Pages

Tuesday, March 16, 2010

Punca Kerosakan Telah Dikesan

Mesin basuh aku ok lagi tapi elektroniknya rosak; nak masuk air tak boleh, kena berfungsi manual (iaitu angkut air dalam baldi atau salurkan air dari paip).

Aku tengok mesin basuh Maklang yang lama pun kerosakannya sama juga.

Apasal? Kenapa mesin basuh sekarang cepat rosak ? (dah 7 tahun umur mesin basuh tu).

Semalam masa aku sibuk membasuh kain menggunakan mesin basuh plus manually, aku terpandang sesuatu di muka penutup mesin basuh.

Aduh! Mangkaq betuila aku. Tu lah, dah ada precaution steps dah kat situ, macam mana boleh terlepas pandang.

"Tak boleh letakkan benda-benda elektrik, bercas di atas mesin basuh." (aku translatekan ke bahasa Melayu).

Padan muka aku. Aku selalu charge telefon dan bateri kamera kemudian letak atas mesin basuh. Yang paling teruk, aku selalu gunakan mesin basuh sebagai meja untuk blender bahan dan untuk bakar roti guna toaster. Sebabnya, situ ada plug.

Dah 7 tahun beli dan guna mesin basuh, semalam baru aku perasan dengan langkah berjaga-jaganya. Sungguh rabun mata aku (dan mata abang juga).

2 comments:

bantalbucuk said...

hahaha...
ap la yg akn terjd apabila ku berumahtangga nnt..?mst dok kalut gk mcm bearcat..ehehe

Bearcat said...

Bila masa yang kita tak kalut?

Masa student kalut dengan assignment, exam.

Masa dah kawin kalut dengan suami dan anak-anak.

Masa dah mati kalut nak menjawab apa yang dibuat masa hidup.

hehehe, manusia penuh dengan kekalutan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...