Pages

Sunday, August 8, 2010

Mai Secawan.

Aku serik dah. Jangan suruh aku minum kopi Radix lagi. Mungkin pengalaman orang berbeza. Aku dan mak tak boleh minum kopi Radix. Kami akan jadi 'superman' bila minum kopi Radix. Bila tak minum kopi Radix, kami jadi 'kelepekman'.

Pengalaman aku, aku jadi melepek-kelepek sampai tak buleh jalan bila tak ambil kopi Radix. Tiga hari baru effect tu hilang daripada tubuh aku.

Kata tukang urut, kopi Radix tu kandungan herbanya tinggi dan hanya sesuai untuk orang lelaki. Patutlah.

Aku harap sangat HPA dapat buat kajian semula untuk hasilkan kopi yang bersesuaian dengan semua golongan. Aku suka produk HPA. Tapi kalau sebabkan kemudaratan, tak beranilah aku nak beli lagi. Masa aku surf website HPA pun ada komen-komen macam kes aku juga.

Pengalaman seorang kawan yang terpengaruh dengan iklan Kopi Power. Kawan aku dan suaminya minum kopi dalam iklan tu untuk tengok apa yang powernya. Abih-abih bijik mata yang jadi powercekang tak boleh tidur sampai pagi hahaha. Pergi ofis dah nak tidur pulak. Macam-macamla...

4 comments:

Insan Marhaen said...

IM suka minum Teh Tarik Ali Cafe. Cecah biskut 4 segi Cap Ping Pong...

bantalbucuk said...

hahaha..
bantalbucuk pnah mnum kopi radix..
tp berkesan klu bab buang hangin sepoi2 bahasa..
:D

Insan Marhaen said...

selamat berRamadhan. Muga Allah berkati puasa, sahur dan ibadah kita.

buka dengan kopi power ke?

bearcat said...

IM, hehe buka posa dengan teh o panas saja...lagipower sampai berasap telinga. Selamat berpuasa.

Bucuk, apa itu angin sepoi-sepoi bahasa? haha. Selamat Berpuasa.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...