Pages

Sunday, March 6, 2011

Hati ini masih sayang

Dah 5 tahun aku pakai handphone ni. Aku sayang betul nak tukar-tukar handphone selagi ianya masih boleh berfungsi dengan baik. Memanglah handphone aku jauh beza dengan handphone adik aku. Dia punya handphone yang canggih.

Ntahlah, dah banyak kali handphone aku Iman baling macam bola, tapi fungsinya tetap kukuh. Walaupun calar-balar, ianya tetap tak ada tanda-tanda akan rosak.

Sebenarnya aku teringin nak pakai handphone baru, tapi aku masih sayangkan handphone lama ni. Tak apalah, tunggulah sampai handphone aku ni 'mati' baru aku akan beli handphone baru. Dia dah banyak berjasa pada aku.

(Orang lelaki yang gigih nak berbini baru, ada fikir macam aku fikir tentang nak beli handphone tak? kui kui).

2 comments:

Insan Marhaen said...

talipon IM ni baru beli dok meragam pulak. kekadang tengah urgent nak call, dia hang!

bearcat said...

belila telefon baru, IM banyak duit pa :-)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...