Pages

Tuesday, April 27, 2010

Tak ada yang penting

Hari-hari yang aku lalui agak meletihkan. Iman makin bertambah beratnya. Kadang-kadang aku nak 'tui' dia naik tak boleh. Aku yang terduduk ke belakang. Alhamdulillah, itu tandanya Iman sihat.

Yang paling tak larat time mandi. Iman memang syok. Dah badan debot, memanglah syok mandi, boleh hilangkan panas badan. Tapi bab memegang Iman waktu mandi memang mencabar kekuatan tangan. Tak payah exercise guna dumpbell, yang ni pun boleh buat semua muscle naik. Dan ini juga alasan aku bila makan nasi sampai dua pinggan hehe, boleh?

Iman, sepakan dia memang kuat. Sekali dia tunjal, tu dia, tak macam umur budak 3 bulan. Kalau tengah pegang dia, dia mengamuk, boleh terlepas dibuatnya. Dahla mamanya tak 'rot'.

Memang seronok ada anak tapi sebenarnya hati ini lebih takut memikirkan pasal tanggungjawab dan amanah yang telah Allah beri. Dapatkah aku didik dia jadi seorang anak yang solehah? Dapatkah dia membesar sebagai dan menjadi seorang insan?

Banyak hal aku tak mahu Iman laluinya sebagaimana telah aku lalui dulu. Ini semua buat aku risau, bimbang. InsyaAllah, aku dan abg akan cuba sedaya-upaya. Semoga Allah makbulkan doa kami.

Sekarang Iman galak bercakap, sampai termuncung-muncung mulutnya. Kalau aku buat tak layan, dia akan menjerit marah. Kelakar pun ada. Yang paling tak tahan tengok Iman bersembang dengan Kinah. Kinah ni memang ada pakai ilmu pengasih kanak-kanak dan haiwan hahaha. Bila jumpa Kinah, Iman tak layan dah orang lain. Macamlah Kinah tu faham apa yang dia cakap hehe.

Cuma, Iman sampai sekarang belum bersua muka dengan Pakngah Izat. Hari-hari Iman dok tunggu Pakngah Izat balik. Emmm.

5 comments:

scr said...

kinah ngan iman ja paham...hehe...

Unknown said...

Tak sabar nak balik nie..lagi bape belas hari..tekanan exam.

Bearcat said...

Kinah : Balik nanti kak G nak berguru gak ilmu cakap dengan bayi hehe.

Izat : Iman kata good luck Pakngah...nanti jangan lupa beli kepit kuku Iman no :-)

bantalbucuk said...

hahaha!comey sgguh no..
Iman hari tuw ad email,katanya suh sampaikan pd bearcat "camat hri ibbu.."

Bearcat said...

hehehe selamat hari ibu :-)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...