Pages

Sunday, October 10, 2010

Baru 4 hari

Baru 4 hari aku menghadiri workshop; maknanya aku tak masuk ofis. Apa jadi? Tunggang-langgang, lintang-pukang hanya disebabkan seorang manusia yang harus aku panggil beruk.

Staf-staf lain naik angin, marah-marah dan tak puas hati dengan manusia siluman ini. Datangnya kembali lambat...dah hampir-hampir lunch time. Punch card pun tiba-tiba rosak. Ajaibnya. Lebih ajaib punch card rosak kali terakhir si siluman ni punch.

Aduh! Pening kepala. Kerja tak dibuatnya. Cakap depan aku bukan main lembut, baik. Di belakang, kerja semua tak jalan. Aku pening sebab deal dengan benda hidup bukan sama dengan objek pegun. Kalau kau tak bagi makan dan minum, matilah benda hidup ni. Kalau kau tak biakkan, mana nak dapat anak untuk penuhi permintaan.

Harus aku sumbat si siluman ini ke dalam sangkar dan beri dia makanan arnab.

AKU BENGANG!

4 comments:

Insan Marhaen said...

ingatkan nak bagi makan arnab atau nak bagi arnab makan...@#$%%

Anonymous said...

salam bearcat, sabar lah ye, asam garam jadi boss tapi tak elok panggil makhluk allah yg bernama manusia tu dgn nickname binatang. Istighfar dan selawat banyak2 ok.

Ariff Budiman said...

G. Bagi buah karate kid sebiji dekat dia

bearcat said...

IM, hahaha...

Anon, hehe dah terlampau. Sapa kena sapa taula...Yang nak menjawabnya saya. Anyway, saya bukan boss, saya kuli saja.

Paknjang, rasa nak bagi kipas senandung jer hehe.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...