Pages

Tuesday, September 30, 2014

Barah Kebab & Chicken Milani - Restoren Kapitan, Queensbay

Aku dari dulu lagi tertanya-tanya apa itu Barah Kebab bila masuk ke Restoren Kapitan.
Bila tanya kepada mamak tu dia punya penjelasan buat aku macam lagi tak faham.

Rupanya, Barah Kebab adalah Kebab Kambing. Ler...

Apa lagi...untuk peminat tegar kambing dan bebiri macam aku ni dah tak boleh tahan nafsu.
Order bang...order.

Sekali kebabnya sampai anakku pun berkata "Eh, makanan mama dah tak elok...dah ada lumut!."

Pengsan!

Sebenarnya warna hijau kelumutan tu disebabkan daging kambing tadi disiramkan sos pudina.
Bukan sebab dia perap sampai naik lumut hehehe.

Abg lagi best. Abg bagitau Iman "Haaa inilah namanya Kebab Incredible Hulk. Arrghhhh!."

Ting tong betui suami aku ni.

Tapi, cubalah order Barah Kebab. Memang sedap. Aku suka. SUKA!

Rupa Barah Kebab ni macam kena spray cat pun ada jugak. Gulp!

Abg pulak order Nasi Beriyani Chicken Milani.
Aku tengok Abg interview mamak tu macam wartawan tv3 untuk segmen Majalah 3.
Abg nak tahu ingredients Chicken Milani.
Mamak tu pulak aku tengok tergeleng-geleng.

Rupanya mamak kata tarak tau apa ingredients Chicken Milani (penipu betui).
Abg pun makan.
Abg kata sedapnya.
Abg tanya aku "Yang tahu tak apa depa boh dalam Chicken Milani ni."
Aku sengih jer.

Sebenarnya depa letak cheese dan apa lagi ntahlah dalam Chicken Milani tu,
Aku malas cerita banyak dengan Abg.
Sebab dia kononnya geli makan cheese.
Walhal psikologi jer bukan sebab allergic ke apa.
Bila dia tak tahu itu cheese, dia pulun jer makan sambil sengih-sengih.
Jahatkan aku haha.

Chicken Milani...nyum nyum

So, kalau korang ke Restoren Kapitan Queensbay, jangan lupa order Barah Kebab dan Nasi Beriyani Chicken Milani di samping Roti Naan Cheese yang sedap tu :)

*Entri ini tidak ditaja oleh Restoren Kapitan kikiki*

Monday, September 29, 2014

Rahsia Bancuhan Kopi dan Teh Tarik Sedap

Untuk buatkan kopi dan teh tarik anda lebih sedap, jangan lupa campurkan secubit garam di dalam bancuhan. InsyaAllah, kopi dan teh tarik anda akan lebih ummph!
 
Pernah aku hidangkan air kopi kepada kawanku ketika mereka datang ke rumah. Sebelum balik, si suami minta aku belikan serbuk kopi yang aku gunakan untuk mereka bawa pulang ke Selatan. Tapi, bila sampai di rumah, isterinya kata suaminya merungut rasa kopi masih tak sama seperti kopi yang aku bancuh.
 
Aku beritahu rahsia untuk sedapkan bancuhan kopi. Pada awalnya mereka ketawakan aku. Akhirnya bila dah cuba barulah mereka percaya. Hehe...
 
Cubalah...tapi jangan masukkan garam sampai satu sudu besar. Itu lain pulak jadinya.

Sunday, September 28, 2014

Roti Sarang Lebah

Sekejap saja rasanya kita dah bakal menyambut Hari Raya Korban pulak minggu hadapan. InsyaAllah, tahun ini kami akan buat korban di Terengganu. Ya, balik beraya di Terengganu lagi. Doanya segala urusan perjalanan dipermudahkan Allah.
 
Urusan adik-adik juga telah aku selesaikan, alhamdulillah. Sudah lepas janjiku kepada arwah mak dan ayah. Lepas ini pandai-pandailah mereka nak menjalani hidup yang penuh dengan cabaran ini. Aku sudah letih. Aku mahu berehat dan menumpukan sepenuh perhatian terhadap keluargaku.
 
Semalam, walaupun agak letih, aku buatkan roti untuk Iman dan Abg. Kesian aku tengok Iman yang nak sangat makan roti yang aku buat. Untuk Abg pula aku buatkan Roti Sarang Lebah.
 
Hari tu Makngah ada berikan kami Roti Sarang Lebah. Bila dah makan dan rasa sedap, mulalah aku cuba untuk membuatnya. Sebelum ni aku tak terliur langsung melihat Roti Sarang Lebah di dalam FB dan blog-blog masakan. Aku bayangkan roti ni besar. Rupanya, comel dan taklah terlalu manis.
 
Resepi doh aku gunakan resepi roti yang aku ada. Manakala resepi Sos Butterscotchnya aku ambil daripada blog Secubit Garam
 


Abg suka sangat makan Roti Sarang Lebah ni. Kalau nak beli kena order, so baiklah aku buat sendiri. Kata Abg rasa roti yang aku buat sama dengan rasa roti yang Makngah bagi. Alhamdulillah :)
 
Sekejap lagi nak ajak Abg keluar bawa Iman jalan-jalan. Satu hari terperap di dalam rumah yang comel ni. Kesian Iman. Esok dah sekolah. Mesti Iman rasa bosan.
 
 
 
p/s"Maaflah...aku malas menyalin semula resepi hehe. Boleh jer ke blog Secubit Garam yang popular tu untuk resepi lengkap."
 
 

Sunday, September 21, 2014

Amalan Baik Separuh-separuh

Petang tadi semasa aku tunggu Abg ke kedai, aku terpandangkan sesuatu.
Amalan tidak membuang sampah di merata tempat memang baik.
Tapi cubalah tengok betul-betul kat mana sampah dalam gambar ni dibuang.

 
Agak-agaknya tuan punya basikal naik angin tak?
Penuh sampah dalam raga basikalnya.
Seorang pakcik yang lalu-lalang kat situ pun buang sampah dalam raga basikal ni.
 


Monday, September 15, 2014

Congratulation vs Condolence

Pernah tak korang beli kad untuk ucapkan tahniah atau takziah kepada kawan-kawan?

Perkara paling bodoh yang pernah aku buat ialah tertukar kad tahniah dengan kad takziah.

Pada waktu yang sama, seorang kawan akan berkahwin sementara seorang lagi sakit.
Prihatinlah kiranya...aku pun belikan kad untuk dihantar kepada dorang.
Masa tu aku tengah serabut dengan final exam yang memang nak buat pelajar macam aku ni mati di kepuk (harap faham...kalau tak faham tak per hehe).

Balik dari shopping mall aku bersemangat tuliskan kad dan pos kepada kawan yang akan melangsungkan perkahwinannya di minggu hadapan.
Kebetulan dengan exam clinical yang macam nak maut tu menyebabkan aku tak dapat hadir ke majlis perkahwinannya.

Balik dari pejabat pos aku terus ke meja study...nak sambung baca buku untuk exam seterusnya.
Kad untuk kawan yang sakit belum aku poskan.

Aku buka kad tersebut sambil berfikir apa yang nak aku tuliskan kepada kawan ku itu.

Oh! Terkedu.

Kenapa dalam kad tu ditulis CONGRATULATIONS!

Macam aku nak hantuk kepala ke dinding.
Aku dah tersilap hantar kad kepada kawanku.
Sah mata dan otakku dah tak synchronize time aku tulis kad untuk kawan ku.

Akibatnya...aku kehilangan seorang kawan.
Aku jamin dia  marah sangat bila terima kad aku.
Sudahlah dia memang spesies pemarah tahap dewa petala bumi.

Sekian. Hilang seorang kawan akibat sekeping kad.

Saturday, September 13, 2014

Kelas Roti : Lahar Kepar, Kepala Batas

Kepada sesiapa yang berminat untuk belajar membuat roti, anda bolehlah berhubung dengan Ustazah Aminah. Bayaran adalah berpatutan dan kaedah pembelajaran sangat santai.

Pembelajaran secara hands-on



Lebih mudah kiranya anda datang secara berkumpulan 8-10 orang untuk kelas roti ini.

Anda akan diajar untuk membuat pelbagai roti yang sedap untuk jualan. InsyaAllah, Ustazah Aminah sangat tidak kedekut dengan ilmu.

Bentuk pelbagai hasil tangan pelajar

Selesai kelas...tapau.


Aku berminat belajar membuat roti dengan Ustazah Aminah selepas aku beli dan rasa roti yang beliau hasilkan. Memang sedap!

Roti Pizza

Ustazah Aminah juga sangat menggalakkan para pelajarnya untuk memulakan bisnes roti setelah belajar. Ini adalah untuk memenuhi tuntutan agama dalam menghasilkan makanan yang halal dan suci bagi keperluan umat Islam.

Jom...sama-sama kita menuntut ilmu :)

Ustazah Aminah
019-5456254


Friday, September 12, 2014

Matikanlah Kami Dalam Iman

Minggu ni aku agak kelam-kabut. 
Ada urusan penting yang perlu diselesaikan.
Allah pula duga aku dengan sakit mata (conjunctivitis).
Dalam keadaan mata pedih dan cekang aku terpaksa bergerak.
Bergerak mulut jer...bagi arahan dan minta tolong daripada ahli keluarga yang lain.

Alhamdulillah, Allah kurniakan aku dengan ahli keluarga yang baik; sangat membantu.

Aku merancang untuk melakukan semuanya sendirian; atau berdua dengan Abg.
Tapi Allah bagi aku rehat.
Dengan spek hitam; yang Abg hadiahkan aku sempena sakit mata.
Alhamdulillah...dapat spek hitam yang cantik.

Malam, baru aku akan keluar rumah dengan Abg.
Waktu malam kurang sikit pedihnya mata ini.
Tapi aku tetap pakai spek hitam untuk kurang kan gatal dan silau...pedih.

Dalam kereta aku diam berfikir perancangan yang dibuat.
Perlaksanaannya semua atas izin Allah.

Tiba-tiba anakku mula menyanyi.

"Ya Allah, matikanlah kami dalam iman."

Sepanjang jalan anakku melagukan ayat itu.

Aku tersenyum sendirian.
Allah sayangkan hambaNya.
Maka diturunkan kesakitan, musibah dan kesusahan.
Hanya semata untuk memastikan hambaNya makin dekat padaNya.

Terima kasih ya Allah.

Saturday, September 6, 2014

Roti Senget Benget

First time buat roti.
Tangan keras tak berseni langsung.
Walaupun roti lembut dan gebu, bentuknya out.

Korang tengok boleh.
Janganlah gelak kuat-kuat sangat.
Malu aku.



Percubaan Pertama. Senget!

Gebu

Percubaan kedua. Letak cheese dan tabur gula.

Percubaan ketiga. Bulat tak serupa bulat. 

Percubaan keempat. Sos main tuang dari botol.

Percubaan kelima. Adalah bentuk sikit.

Suka yang ni. Kecik comel berkilat. 

Banyak-banyak benda, berus dan botol sos aku lupa beli.
Maka beginilah rupanya.
Apa-apa pun alhamdulillah...menjadi.
Anak dan Abg dah suruh buat roti hari-hari.
Nampaknya biceps aku akan membesar.
Tak payah susah-susah angkat dumbell lagi.



Friday, September 5, 2014

Happy Birthday Abe Sahak!

Kek Birthday untuk Ayah!
Last week birthday Abg.
Aku tak berapa sihat...rancangan nak sediakan kek suprise untuk Abg telah terbantut.
Akhirnya anak aku yang siapkan kek daripada Playdoh untuk ayahnya.

Abg "Ni kek ka kereta kebal ni?"
Iman "Itu lilin lah ayah...apalah...tiup cepat!"




Monday, September 1, 2014

Bun

Aku la ni tengah gila buat roti bun.
Alang-alang dah pi kursus takkan nak biar ilmu berlapuk macam tu.
Maka tiap-tiap hari aku cuba praktis buat bun.
Almaklumlah aku ni bukannya pandai...yang biasa buat pun pizza ja.

Malam ni aku buat bun lagi.
Anak aku tanya "Bun ni nama apa pulak mama?"

"Bun Ki Moon."

Spontan aku jawab sebab dah terlalu mengantuk dan letih.

Anak aku terus dok menyanyi-nyanyi "Mama buat roti bun kin moon." berulang-ulang.

Hentam sajalah labu :-p
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...