Pages

Tuesday, May 11, 2010

Kacau

Jiwa aku agak kacau sekarang ni. Entah apa yang aku fikirkan dalam kepala. Rasa ada beban besar dalam dada.

InsyaAllah, kalau tak ada aral melintang aku akan bekerja semula bulan depan. Entah kenapa hati aku tiba-tiba sebak bila teringat Iman aku akan tinggalkan di nurseri. Sekian lama aku tunggu kehadiran Iman, seakan sehari pun aku tak mahu tinggalkan dia.

Kalau tak kerana perlunya wang, dalam erti kata yang lain, aku sudah tidak ada tanggungan keluarga dan suami ku orang yang kaya, aku memang tak rela nak bekerja. Ya, aku boleh bekerja sendiri di rumah. Aku mahu didik Iman sendiri.

Iman dah pandai meniarap dan bercakap dalam bahasanya yang tersendiri. Hari-hari Iman ajak aku bersembang. Aku melayan dia dengan sepenuh hati. Iman dah pandai ketawa kalau aku buat aksi lucu. Aku tak rasa Iman umurnya 3 bulan. Iman macam budak yang dah berumur setahun.

Aku perlu cari ketenangan.....perlu.
Jiwaku kacau.

6 comments:

hentian said...

Muga Allah pelihara dirimu.

Bearcat said...

Amin...

bantalbucuk said...

moga permudah segala urusanmu..

Bearcat said...

thanks bantalbucuk.

Anonymous said...

Ketenangan adalah Hak Mutlak Allah. anugerah ketenangan jiwa oleh yang maha esa diperolehi jika kita sentiasa redha setiap ketentuan dari NYA.

Bearcat said...

Betul :-)
Redha dengan ketentuanNya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...