu bapanya sudah tua, perlu bersabar.
Tapi tahukah si ibu dan si bapa ada kalanya si anak menangis sendirian menahan perasaan?
Si anak sedaya-upaya berbuat yang terbaik untuk kedua ibu bapanya.
Malangnya, dia tetap dipandang buruk.

Untuk si anak, bersabarlah.
Untuk si ibu bapa, berfikirlah.

Untuk anak lelaki, renung-renungkanlah, tugas kamu sebenarnya menjaga ibu bapa yang sudah tua.
Untuk anak perempuan, jangan putus asa biarpun sebenarnya kamu mengambil alih tugas daripada mereka yang sepatutnya.

Bearcat : Bersyukur menjadi seorang perempuan. Terlalu berat tugas sebagai seorang lelaki malangnya ramai yang belum sedar.

Wednesday, April 14, 2010

Muffin Tersengih

Hari ni betul-betul punya tak larat. Aku dan abg dah lalok tahap maksima. Iman tak mahu tido malam. Pukul 7 pagi baru dia sedap lena kroh, kroh.

Mak ambik alih jaga Iman. Aku dah melepek ditambah pedih tulang belakang.

Malamnya aku rasa nak makan muffin pulak. Walaupun tak larat, bila sebut pasal masak aku jadi kuat.

Yearhh! Inilah akhirnya....muffin tersengih...siap pukul 9 malam tadi hehe.


(Muffin jadi tersengih sebab aku campak jem di dalamnya sebab muffin aku jadi diabetic muffin pulak dah, kurang manis....Mak pun tersengih sebab mak diabetic patient jadi boleh la mak makan muffin tu banyak-banyak...hehe.)

Ni yang tak ada jem...kurang manis


Panas, panas


Elok ler..guna jem untuk diaetic patient gak hehe.

Tuesday, April 13, 2010

Kebasi Reput Tulang


Ini ikan Kebasi. Orang luar aku tak tahu depa panggil apa ikan ni. Yang pasti ikan ni banyak tulang dan sisik...dan ianya amat lazat!



Setelah disiang, buang perut (sisik jangan dibuang), ikan direbus menggunakan api perlahan. Lebih lama lebih bagus (2-3 jam). Masukkan asam keping serta garam. Air rebusan mesti rasa masam dan masin yang terlebih sikit.


Ini rupa ikan yang telah siap direbus. Dah boleh dimakan.

Ikan Kebasi yang direbus tadi kemudiannya digoreng menggunakan minyak yang sedikit. Goreng hingga garing. Sisik dan tulang ikan akan jadi rangup. Siap untuk dimakan. Rasa ikan ini masin dan masam dan SEDAP!


Bearcat : Resepi ni mak yang ajarkan. Cubalah. Dijamin anda akan makan nasi bertambah-tambah hendaknya :-)

Monday, April 12, 2010

Resepi Capati Mat Pen

Capati ini aku masak separuh sahaja dan aku simpan di dalam peti sejuk. Bila nak dimakan, aku akan panaskan capati ini sampai masak.

Semalam aku try lagi buat capati tapi kali ni menggunakan resepi sahabat lamaku, Mat Pen. Emm...baru aku betul-betul puas hati.

Capati

2 cawan tepung Atta
1 cawan tepung gandum
1 sudu besar marjerin/minyak sapi
air suam
garam

Cara membuatnya :

1. Campurkan kedua-dua jenis tepung, garam dan ramas bersama marjerin.
2. Masukkan air suam sedikit demi sedikit sehingga mendapat adunan yang boleh diuli. Biarkan 30 minit.
3. Bahagikan adunan kepada beberapa ketul dan bulat-bulatkan.
4. Canai.
5. Masak atas kuali tanpa minyak.

Friday, April 9, 2010

Capati

Semua ni gara-gara capati Abang E.
Aku terliur bila dok baca entri Insan Marhaen pi makan capati Abang E di Kulim.
Betullah, memang sedap. Capatinya lembut.
Apa lagi Pak Njang....jomm.

Semalam aku teringin nak buat capati.
Abang belikan tepung Atta.
Resepi aku ambil dari internet.
Aku try dua resepi; satu dari internet, satu lagi dari pembalut tepung Atta.
Resepi dari internet lebih sedap dan lembut.

Tapi rupa capati aku tersangatlah buruknya.
Sebijik macam kulit orang yang terkoyak-koyak hehe.
Sehabis daya aku cuba bentukkan jadi bulat, tapi jadi bentuk lain jugak.
Tak apalah, first timer, macam tu lah.
Cicah capati ni abang belikan gulai dari kedai Kari Kepala Ikan Che Nu.
(gulai tak sedap)
Sebab aku dah tak ada tenaga nak masak cicahnya.

Capati makan paginya sebab ada orang mai hantar nasi tomatolah pulak.
Abih diet aku yang tak mahu makan nasi.
Rezeki jangan ditolak hehe.

Thursday, April 8, 2010

Kerana Dia




Letih dan menyakitkan.
Aku rasa macam tulang-tulang aku patah, urat-urat aku putus.

Bila malam saja terus aku rasa macam nak lumpuh.

Aku memang tak daya nak dukung Iman tapi terpaksa aku gagahkan diri.
Tadi aku langsung tak boleh bangun dengan Iman di ribaanku.

Kesian Iman dapat ibu macam aku.
Iman asyik nangis minta aku dukung sambil jalan-jalan.
Ya, dukung statik Iman tak mahu; nangis.
Sambil dukung kena jalan, berhenti sesaat, Iman marah sambil jerit (walaupun sakit, aku tergelak dengar suara Iman jerit...cute).

Abang pun pening kalau tengah drive tiba-tiba lampu trafik merah.
Iman secara spontan akan mengeraskan badan dan menjerit minta kereta jalan (hahaha).
Tengah tidur pun Iman boleh tahu kereta berhenti.
Bila kereta berjalan semula, Iman akan senyum dan tidur semula.

Apakah Iman telah terkenan perangai aku?
Ya! Sebijik macam aku yang rasa sedih bila naik kereta dan kereta terpaksa berhenti.
Aku dapat rasa apa yang Iman rasakan tapi aku tak boleh nak ceritakan perasaan aku.
Aku dah mula ternampak diri aku semasa kecil sedang membesar.

Haru!

Monday, April 5, 2010

Pelaburan yang tidak Menguntungkan

Tak perlu membeli sebuah cinta dengan kemewahan wang ringgit.
Cukuplah mengujinya dengan kesetiaan, kesabaran.

Aku tak faham.
Kenapa ramai orang jadi bodoh kerana cinta yang belum pasti.
Lainlah kiranya cinta itu telah terikat dengan ikatan suami isteri.

Ironinya, bila perpisahan terjadi, ada yang jadi mereng mengenangkan cinta yang tidak jadi.

Sudahlah, cukup-cukuplah jadi manusia bodoh.
Belajarlah dari pengalaman.
Manusia kalau terhantuk sekali, itu maknanya tidak sengaja.
Tapi kalau terhantuk di tempat yang sama sampai berkali-kali, itulah namanya kebodohan.

Saturday, April 3, 2010

Shaken Baby Syndrome (SBS)

  • Sejenis sindrom di mana otak serta badan bayi mengalami kecederaan akibat digoncang. Budak yang berumur 5 tahun pun masih ada yang mati kerana kecederaan sindrom ini.
  • Biasanya akibat goncangan yang kuat, timang-timang, buai terlalu laju sampai bayi terlonjak-lonjak.
  • Kesan akibat yang tersebut di atas ialah : kecederaan otak, cerebral palsy, buta, masalah tingkah laku dan pembelajaran, sawan, paralysis dan kematian.
  • Ramai di antara kita tidak sedar akan bahayanya perbuatan kita terhadap bayi. Kononnya untuk mengagah bayi tapi akibat sebaliknya yang akan berlaku.
  • Berhati-hatilah.

Friday, April 2, 2010

Cukuplah sekali MRI


1 April aku menjalani MRI.
Masa ke bilik MRI aku boleh berjalan.

Masuk dalam bilik MRI aku diberi percubaan sekali sebab aku ni claustrophobia; fobia tempat sempit.
1st trial, aku terus menggigil dan rasa sesak nafas. Dan dan aku terus nak cancel pemeriksaan tu.
Selepas berfikir 1 minit, aku tawakkal saja.
Staf situ berikan aku satu alarm untuk ditekan sekiranya sesak nafas aku keterlaluan.

Sepanjang MRI 30 minit, aku pejam mata, langsung tak ngendap-ngendap pun walaupun 0.01mm bukaan mata. Gila takut, gila takut. Dah la bunyi bising.

Lepas MRI aku langsung tak berdaya nak bangun sendiri.
Terpaksa abg papah. Tulang dan urat saraf aku bagai mahu putus.
Aku tahan sakit.
Akhirnya waktu balik aku terpaksa berkerusi roda.
Macam tu lah pulak.

Result kena tunggu lagi 2 minggu.
Berdebar-debar.

Sunday, March 28, 2010

Masa Kecil

Orang kata saat paling indah adalah masa kita kecil. Masa tu tak ada perkataan MASALAH dalam kamus hidup kita.

Masa kecil kita tak pandai berpura-pura atau bermuka-muka.

Kalaulah boleh jadi kecil selamanya...

Thursday, March 25, 2010

Dulu Comel, sekarang Comel lagi ke?

Waaa! So cute and comel! Siap bedak sejuk bertepung hahaha. Budak-budak manalah ni....Aku jumpa gambar ni dalam album, scan, upload trus dalam FB dan blog. Sekuntum bunga diapit semua kumbang-kumbang. Lokasi kat rumah Tokwan yang lama (tinggal sejarah saja dah).

Depan : Mawan, Amzar.
Belakang : Izat, Nirah, Amir.

Comelnya....rasa nak picit-picit.

La ni, rasa nak penyek-penyek saja depa ni. Sebab depa dah tak secomel dan naive dulu hehe.

Bearcat : Satu saja aku konpius. Dalam banyak-banyak gambar budak-budak ni kecik, susah sangat nak jumpa muka si Kinoih tu. Kecik-kecik dah pi bertapa ka? Ka dia pemalu sangat? Ha! Pemalu?? *pengsan*

Sunday, March 21, 2010

Kuih dan kuih

Bunga Tanjung


Tahi Itik


Mak balik dari kenduri Maklong Toni. Mak bawak balik kuih bunga tanjung dan tahi itik.

Aku tengok bunga tanjung tu tak rupa bunga tanjung pun.
Tapi tahi itik tu sebijik macam tahi itik yang real, ijau-ijau, kembang-kembang lagi. Gulp!

Aku try makan kedua-dua kuih.

Tak tahu macam mana aku nak explain rasa kuih-kuih tu.
Nak kata macam rasa tahi itik pun, aku tak pernah rasa tahi itik yang real.

Aku pelawa abg jamah kuih-kuih tu.
Abg tak mahu.
Amboi! Kuih negeri sendiri pun tak lalu ka?

Abang kata "Tahi itik kami macam lain."

Tahi itik Terengganu ada warna merah-merah kot. Eee itik tu mesti kena penyakit sampar sampai berak berdarah.

Tuesday, March 16, 2010

Punca Kerosakan Telah Dikesan

Mesin basuh aku ok lagi tapi elektroniknya rosak; nak masuk air tak boleh, kena berfungsi manual (iaitu angkut air dalam baldi atau salurkan air dari paip).

Aku tengok mesin basuh Maklang yang lama pun kerosakannya sama juga.

Apasal? Kenapa mesin basuh sekarang cepat rosak ? (dah 7 tahun umur mesin basuh tu).

Semalam masa aku sibuk membasuh kain menggunakan mesin basuh plus manually, aku terpandang sesuatu di muka penutup mesin basuh.

Aduh! Mangkaq betuila aku. Tu lah, dah ada precaution steps dah kat situ, macam mana boleh terlepas pandang.

"Tak boleh letakkan benda-benda elektrik, bercas di atas mesin basuh." (aku translatekan ke bahasa Melayu).

Padan muka aku. Aku selalu charge telefon dan bateri kamera kemudian letak atas mesin basuh. Yang paling teruk, aku selalu gunakan mesin basuh sebagai meja untuk blender bahan dan untuk bakar roti guna toaster. Sebabnya, situ ada plug.

Dah 7 tahun beli dan guna mesin basuh, semalam baru aku perasan dengan langkah berjaga-jaganya. Sungguh rabun mata aku (dan mata abang juga).

Monday, March 15, 2010

Soda Bikarbonat Bukan Hanya Untuk Memasak Tau...

Kadang-kadang bila kita nak buat kek, kita terbeli baking powder atau soda bikarbonat dalam jumlah yang banyak, contohnya satu tin besar baking powder dalam peti ais yang Izat belikan untuk mak. Walhal mak nak guna satu sudu teh saja hehe. Lainlah mak nak buka kedai kek :-P

Maka kita pun terfikir boleh ke soda bikarbonat ni digunakan untuk buat perkara-perkara lain? Takkan hari-hari nak buat kek kot. Nak jadi besar macam ________ ? (sila isi tempat kosong dengan contoh yang hangpa rasa sesuai). Sebabnya soda bikarbonat ni pun ada tarikh luput. Jangan jadi macam mak, bila aku tegur dia guna barang yang dah expired, mak akan kata "La, ada tarikh luput ka? Mak tak nampak pun." *Pengsan*.

Ok, kat bawah ni ada sedikit tips kegunaan lain soda bikarbonat.


1. One part baking soda mixed with two parts of ground oatmeal makes a great scrub for your face. Just mix together the two ingredients and add enough water to make a paste. Gently rub the paste onto your face, avoiding the eye area. Leave the facial on for a few minutes. Then, gently remove it with plenty of cool water and a wash cloth. Your face will feel noticeably soft and smooth.


2. Is your skin suffering from a case of Poison Ivy or Sumac? Or, do the kids have Measles or Chicken Pox? Add a half cup of baking soda to a bath tub full of warm water. Soak the entire body. The baking soda will help relieve the itching and irritation. It will also help to soften skin.


3. There are many teeth whitening products on the market today, but the most natural is plain old baking soda. Simply dip your toothbrush into some soda everytime you brush! Not only will it help whiten your teeth, but it will help to clean your breath as well.
Baking soda can also be used to safely clean dentures, partials, and other dental apparatus.

4. You can use baking soda just like a dry cleanser to clean sinks, bath tubs, and toilets. It works especially well on chrome fixtures! It rinses off easily and you don't have to worry about scratches either.


5. Hairbrushes and combs pick up not only loose hair, but they also get oily.


Clean yours once a month by soaking them in a solution of warm water and a teaspoon or two of baking soda. Scrub them with a soft brush, if needed, then rinse them with clean water and let them air dry.

6. Is your hair dull and dingy? Maybe you have a build up of shampoo, spray, mousse, and other products in your hair. Mix a teaspoon of baking soda in with your shampoo the next time you wash your hair. The soda will remove any build up and leave your hair soft.

7. A pan with burnt food in it can be cleaned with less effort if you soak it in baking soda and hot water first.

8. To open up a partially clogged drain, pour a half cup of baking soda into it. Follow this with a cup of vinegar. Allow the solution to bubble for several minutes, then run hot water down the drain.

9. Do you love dried beans, but not the gas and bloating they cause? Sprinkle a teaspoon of baking soda in the water when you soak beans. No more digestion problems.

10. You don't need a store-bought cleaner to remove dirt and insecticides from your fresh produce either. Just mix a quarter of a cup of baking soda in a sink full of water. Wash your fruits and vegetables in the solution, then rinse with clean water.

11. Baking soda makes an effective cleaner and deodorizer for your refrigerator too! Sprinkle a little on a damp sponge and clean the inside of the appliance as you normally would. Rinse clean, and see and smell the difference.

12. Your oven is another appliance that baking soda can easily clean and deodorize. Mix some baking soda and enough water to make a paste. Use a sponge to spread the paste over the inside of your oven. (Make sure that you don't touch the element if your stove is electric!) Allow the paste to set undisturbed for several hours. Then, scrub your oven clean!

13. Do you need to use a laundry booster to help get your clothes clean? Then pour in a half cup of baking soda to every washer load of laundry. You can also use baking soda with bleach too. Your laundry will look brighter and smell fresher.

14. Carpet and cloth-covered furniture make beautiful additions to your house. But, they do tend to hold body odors, pet smells, cigarette smoke, and other unwanted aromas in your home. To freshen your carpet and upholstered furniture, sprinkle them with baking soda. Allow them to sit undisturbed for a half hour or so. Then, simply vacuum the baking soda up.

15. Fireplaces can also help make your home warm and cozy. But, the soot can also give your house yet another unwanted odor. To help freshen up your fireplace, clean the ashes out, then place a bowl of baking soda in it.

16. Fill a pair of old socks with baking soda. Tie a knot in the top of each sock. Then, place the socks in a pair of shoes or slippers that you want to deodorize and freshen up.

17. Are there light water rings on your finished wood nightstand? Mix together a paste of baking soda and toothpaste. Dip a soft cloth in the paste and rub the water spots away.

18. A paste made up of baking soda and water will clean and polish the chrome on your vehicles.


19. A box of baking soda can make an effective extinguisher if a small fire erupts in your garage.

20. Baking soda works better than one of those hanging pine trees in your vehicles. If your vehicle smells musty or smoky, fill up the ashtrays with baking soda. The soda will absorb the odors and effectively freshen the interior.

21. Corroded battery terminals can make your car, truck, van, or SUV refuse to start. Eliminate this problem by periodically cleaning the terminals with a paste made of baking soda and water. Wipe the paste and grunge off with a clean rag.

22. Does the smell of the litter box in your house announce to visitors that you have a cat? If so, you can remedy the problem by starting with a clean box. Then, pour baking soda in it until it's a couple inches full. Finally, add kitty litter as usual. The soda will help absorb the ammonia smell.

23. Ants in your house? Keep them out by mixing up equal parts of baking soda and salt together. Then, sprinkle the mixture wherever you see the intruders coming in at. (Yang ni aku suka, jaga hangpa semut-semut semua. Siap-siapla packing barang, aku nak halau hangpa).

24. Do you need to fill in some nail holes in a plastered wall? If you don't have any spackling handy, you can simply mix together some white toothpaste and baking soda. Fill the holes in completely, then allow the mixture to dry. If you want to match the wall color, add a drop or two of food coloring to the mix before you use it.


25. And finally, many flowers, fruits, and vegetables need to be planted in acidic soil in order for them to grow to their fullest. If you're not sure whether the soil in an area is acidic or not, then perform this test: mix up a quarter of a cup of baking soda with two cups of water. Then, stir in a cup of the soil. If the mixture foams up, then the soil is acidic.
 
 
credit to http://www.associatedcontent.com/
 
 






Friday, March 12, 2010

Selamat Malam




Selamat Malam - Faizal Tahir

Biarkan berlalu
Semua kepedihanmu
Lelapkan matamu
Biarkan mimpi membawamu
Ke mana kau mahu

Selamat malam
Tidurlah sayangku
Siang kan tiba bercahaya
Bermula baru semua untukmu

Biarkan berlabuh tirai kisah semalam
Yang indah itu ada padamu
Dengan setiap impian dan harapan

Selamat malam
Tidurlah sayangku
Siangkan tiba bercahaya
Bermula baru semua untukmu

Kan ku menjadi arjuna dalam mimpi-mimpimu
Kan ku panah tepat ke jiwamu atas nama cintaku
Pari-pari ku utus bawa kau ke sini lagi
Terhapus semua air mata dengan senyuman

Selamat malam sayang
Selamat malam kasih
Selamat malam sayang

Woooo...

Selamat malam sayang
Selamat malam kasih
Selamat malam sayang

Woooo...

Tidurlah sayangku
Siangkan tiba bercahaya
Bermula baru semua untukmu

Selamat malam
Tidurlah sayangku

Thursday, March 11, 2010

Apa Nak Jadi Budak-budak La ni

Tengok la gaya duduk....sungguh kurang sopan. Patutlah kes rogol makin menjadi-jadi sekarang ni.
(Lokasi : Zoo Taiping)


Cuba ikut kak chik ni...duduk sopan saja...penuh keayuan.
(Lokasi : Botanical Garden)


Bearcat : Baru perasan, aku dan abg suka ambik gambar yang pelik-pelik....ish ish.

Wednesday, March 10, 2010

Tok Lupa Lagi...

"Apa ntah nama anak Bearcat ni, Tok ingat-ingat lupala," kata Tok sambil pandang muka aku.

Aku sengih saja.

"Aaa...UMI....Baru Tok ingat....nama dia UMI," kata Tok bersungguh.

Aku "Erkk!."

"Ammar, mai sini....hang tolong tengok si MAWAN ni sat," Tok panggil Ammar yang sedang asyik tengok tv.

Aku "La...MAWAN tu anak Paknjang la Tok."

Aku dan Ammar tergelak-gelak.


Tok memang tak ingat langsung nama Iman.


Tapi Tok suka 'uli' dan dukung Iman...Sat Umi, sat Mawan...takpalah Tok hehe.

Tuesday, March 9, 2010

Mengembalikan Nostalgia Crazy2.


Bila aku korek balik album-album gambar, aku terjumpa banyak gambar yang lawa-lawa.
Antaranya gambar-gambar di atas ni.

Berbeza betui. Tengoklah gambar adik aku dulu, macho, hensem bak Fahrin Ahmad.
Sekarang, sikit lagi adik aku dah mirip si Afdlin Shauki.


Tu bas pi London Kinah, bukannya bas pi Scotland...ohh.


Aku yang sebenarnya teringin giler nak bergambar dalam train yang comel ni...tapi sebab segan aku tak comel, aku ambik gambar adik dan sepupu aku ja lah.
Lain kali hangpa berdua tak dapat tiket nak balik Penang, hangpa naik ja train ni...gerenti pinggang hangpa keras bila sampai rumah.

Monday, March 8, 2010

Si Pencukur


Aku seriau sepanjang pencukuran. Tukang cukur ada masalah dengan kakinya. Tengok gambar kedua. Tapi alhamdulillah, kerja pencukuran berjalan lancar biarpun terhenti-henti untuk pencukur mengubah posisi. Terima kasih daun keladi :-)


Pakngah pulak tahnikkan Iman. Insyaallah, moga jadi macam Pakngah bila Iman dah besar nanti.Terima kasih daun keladi gak.


Bearcat : Tukang cukur kena pi urut kaki bagi baik. Hehe.

Sebelum dan Selepas

sebelum


selepas

Bearcat : Bila kamera aku aktif semula itu bermakna aku mula kembali normal...syukur, syukur...alhamdulillah.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...