Pages

Saturday, November 13, 2010

Mak Masih di Wad

Sudah hampir 2 minggu mak di wad. Mak dah dipindahkan ke bilik isolation. Ada jangkitan kuman. Kesian mak. Malam-malam Izat pi jaga mak. Terima kasih Izat. Aku tak mampu jaga mak waktu malam. Iman tak dak sapa nak tengok.

Mak selalu call aku sambil menangis. Aku faham perasaan mak. Bosan, menahan sakit lagi, tentu amat tak selesa. Aku hanya mampu suruh mak bersabar.

Bila kita jatuh sakit, baru kita tahu siapa kawan siapa saudara. Kawan mak dari jauh pun ada yang datang melawat. Mak rasa gembira. Aku tahu mak rasa sedih, ada saudara yang dekat pun sikit tak tanya khabar. Tak apalah mak, tak payah fikir sangat. Hidup macam tu lah. Bersyukurlah masih ada saudara lain yang ingat akan mak dan selalu datang melawat. Mungkin depa terlalu sibuk dengan kerja. Bersangka baiklah.

Ntahlah, mungkin mak akan terus berada di dalam wad sampai ke tarikh pembedahannya. Kesian mak. Raya Haji pun mungkin tak boleh keluar wad.

Semoga mak sabar dengan dugaan yang menimpa mak ini.

4 comments:

Insan Marhaen said...

teringat kawan-kawan IM yang buat program ziarah hospital tiap-tiap minggu.

minggu ni mereka bawa beberapa pelajar tahfiz untuk tolong sama bacakan doa pada pesakit...

depa kata, orang kristian dan budha buat lama dah...

bearcat said...

ya, sebenarnya dalam Islam pun suruh kita menziarahi orang yang sakit. Tapi macam biasalah, kita tahu teori tapi tak dak perlaksanaan.

Baguihlah kawan-kawan IM. Pastikan depa menziarahi saudara mara depa yg sakit dulu sebelum melangkau menziarahi orang lain yang depa tak kenal hehe.

bantalbucuk said...

bagaimana keadaannya sekarang ?

bearcat said...

Ucuk, mak dah kembali ke rahmatullah...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...