Pages

Saturday, March 6, 2010

Anda ada check-list?


Hai, aku ni nak nasihat orang bukannya pandai, diri sendiri pun bengkang-bengkok lagi. Tapi sebagai orang tua (yang tak berapa sedar diri) kenalah juga aku nasihatkan kawan @ adik aku nih.

Aku tak tahu lelaki macam mana lagi yang dia cari. Semuanya macam tak kena. Dia nak yang perfect. Ha! Ternganga mulut aku. Kena kahwin dengan malaikatlah gamaknya macam tu.

Uish! Tak logiklah. Mana ada manusia yang perfect dalam dunia ni. Kadang kala luaran saja nampak perfect, bila dah kahwin, tinggal bersama baru tahu 'berlubang' sana-sini, tak perfect pun.

Mungkin perfect bagi kawan aku ini maksudnya lelaki yang mempunyai ciri-ciri dalam senarai check-list dia.

Ok, tak ramai yang bertuah untuk dapatkan pasangan seperti dalam check-list depa. Biasanya lelaki yang ada check-list ni...betui dak? Baik ngaku.

Mai tengok check-list aku dulu sebelum kahwin. Jangan gelak, ini cerita lama, sebagai panduan saja. Aku senaraikan check-list fizikal saja..bab-bab lain tak maula senaraikan, sendiri tahu dah la.

  1. Warna kulit mesti putih, allergik yang gelap-gelap (aku dapat yang kelabu asap).
  2. Mesti pakai cermin mata sebab nampak pandai (zaman aku penggunaan contact lens tak dak pun....aku dapat yang memang rabun tapi tak mau pakai cermin mata...ish apala).
  3. Tinggi, kurus dan tak dak muscle macam body builder (aku dapat yang tinggi kerepeng sampai mak sedara aku suspek dia drug addict...ishhh....dan akhirnya berjaya aku tambah lemak-lemak di badan dia sampai jadi sedap mata memandang).
  4. Rambut ikal atau kerinting skit, yang rambut lurus no, no, no (amik....dapat yang rambut straight giler sampai guna jari pun boleh).
  5. Tak simpan misai atau janggut...menggelikan (dapat yang ada misai dan janggut...nasib baik nipis saja).
  6. Banyak pakai jeans, yang pakai slack saja tak nak, kononya tak ganas.
  7. Tak nak orang Pantai Timur, Perlis, Kedah dan Penang, prefer Perak dan ke selatan (dapat orang Pantai Timur gak..aik!)
Ha, itulah serba-serbi check-list aku di zaman otak tak berapa matang dulu. Mungkin aku pun macam adik tu. Bila aku fikirkan balik, entah apa-apalah aku ni dulu. Bukan itu semua yang akan menentukan kebahagiaan hidup berumahtangga.

Allah juga selalu menguji kita dengan memberikan kita pasangan yang sebaliknya dari yang kita inginkan. So, kalau ada lelaki/wanita yang baik terima sajalah. Takut-takut kalau asyik jual mahal, Allah bagi ujian kaw-kaw punya. Tak mahu sangat yang baik, banyak cengkadak...nah...try yang suka pijak-pijak pulak. Eee nauzubillah.

Renung-renungkanlah kawan@adikku....

Bearcat : Alhamdulillah bahagia dengan Binturung walaupun lari 70% dari check-list asal.

2 comments:

bantalbucuk said...

haha..yea kea ?
dlu zmn skola ad wt check list gak..konon2 nk dpt laki gini2..
tp smpi skank single lg(bru single)..hehe..nmpk gayanya,knala terima seadanya..

Bearcat said...

hehe takpa...berdoa dan terus berdoa semoga pasangan yang terbaik untuk ucuk di dunia dan akhirat akan dipertemukan jodohnya dengan ucuk, insyaAllah.

Baik untuk orang lain, belum tentu baik untuk kita ;-)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...