Pages

Monday, March 1, 2010

Rezeki Ada di Mana-mana

Ada yang simpati pada aku. Depa luahkan pada mak. Kenapa aku berhenti kerja tetap yang dah menjamin masa depan aku dulu? Depa kata gaji dah banyak. Kalau tidak, taklah aku dok nganga macam sekarang.

Aku senyum ja. Gaji kerja baru aku pun sama jugak dengan kerja lama. Aku mohon position tetap bukannya kontrak. Aku waras lagi time mohon tu.

Tapi kita sebagai manusia bukan boleh tahu apa yang akan terjadi masa mendatang. Aku tak menyesal letak jawatan kerja lama. Aku memang dah tak suka kerja tu tahap dewa langit dah. Kalau bertahan 5 tahun lagi mungkin aku dah jadi Pakcik Din Beramboi yang pakai selipar kat leher. Lagipun bukan membabi buta aku lepas jawatan tanpa ada ganti kerja. Cuma ini semua ujian daripada Allah. Kena redhalah.

Anda-anda semua yang sihat dan berkerjaya bagus pun tahukah apa nak jadi esok harinya? Sekali accident, hilang kaki, tak boleh berjalan....maka terjadi jugak perkara yang sama dengan aku.

Rezeki Allah dah tetapkan. Adalah muslihat di sebalik yang berlaku. Kita tunggu dan lihat.

Alhamdulillah aku dah boleh berjalan tempang-tempang. Selalu aku perasan aku macam House (MD). Cuma nak naikkan semangat sendiri.

Tunggu 2 bulan lagi, aku akan berlari sambil diperhatikan monyet-monyet di Botanical Garden dengan jelesnya. Aku akan berlari sambil makan aiskrim dan tayang pada monyet-monyet tu. 

Amaran : Makan sambil berlari adalah tidak sopan. Menayang dan mengejek haiwan juga adalah perkara tidak baik (aku just nak balas dendam pada monyet yang sambar aiskrim aku time aku boleh jalan dulu ja).

2 comments:

Anonymous said...

x baik berdendam dgn binatang. nanti kalau jumpa monyet tu lagi, bagi je aiskrim tu, x payah susah2 dia nak sambar.

Bearcat said...

Hehehe kalau berani buatlah macam tu. Mungkin ada yang terbunuh dikeronyok segerombolan monyet-monyet lapar hanya kerana berebut aiskrim.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...