Pages

Monday, February 28, 2011

Sagon

Aku teringin sangat nak makan sagon, macam yang arwah tok aku buat dulu-dulu. Ini sagon yang buat dengan kelapa, gula dan apa ntah satu bahan lagi. Biasanya arwah tok akan jemur, goreng dan tumbuk bahan-bahan ni untuk dibuat sagon.

Kemudian tok akan bungkus sagon dalam plastik aiskrim Malaysia. Aku pulak akan makan sagon sambil main dengan kawan-kawan di depan rumah.

Cuma satu, kalau makan sagon dilarang bercakap. Sat lagi habis bersembur keluar sagon dari mulut ke muka kawan.

Eh! Apasal pulak tiba-tiba teringin sagon...hehe.

2 comments:

Insan Marhaen said...

sagon, makanan kegemaran masa balik dari sekolah sekitar 60an dulu..

bearcat said...

zaman kita dulu-dulu makanan tak jenuh. sagon tu dah kira abih sedap tu hehe.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...