Pages

Monday, November 29, 2010

Selamat Tinggal Mak yang Dikasihi.

Mak dah tak ada. Mak dah pergi tinggalkan kami. Aku sedih, terkejut dan jadi keliru. Walaupun kononnya aku dah lama bersedia menerima sebarang kemungkinan yang akan berlaku pada mak.

Pagi sebelum mak tenat, mak sms aku suruh bawakan tuala. Masa Izat jaga mak di hospital mak juga sempat pesan suruh aku belikan adult diaper. Aku tertanya-tanya. Mak dah tak boleh berjalan ke? Sebab sehari sebelum tu mak ok, cuma lemah sikit sebab tak ada selera makan. Demam pun dah kebah. Cuma tunggu nak keluar dari wad. Tiba-tiba mak tak boleh bernafas.

16 hb November 2010, pukul 8 pagi, mak telah meninggalkan kami semua. Esoknya 17 November 2010, hari ulang tahun perkahwinan aku dan abg yang ke-10, juga bersamaan Hari Raya Aidiladha.

Terima kasih kepada Maklang yang banyak membantu sejak mak masuk wad. Begitu juga pada Pakngah, Makngah, Paknjang, Makndak dan Maksu yang memudahkan lagi pengurusan pengkebumian mak.

Bila dah tiba masanya, sesaat pun kita tak kan dapat lari. Selamat tinggal mak yang dikasihi. Selamat bersemadi di samping ayah seperti yang mak impikan selama ini. Kami tak akan putus untuk mengirim 'hadiah' untuk mak dan ayah yang kami kasihi, insyaallah.

3 comments:

Ariff Budiman said...

Siapa sangka hari ini kita bergelak ketawa. Esok kedengaran sudah tiada. Harap G dan adik2 tabah menghadapi dugaan ini walaupun berat sekali bahu yang memikul. Kalau ada apa2 masalah talipon paknjang

Anonymous said...

Kehidupan tiada kepastian, namun kematian itu satu kepastian. Redha akan ketentuan Allah itu ketenangan. Anak yang soleh adalah sebaik2 wasiat. Semoga rohnya ditempatkan dikalangan org2 yg mendapat rahmat dari yang Maha Pengasih. Amin.

bearcat said...

Paknjang, terima kasih. Walaupun kami dah tak ada mak ayah tapi kami bertuah sebab ada mak dan bapa saudara yang baik dan mengambil berat macam mak ayah juga.

Anon, terima kasih. Kita pun akan ke sana juga. Semoga kami bertiga dapat bahagiakan mak dan ayah di sana, insyaallah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...