Pages

Wednesday, November 28, 2012

Bila Nak Senang Cepat

Lama tak menulis sesuatu di blog. Sibuk dengan kerja di ofis dan rumah.
 
Citer hari ni tentang staf aku lagi; staf baru. Muda (20an), sopan dan buat kerja bagus sayangnya tak berdisiplin.
 
Sebab tak berdisiplin : buat kerja luar. Sampai urusan kerja luar tu terbawa-bawa ke ofis. Beberapa kali aku tegur dia. Dia minta maaf kemudian buat lagi. Nak buat kerja luar, lepas waktu pejabatlah. Aku nak marah betul bila bawak customer dia sampai ke ofis. Sudahlah ofis aku tu sepatutnya tempat restricted. Mana boleh bawa orang suka suki. Staf-staf lain pun merungut-rungut bila tunang dan customer dia bawa sampai ke dalam bilik staf.
 
Minggu lepas dan minggu ni kes menjadi lebih teruk. Dia tak hadir langsung ke ofis tanpa makluman. Cuti tahunan dia dah habis. Aduhai....
 
Setelah dibawa berbincang rupanya dia sudah ada masalah besar. Tak boleh tinggal di rumah atau hadir ke ofis. Sentiasa ada orang mengekori. Untuk apa lagi kalau bukan untuk belasah atau lebih teruk bunuh dia. MasyaAllah. Terkedu aku. Untuk itu dia terpaksa melarikan diri ke negeri lain semata-mata untuk selamatkan diri.
 
Aku cuma mampu bagi nasihat pada dia. Usia masih muda, perjalanan hidup masih panjang...kawin pun belum. Tapi disebabkan rakus nak duit yang banyak, sendiri cari masalah dan sendiri susah.
 
"Rezeki yang tak berkat, walau dapat berpuluh ribu, akan hilang dalam sekelip mata."
 
Dia cuma mengangguk lemah masa aku nasihatkan dia. Katanya dia dah menyesal. Tapi nasi dah jadi bubur. Mahu tak mahu dia terpaksalah jadi pelarian buat masa ini.
 
Dan aku pening kepala memikirkan jadual kerja yang dah lopong satu untuk aku isikan. Terpaksa susun jadual ikut staf yang ada. Bertambahlah beban staf aku yang sedia ada. Kesian depa. Kesian gak kat aku huhu.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...