Pages

Thursday, April 8, 2010

Kerana Dia




Letih dan menyakitkan.
Aku rasa macam tulang-tulang aku patah, urat-urat aku putus.

Bila malam saja terus aku rasa macam nak lumpuh.

Aku memang tak daya nak dukung Iman tapi terpaksa aku gagahkan diri.
Tadi aku langsung tak boleh bangun dengan Iman di ribaanku.

Kesian Iman dapat ibu macam aku.
Iman asyik nangis minta aku dukung sambil jalan-jalan.
Ya, dukung statik Iman tak mahu; nangis.
Sambil dukung kena jalan, berhenti sesaat, Iman marah sambil jerit (walaupun sakit, aku tergelak dengar suara Iman jerit...cute).

Abang pun pening kalau tengah drive tiba-tiba lampu trafik merah.
Iman secara spontan akan mengeraskan badan dan menjerit minta kereta jalan (hahaha).
Tengah tidur pun Iman boleh tahu kereta berhenti.
Bila kereta berjalan semula, Iman akan senyum dan tidur semula.

Apakah Iman telah terkenan perangai aku?
Ya! Sebijik macam aku yang rasa sedih bila naik kereta dan kereta terpaksa berhenti.
Aku dapat rasa apa yang Iman rasakan tapi aku tak boleh nak ceritakan perasaan aku.
Aku dah mula ternampak diri aku semasa kecil sedang membesar.

Haru!

4 comments:

bantalbucuk said...

sgt comey!!!
tmbh2 dpt dukung 'diri sndri'+tgk pe'el time kecik..hik3..

Bearcat said...

a? dukung diri sendiri? anehnya...

Ariff Budiman said...

Sebiji-sebiji. Nasib la sodin sodin

Bearcat said...

Pak Njang, nak buat mcm mana, alhamdulillah...hahaha.

Tapi jenuh jugak nanti, kecik-kecik mesti akai, besaq-besaq baeeekkk!

p/s"Semalam G makan dah kacang buncis yang Pak Njang potong. Ada yang herot petot hahaha...mesti yang time terlena tu."

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...