Pages

Sunday, July 25, 2010

Dah Kenal

Wah! Sibuk betul aku sekarang ni. Tapi aku gembira. Satu hari di tempat kerja, tak terasa masa berlalu. Balik rumah, terus *pengsan* (tidoq ler tu).

Aku dah mula kenal dengan staf-staf aku. Alhamdulillah. Depa baik, dengar kata dan cepat belajar perkara baru yang disampaikan. Cuma ada sorang tu yang buatkan aku nak bawa rotan pergi ke ofis. Jenis ketegaq ni....ketegaq dalam senyum. Mulut mengaku ya, benda yang disuruh tak buat.

Baru aku tersedar hikmah aku sakit hari tu. Bila mula kerja semula aku dipindahkan ke unit baru. Di sini aku yang manage segalanya sendirian. Baguih ler. Dulu ada 2 kepala satu badan. Susah. (Err ini cerita kepala-kepala kecik saja...kepala kuli. Bukan kepala bapak-bapak ya haha).

Banyak aku nak cerita tapi masa tak dak. Aku letih. Nanti-nanti aku sambung (macamla ada orang nak baca blog aku haha. Takpalah, aku syok sendiri).

4 comments:

Ariff Budiman said...

He he jadilah syok sendiri pun. janji lepas tension. Orang nak baca terima kasih. Tak mau baca pun terima kasih. Tak rugi no.

Insan Marhaen said...

uih... macam guru besar sekolah IM dulu jer. bawa rotan masuk kelas...

bantalbucuk said...

haha..pack ja rotan siap2 dalam handbag..
awat syok sndri plak..
ad ja yg singgah mai blog bearcat..
hehe

bearcat said...

PakNjang, takpa yang penting kita buleh luahkan perasaan kat sini hehe. Yang bagusnya ada yang bagi semangat. Tu yang penting.

IM, cikgu la ni nak bawak pembaris masuk kelas pun tak buleh apatah lagi rotan. Menyedihkan.

Bantalbucuk, aku rasa nak bawak lastik, tak nak bawak rotan. Lastik baru ada thrill hahaha.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...