Pages

Friday, December 28, 2012

Dua Kaki Ini

Kaki aku dah dua minggu sakit.
Sakit yang tak tentu hala.
Dua-dua kaki sakit.
Jalan dah macam tak normal.

Ubat dah ambik di klinik.
Hari tu sebab terlalu sakit, aku terpaksa dicucuk dengan ubat tahan sakit.
Hari-hari abg urut kaki aku dengan harapan kaki aku ok semula.

Hari ni cuti. Aku ambik cuti.
Nak berehat sambil abg ada hal sambil adik bongsu aku nak ambil kereta dia.

Kereta adik aku dah jadi tukun.
Kesian pulak. Nanti bahaya kalau dia drive balik Penang sorang-sorang.
Kami akan follow dia dari belakang.

Sebaik tiba di hotel, keajaiban berlaku.
Kaki rasa normal. Tak sakit pulak.
Rasanya "ada" yang tertinggal di RnR Tapah. Emm...

Sunday, December 23, 2012

Taman Rama-Rama, Teluk Bahang, Penang

Sempena cuti sekolah ni mak sedara, sepupu sepapat semua balik bercuti. Kami ambil kesempatan ke Taman Rama-rama yang terletak di Teluk Bahang. Nama jer asal Penang, ramai yang first time masuk taman ni hehe.
Masa sampai tu hujan rintik-rintik. Tapi takper, taman ni berbumbung. Cuma setitis dua hujan kenalah jugak di atas kepala.
Harga tiket dewasa : RM18
Kanak-kanak (4-12 tahun) : RM10
Nih untuk yang ada Mykad. Takder Mykad, mahallah skit, RM27.
Selain rama-rama, ada gak serangga, ulat gonggok, ular dan kala jengking. Terdapat jugak mini theater yang menayangkan cerita tentang serangga.Memang bagus sangat kalau nak bawa anak-anak untuk tambah pengetahuan depa.
Lebih kurang pukul 5.15pm kami keluar, tempat ni dah ditutup. Tutup awal sebab rama-rama tido awal (tipu jer hehehe).


Depan pintu masuk. Sebenarnya gambar ni diambil masa dah keluar...tengoklah anak aku tu...letih semacam jer hehe.

Sedang beli tiket masuk.

Buaian rama-rama di mula-mula masuk. Orang lain semua excited berjalan dan tak nampak buaian ni. Jadilah... suami sepupu aku ni sempat berposing.

Rama-rama menghisap madu pada bunga raya yang disusun di atas redai besi.

Rama-rama tengah mengawan. Sejuk kot lepas hujan....hehe.

Paklang aku sedang menunjukkan ketidakgeliannya memegang gonggok hutan. Aku pun berani....sayangnya aku kan photographer kui kui kui.

Pada awalnya sesapa pun tak perasan ada makhluk dalam akuarium ni. Kura-kura ni sebijik macam batu. Cara dia nak perangkap mangsa cuma perlu nganga mulut...nanti mangsa akan tertarik masuk ke dalam mulut kura-kura tu. Best gak, nanti aku nak try nganga mulut depan KFC kot-kot KFC melayang masuk dalam mulut aku...erkkk. 

Pokok hutan...terlupa nak tengok nama.

Pelbagai jenis rama-rama serta serangga yang telah diawetkan. 
Boleh tengok serangga dan maklumat tentangnya.

Pokok periuk kera. Kera tak nampaklah pulak.

Iman yang sekejap ok sekejap geli tengok serangga itu ini. 

Rama-rama dua sejoli...ewah. 

 Rama-rama jinak atas jari...tapi rama-rama pun memilih gak kat ssesapa dia nak hinggap hehe. 

 Tok sedara bersama cucu-cucu sedara kesayangan. 

Puan doktor pun excited bila rama-rama hinggap atas tangan...hehe. Selama ni kuman jer hinggap atas tangan kan...tak gitu? 

Katak ni sebijik macam daun. Muka dia toya jer. 

 Katak toya tengah mengawan. Mesti depa bengang sebab aku dah snap gambar depa.

Kumbang muka manusia. Cer tengok betul-betul. Macam muka Elvis Presley. 

Kedai cenderahati. Banyak yang boleh dibeli di sini. Harga murah. 

Makan aiskrim dulu sebelum keluar. Kesian Iman dok langut aiskrim Acu. Acu buat derkk jer. 

Cuma kami berlima sempat bergambar di kumbang gergasi ni. Yang lain dah menonong keluar. Padan muka depa hehehe.

Saturday, December 22, 2012

TAK SAMPAI HATI

Sungguh tak sampai hati untuk aku potong dan makan kek ini....huk huk.

 Sambutan Birthday untuk tahun 2013 bersama sepupu-sepupu.



 
Iman minta Along Nirrah potong kek gambar dia dan bagi kepada aku. Tidaklah sampai hati seorang ibu nak makan anak sendiri kekeke....pelik betui aku ni. Kek ni masih tersimpan elok dalam peti sejuk.

Thursday, December 13, 2012

Mula dah

Rasa down mula dah menjengah diri.
Apasallah aku selalu rasa down dalam keja?
Maybe aku bekerja di sekeliling orang yang cerdik pandai dan menyebabkan aku rasa tak pandai sangat.
 
Sabar sabarkanlah hati.
Otak dah mula berpusing ligat nak cari keja lain.
Agaknya aku ni cepat bosan menghadapi kerja yang sama setiap hari.
Masuk tahun keempat mulalah....
 
Sabar hati...sabar.

Wednesday, December 12, 2012

Saturday, December 8, 2012

Puteri Harbour Family Theme Park

Baru-baru ni kami ke Puteri Harbour Family Theme Park yang terletak di Nusajaya, Johor; berdekatan dengan Legoland. Tempat tu baru dibuka. Masih ada tempat yang belum siap.
Kononnya tak nak pegi Legoland...sebab duit dah kopak di USS. Sekali hamik ko. Kat Puteri Harbour ni tiket nak masuk pun boleh tahan...separuh harga tiket ke Legoland. At least tak ler kena panas lit lit macam di Legoland. Still enjoy.

Untuk warganegara Malaysia perlu tunjuk kad pengenalan, harga murah ler skit. Kalau sesapa ada pakwe Bangla tu nasib ler kena bayar lebih.

Theme Park ni 3 tingkat. Tingkat pertama dunia Hello Kitty. Semua tentang Hello Kitty. Sapa yang anak atau manusia yang giler Hello Kitty mesti enjoy kat sini. Daripada permainan sampai rumah dan gambar cucu cicit Hello Kitty ada dalam ni. Baru aku tahu yang Hello Kitty jantan namanya Daniel hehehe.

Manusia memang ramai especially Chinese. Tempat ni sesuai untuk budak-budak dan untuk orang tua macam aku yang perangai macam budak-budak. Aku teruja tengok Pingu, Barney, Bob the Builder dan lain-lain lagi. Hello Kitty aku tak teruja sangat. Girlish betui.

Tingkat kedua ada Barney, Pingu, Angelina the Ballerina dan Bob the Builder. Maskot akan keluar dalam waktu-waktu tertentu jer. Iman dapatlah tengok show Barney. Tapi biasalah Iman, pemalu macam aku (chewah). Kat belakang bising nak tengok Barney, nyanyi lagu Barney. Di depan Barney Iman diam macam tikus. Aku pulak dok tersengih-sengih tengok penari-penari latar Barney. 'Adik-adik' betui....yelah, kalau tak 'adik-adik' mampuih sapa tak nak menari macam tu haha.

Bob the Builder ada masa aku tengah makan. Loqlaq jugak dia sebab dok usik orang. Iman dah pucat lari nak masuk bawah meja bila Bob ni lalu. Pastu Bob ni usik aku pulak. Aku pi tarik tangan Bob. Bila pikir balik ntah tangan Bangla manalah yang pakai maskot Bob aku tarik haha. Mengong.

Tingkat ketiga ada Thomas and friends. Jangan tanya banyak-banyak sebab aku tak berapa kenal kartun-kartun ni. Aku tengok orang tua yang berebut nak naik itu ini mengalahkan budak-budak. Agaknya alang-alang bayar mahal baik belasah naik semua game bebudak pun hehehe.

Nasihat aku, bawalah makanan dan minuman siap-siap sebelum masuk. Tempat untuk duduk makan banyak jer. Mahallah makanan kat situ. Tak berbaloi betui. Macam nak marah jer sebab aku ni makan macam king kong tapi dapat ayam sebesar peha tikus jer. Harga RM15 tu..ish ish. Pastu ada sesetengah tempat nak beli makanan kena berbaris panjang.

Sebelum balik boleh singgah kedai souveniar. Banyak barang-barang comel boleh dibawa balik (kena beli ler). Tapi aku cepat-cepat keluar dari kedai tu sebab poket aku dah tak comel haha.

 Yeay! Aku pulak yang lebih-lebih seronok pusing cawan. Aku rasa nak ketuk kepala orang yang naik cawan warna pink tu. Masa beratur nak masuk, dia suruh anak dia berebut masuk cawan warna pink. Aku kat depan. Siap tolak-tolak aku dan Iman. Nasib baik aku tak jadi gorila dan campak dia dalam teko kat tengah tu jer haha.

 Comel pulak hihi. 

 Iman pulak buat comel...haha. 
 Nak ambik gambar pun malu-malu sebab sekeliling tu penuh manusia. 
Rumah Barney. Simple jer. Tak dak apa pun kat dalam. Iman kata Barney miskin haha.

Sofa Hello Kitty

 Ruang tamu

 PC Hello Kitty

 Bilik mandi memang cantik

 Bilik tidur dan katil memang buruks. Depa ambik mana ntah ler cadar semua tu.

 Keroppi khas untuk Insan Marhaen hehe

Tak best sebab terpaksa beratur masuk dalam ni. Boleh nak jawab soalan dalam tu...tak nak pun jawab pun boleh. Iman siap celapak ayahnya sebab dia memang tak suka tempat suram dan pelik macam ni hehe.

 
 Suka pulak Iman masuk dalam pokok


 Kat sini disediakan tutu untuk bergambar. Anak aku kan pelik macam mama dia...jenuh tak nak pakai...haiya


 Akhirnya dapat ler pakai ini jer


 Bob the Builder


 Best Barney menyanyi. Aku pun menyanyi sama haha.


 Tengok...orang tua yang sibuk beratur panjang nak naik Thomas...


 Best gak naik bas terbang ni hehe.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...