Pages

Monday, July 7, 2014

Udang Lipan

Udang lipan ni dulu-dulu tak dak harga langsung. Nelayan buang-buang ja. Tapi aku dari dulu lagi suka makan udang lipan ni. Arwah ayahlah yang ajar aku makan udang lipan. Dulu arwah mak cuma rebus udang lipan. Kemudian kupas kulit udang dan makan isi udang cicah dengan air asam. Walla! Sedap.

Hari ni aku tengok udang lipan dah ada tempat. Orang guna untuk buat kuah mee atau isinya digunakan untuk buat goreng celup tepung. Sedap!

Petang semalam aku dapat beli udang lipan. Nelayan tu jual sekilo RM3 ja. So, aku beli semua dalam 2 kilo. Nelayan tu nak buang ja udang ni. Ish! Sayanglah. 1 kilo aku bagi pada adik. Katanya mak mertua dia nak buat mee kuah. Aku pun bercadang nak masak mee kuah hari ni.

Untuk yang tak pernah tengok udang lipan, nah gambar untuk korang semua :-)



Tapi udang lipan yang aku beli ni saiz agak kecik. Selalunya yang arwah ayah beli memang besar dan panjang. Anak aku dah panik bila aku bagitahu dia aku nak masak udang lipan. Katanya, jangan masak mama, lipan kan bahaya...kekeke. Adeihlah...jenuh dok explain kat dia.

3 comments:

Nurul Atiqah Baharuddin said...

Saya pun penggemar udang lipan.. bt goreng, mmg sedap! :D

Bearcat said...

Nurul Atiqah, memang sedap isi udang lipan digoreng. Tapi bab nak kopek kulitnya tu yang buat kak fed-up hehe.

Anonymous said...

Beli kt mane udang ni.. Murah je tu..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...