Pages

Monday, October 25, 2010

Yey! Kami dapat sorang SEKOQ.

Baru-baru ni tempat kerja aku menganjurkan sebuah workshop. Peringkat kebangsaan gak la dan bertempat di hotel 5 bintang (macam ler orang heran hehe).

Memang sibuk sangat kami time tu dan terutamanya sehari sebelum tu; buat rehearsal sampai tengah malam. Masa rehearsal semua pakat bawak suami dan anak-anak. Kononnya memberi sokongan moral. Walhal masing-masing buat trick nak balik awal. Boleh bagi alasan anak ngantuk, suami  ngantuk. Sayangnya Boss tak bawak pulak suami dan anak-anak. Mahu tak mahu semua kena tunggu rehearsal selesai baru boleh balik. Para suami mata semua merah tahan mengantuk, anak-anak buat bising sebab depa dah bosan.

Hari pertama di situ aku dah dapat rasakan ada sesuatu yang tak kena. Ada sesuatu yang memanjat belakang aku dan duduk di bahu kanan. Cara panjatannya sangat perlahan, macam sloth @ kongkang pun ada. Akhirnya dia akan duduk di atas bahu. Cuma aku tak nampak gerangan apakah yang memanjat belakangku. Walaupun aku tak rasa sakit, aku rasa tak selesa. Aku rasa aku bawak monkey ke sana sini. Tapi aku diamkan saja. Mana tahu itu cuma perasaan aku.

Akhirnya tamat workshop dengan jayanya, alhamdulillah. Tapi sang monkey terus panjat dan turun dari belakang aku. Sekejap dia naik balik. Hampeh betul. Nak tengok, mata aku dah tak nampak dah benda-benda tu sekarang ni, kadang-kadang saja nampak. Nak panggil paknjang nanti buat kena gelak.

Tiba-tiba sorang kawan terbuka cerita. Katanya di bahu dia macam ada benda duduk dan tangannya sakit sampai lengan. Sorang lagi pulak turut bercerita, bahu kanannya sakit sampai ke tengah belakang. Sorang lagi pulak berat sebelah bahu kanan dan pijar kedua-dua tangan.

Yey! Confirm! Kami dah ada sorang sekoq!

Waktu aku nak ke rumah tukang urut, monkey tu aku rasakan melompat-lompat macam beruk kena belacan di belakang aku. Hahaha. Takut kot.

3 comments:

hentian said...

erkss.. tak dapat nak agak !@!??%$

Ariff Budiman said...

Tahniah dari pakjang kerana dapat sorang sekoq. Lain kali kalau rasa macam tu pergi ke tempat basuh tangan. Tadah air dalam tangan dan baca ayat 3 qul dan ayatul qursi lalu direnjis di tempat yang G rasa. Insyaallah. Kalau dia tak lompat G yang lompat he he

Bearcat said...

IM, apa yang tak dapat nak agak? Mau sekoq? hehe.

Paknjang, tima kasih bagi tips. Baguih gak kalau G yang lompat, kot-kot jadi kurus balik hehe.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...