Pages

Saturday, July 25, 2009

Baca ja lah no...

Disebabkan "keuzuran" aku nak menaip lama-lama tak boleh, aku copy paste ja e-mail lucu yang abg send kat aku....hehe....baca ja lah no...

Ini kisah pasal sepasang suami dan isteri orang asli yang tinggal di dalam hutan.
Rumah dorang ni dibina di atas pokok... 2 tingkat lagi tu.
Si suami kerja nya mencari makanan di hutan, sama ada dengan pergi berburu ataupun memetik buah-buah hutan.
Si isteri pula tinggal mengemas dirumah.

Suatu hari, Si suami pergi mencari makanan dihutan.
Sedang mencari-cari... tiba-tiba dia terjumpa cermin.
Dia pun bawak balik cermin tu dan disimpankan cermin tersebut di tingkat atas rumahnya tanpa pengetahuan isterinya.

Setiap hari sebelum pergi keluar mencari makanan, dia akan masuk ke bilik dan melihat cerminnya.
Sehinggalah satu hari, si isteri naik pelik melihat telatah suaminya tu...
Maka disiasatlah bilik yang selalu dimasuki oleh suaminya..
Bimbang-bimbang kalau suaminya menyimpan perempuan lain di bilik tersebut tanpa pengetahuannya..

Dan punyalah terkejut beruk.. dia masuk je bilik tu.. dia ternampak cermin suaminya.
Oleh kerana si isteri ni taktau cermin tu apa.. so, dia ingat orang dalam cermin tu memang perempuan simpanan suaminya.

Apa lagi.. habis berlari dan meraung menangisla dia cari mak nya..

Lepas berjumpa dengan maknya.. mak dia cakap nak lihat sendiri perempuan yang kononnya disembunyikan oleh suaminya tu..
Lalu maknya pon masuk ke bilik tersebut.

Kemudian keluar dari bilik tersebut sambil ketawa terbahak-bahak..

Isteri: Apsal mak ketawa?..

Mak: Apa teruk benor selere suami ko tu.. kalau ye pon nak kawin lain.. carik la perempuan yang elok sikit.. Ini tak.. aku tengok perempuan kat bilik tu.. dah la tua.. hodoh pulak tu..

Wednesday, July 1, 2009

Sambal Kicap

Apa hal ntah, makan apa pun nak sambal kicap.

Tabiat ni bermula masa tahun 1996 bila aku menyewa rumah dengan budak Jawa dari Johor, Klang dan Pahang.

Mula dengan goreng pisang cicah sambal kicap.....wuhuhu aku dah rasa ketagih.
Maka terbawak-bawaklah sampai ke hari ni bihun goreng, cucur udang dan apa saja semua nak bantai makan dengan sambal kicap.

La ni berjangkit pulak tabiat ni pada abg.

Oh sambal kicap.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...