Pages

Friday, July 25, 2014

Biskut Raya Lagi

Ini rupa biskut almond london yang aku siapkan untuk tempahan dari seorang rakan.
Tak sangka aku jadi ralit dok letakkan coklat dan badam tu satu persatu.

Kalau buat biskut almond london pasti aku teringat kat arwah mak.
Dulu sebelum raya mak akan buat sendiri almond london sebab adik-adik aku yang berdua tu suka sangat dengan biskut ni.

Sat ja abih kalau mak buat biskut almond london; tak dan nak hidang waktu raya.

 Anak aku dok pulun mintak nak tolong taburkan almond nibs tu. Aku kata no no no. Untuk biskut yang dia makan taburlah...takpa...mama tak marah. Pastu dia merajuk haha.

Bila dah buat biskut ni bab nak letak harga memang payah betui ler. Aku ni spesies tak tergamak nak letak harga kat kengkawan dan sedara.
Ada sekali tu aku buat chocolate chips cookies dan FOC jer pada kawan aku.
Tak reti ler...huhu.

Tau dak, awalnya aku beli paper cup colourful untuk letak biskut ni. Kononnya apa kelas ler asyik dok guna warna hitam jer. Sekali hamek ko. Bila dituang coklat, biskut jadi comot tak hengat-hengat.

Lepas tu baru aku tahu sebab apa orang akan gunakan papercup warna hitam bila buat biskut almond london haha. Ngok ngek.

Ada satu tupperware besar lagi biskut yang belum disalut coklat.
Alahai! Malasnya aku huhu.

Boleh dak aku hidangkan biskut tu togel jer macam tu?
Tu baru betul biskut almond london sebab putih gebu tanpa salutan coklat.

Yang dah salut coklat elok ditukar jer kepada nama baru, biskut almond afrika haha.
Kan baru kena pada tempatnya.

Thursday, July 24, 2014

Popia Gulung Salut Nestum Yang Sedap! Jom Beli!

Aku gamble beli popia salut nestum lagi.
Hari tu beli masyaAllah tak sedapnya...dahla keras kong.
Nak buat sendiri kuih jenis macam ni memang aku pemalas.

So, untuk raya ni aku try beli popia salut nestum lain pulak untuk dibawa balik ke kampung.
Alhamdulillah...popia ni sedap. Sangat sedaplah di mulut aku.
Rangup dan bila dah masuk ke dalam mulut tu susahnya nak berhenti mengunyah hehe.

Cadangnya untuk jamuan raya di ofis, aku nak beli lagi popia ni dua tiga balang.
Harga sebalang RM12.

Jom beli.

Tangan gegar masa snap picture. Mungkin sebab terlalu sedap makan hehe.

Beli jangan tak beli.

Monday, July 21, 2014

Bengkang Sukun aka Bingka Sukun

Hari tu adik aku ada bagi dua biji sukun. Kat rumah mak mertua adik aku banyak pokok sukun. Depa sampai tak tau nak buat apa dengan buah sukun.

Aku suka makan sukun yang digoreng. Dulu, selalu mak buatkan goreng sukun lepas tu makan cicah dengan gula. Masa di rumah bujang pula, kami goreng sukun dan cicah dengan sambal kicap. Sedap.

Di bulan puasa ni kalau buat goreng sukun sah tak berapa nak laku. Sebabnya di bulan puasa semua orang makan sikit jer. Masuk nasi dan air lepas tu perut full.

Yang aku tahu sukun ni boleh dibuat cekodok selain dari digoreng. Takkan nak buat cekodok sukun sebanyak itu. Akhirnya aku terjumpa resepi bingka sukun di internet. Kalau di utara, bingka kami panggil bengkang. Maka jadilah bengkang sukun di tengahari itu.

 Bengkang aku tak sempat nak berkerak, aku terpaksa bergegas nak masuk ke ofis semula hehe.
Sedap rupanya bengkang sukun. Lembut, lemak dan wangi. Ni rupa bengkang yang aku potong masa tengah panas-panas...nak bagi pada kawan ofis aku. Sepatutnya aku tunggu sejuk dulu baru potong...tak dan dah pun.


RESEPI : BENGKANG SUKUN aka BINGKA SUKUN
Oleh : am66 (My Resepi)

Bahan-bahan :
400 - 500g isi sukun yang lembut (kisar dengan sedikit air)
200g tepung gandum
180g gula
300mL santan (aku guna santan kotak)
4-5 biji telur
1 sudu kecil esen vanila
1 sudu kecil garam
sedikit pewarna kuning
sedikit bijan (aku tak letak...bijan abis)

Kaedah :
1. Kisar isi sukun dengan sedikit air.

2. Kisar telur, gula, santan dan tepung.
3. Tapis adunan untuk pastikan tiada tepung bergentel.
4. Masukkan esen vanila dan pewarna kuning. Kacau rata.
5. Tuang ke dalam loyang yang telah dilenser dengan minyak atau butter (aku lenser dengan minyak sapi...wangi)
6. Taburkan bijan dan bakar di dalam oven suhu 170 darjah celsius selama 1 jam. Gunakan api atas bawah.
7. Biar sejuk baru dipotong.

Thursday, July 17, 2014

Dah habis!

Biskut badam yang aku buat dah abis. Nampaknya aku kena ulang buat lagi biskut ni hehehe.

Sebab tu biskut almond london aku dah siap tapi saja aku togelkan. Nak celup coklat lambat-lambat sikit. Kalau tidak...abislah jawabnya sebelum raya. Dah ada pengalaman sebelum ni pun. Abg dan Iman dok jenguk jer biskut togel tu dalam bekasnya haha.

Biskut chocolate chips adalah biskut yang terakhir aku akan buat. Ini lagi haru...asal keluar dari oven abis. Ayoyo!

Biskut Y yang beli pun dah abis.

Haha...alhamdulillah.

Raya ni kita jamu orang makan biskut 4 segi aka biskut kering.

P/s: Adeih jemu betui nak bakar biskut berlambak-lambak tapi oven cenonit jer uhuk uhuk.


Monday, July 14, 2014

Biskut Raya

Tahun ni aku buat biskut raya sendiri. Aku ni memang...bukan tak reti buat biskut sendiri tapi kekadang tu seronok mengorder daripada kawan-kawan (lepas tu menyesal sendiri sebab biskut yang dibeli selalunya tak sedap huhu). 

Kali ni Iman request nak biskut raya mama buat. Yeay! Nampaknya mama kenalah buat biskut raya biarpun malasnya nak angkat tangan ni kui kui kui. Yang bagusnya si Iman memang pembantu yang bagus. Iman budak kecik lagi tapi pandai pulak dia membantu aku.

Taraaa! Inilah biskut Y super sedap. Yang ni aku beli daripada maksu...hahaha...First pic dah propa lebih. Sesapa yang nak beli biskut Y sedap ni boleh dapatkan di Kg Padang bertentangan dengan Nasi Bersila Lahar Kepar. Kat kedai kecik warna ijau hehe.

 Biskut Arab. Yang ni aku buat. Iman tolong tabur colourful ball tu. Sedap, gebu, lemak berkrim. Sendiri buat sendiri puji haha. Aku buat biskut Arab klasik. Takdak golek-golek gula atau warna-warni. Aku kan taste orang tua-tua sikit ohok ohok.

Ni pulak biskut Arab yang sama tapi versi tabur coklat rice. Abg dok complain pasai apa biskut aku ada nipis ada tebal. Aku sengih jer. Tak larat nak jawab. Aku posa. Letih :-P

Ni pulak brownies yang aku buat untuk iftar semalam. Antara brownies kukus dan bakar, aku suka brownies bakar. Kalau kukus-kukus ni aku selalu failed huhu.

Ada dua tiga jenis biskut lagi aku nak buat. Ada yang dah aku bagi pun pada mak sedara dan adik ipar aku. Biasanya aku tak derlah ikut resepi bulat-bulat. Aku akan tambah bahan ikut sedap hati aku. Yang tak best buat biskut raya ialah...bila dah masak aku yang ngap ngap makan biskut tu sebab tak tahan godaan baunya yang sedapnyaa...hehehe.

Iftar Keluarga Kami

Malam semalam kami berbuka beramai-ramai di rumah seorang sepupu. Kiranya ni iftar keluarga untuk tahun inilah. Kebetulan keluarga sepupu dari Kelantan juga balik ke Penang, dapatlah kami berkumpul.

Alhamdulillah, majlis berjalan dengan lancar walaupun sederhana. Tuan rumah menjamu kami semua dengan menu Nasi Daging yang aku bagi 6 bintang. Haa...melampau dak punya sedap hehe. Thank you Najib dan sakinah :) Yang lain-lain bawakan makanan serba sedikit bagi memeriahkan lagi majlis. 

Tapi serius aku terketa-ketar kaki bila nak ke rumah sepupu yang sorang ni. Rumahnya nun jauh di tingkat 18. Mak ai...aku ni gayat tahap 3. Sesampai kat atas tu terus pening tak hingat. Adoilah haha.










Tuan rumah yang sporting. Thanks!


Paklang dengan pinggan yang penuh hehe.



Paknjang dan Maknjang bawak pasembur dan sardine puff homemade. Sedap!


Solat berjemaah.


Aktiviti mentapau makanan untuk bawak balik. Terima kasih sekali lagi! :)

Si cantik manis yang bukan orang Korea hehehe.

Alaaa....aku tak dak gambar pun. Merajuklah...Takder sapa nak ambik gambar aku. Depa semua sibuk makan isk isk :(

Wednesday, July 9, 2014

Maher Zain - Ramadhan

Sayu betul hati aku bila dengar lagu Ramadhan daripada Maher Zain. Bergenang air mata.

Monday, July 7, 2014

Udang Lipan

Udang lipan ni dulu-dulu tak dak harga langsung. Nelayan buang-buang ja. Tapi aku dari dulu lagi suka makan udang lipan ni. Arwah ayahlah yang ajar aku makan udang lipan. Dulu arwah mak cuma rebus udang lipan. Kemudian kupas kulit udang dan makan isi udang cicah dengan air asam. Walla! Sedap.

Hari ni aku tengok udang lipan dah ada tempat. Orang guna untuk buat kuah mee atau isinya digunakan untuk buat goreng celup tepung. Sedap!

Petang semalam aku dapat beli udang lipan. Nelayan tu jual sekilo RM3 ja. So, aku beli semua dalam 2 kilo. Nelayan tu nak buang ja udang ni. Ish! Sayanglah. 1 kilo aku bagi pada adik. Katanya mak mertua dia nak buat mee kuah. Aku pun bercadang nak masak mee kuah hari ni.

Untuk yang tak pernah tengok udang lipan, nah gambar untuk korang semua :-)



Tapi udang lipan yang aku beli ni saiz agak kecik. Selalunya yang arwah ayah beli memang besar dan panjang. Anak aku dah panik bila aku bagitahu dia aku nak masak udang lipan. Katanya, jangan masak mama, lipan kan bahaya...kekeke. Adeihlah...jenuh dok explain kat dia.

Sunday, July 6, 2014

D'Seafood Paradise, Teluk Tempoyak


Kalau nak makan ketam bercili sedap macam ni silalah ke D'Seafood Paradise, Teluk Tempoyak, Penang.

Nak yang lebih sedap? Order soft shell crab.
Memang sesuai untuk orang macam aku yang giler malas nak kopek kulit ketam.
Yang paling tension lepas dah kopek kulit tengok-tengok isi ketam sikit saja.

Dengan soft shell crab, anda boleh makan semuanya haha.
Pi jangan tak pi berbuka di sana...

Wallawei!

Kena ikan bakar yang sambal sedap tu huhu.

Ni ikan sikap masak apa ntah...nama Siam...aku tak ingat.

Ni yang paling sedap...udang goreng kunyit haha. Khas untuk budak kecik tu.

Sesungguhnya puasa hanya bukan sekadar menahan lapar dan dahaga. Sorilah...aku saja nak share makanan sedap dengan korang semua. Kot boleh dapat idea berbuka puasa ;-)

Saturday, July 5, 2014

Jinak-jinak Merpati

Sejinak-jinak merpati.
Selalu datang nak makan dedak free.
Ada hari yang tak bernasib baik...kena cekup;
disembelih dan dimasak kari.

Hati-hatilah...jangan suka sangat makan benda-benda yang free ni hehe.

Friday, July 4, 2014

Berkongsi Rezeki Dari Allah - Aqsa Syarif

Di bulan Ramadhan yang mulia ni banyak sungguh peluang untuk kita melakukan amal jariah. Nak dengan tak nak buat jer.

Kita di Malaysia bersahur dan berbuka puasa dengan agak mewah, kadang-kadang sampai tak cukup meja punya dok atur menu. Apa salahnya kita berkongsi rezeki yang Allah beri tu dengan mereka yang amat memerlukan.

Jom, kita buat amal jariah untuk simpanan di 'sana' nanti.
Kalau takdak banyak, bagi sikit pun takper. Sikit daripada kita sebenarnya banyak untuk depa yang memerlukan.

Sahur RM20

Set makanan dan barangan untuk sebuah keluarga RM300

Set iftar RM50 (3 orang makan)

Set Aidilfitri RM150

Mungkin apa yang kita sumbangkan itu dapat memberikan sedikit kebahagiaan kepada mereka yang memerlukan. Daripada perabih duit kat buffet hotel yang makin mencanak harganya setiap tahun tu rasanya lebih baik kita berkongsi rezeki kita ini.

Jom, jom.

Nak buat baik tak boleh teragak-agak :)


Thursday, July 3, 2014

Juadah Berbuka

Hari ni aku letih sangat. Di ofis pun macam tak larat...jalan macam kura-kura. Aku suspek aku dehydrated dan hipoglycemic. Sekejap-sekejap aku rasa menggeletar.

Dalam dok tak larat tu sempat lagi aku berfikir juadah untuk berbuka. Sah! Kalau keadaan macam ni memang aku tak larat nak masak bila balik nanti.

Akhirnya aku beli nasi kerabu dan popia basah. Best.

Pastu Paknjang pulak hantar kuih talam durian. Uhuhu sedap ni.

Pastu Paklang pulak mai hantar mee kari. Oh! Rezeki. Alhamdulillah.

Sebagai balasan aku bagi kat depa buah rambutan yang sedang membuak-buak masak di depan rumahku itu. 
 Kuih talam durian yang Paknjang bagi. Pandai Maknjang masak...sedap :)

Mee kari yang Paklang bagi. Sedap.

Inilah rupanya buah rambutan pokok aku. Aku belajar daripada sorang kawan yang akan kupas semua buah rambutan dan letak di dalam peti sejuk. Mudah. Bila terasa nak makan rambutan cuma perlu buka peti sejuk hehehe.

Dan....inilah snek yang aku akan makan selesai berbuka puasa. Sedap. Pastu baru kenyang hehehe.

Tuesday, July 1, 2014

Baked Potato


Baked Potato...sedap ni kalau buat berbuka puasa. Ni Baked Potato yang aku order. Lazatnya hehehe...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...